Manusia belajar dari kesilapan. Malangnya memperbaiki kesilapan tidak selalunya mudah dan adakalanya ia tidak dapat diperbaiki lagi. Kesilapan pula sering dibayangi dosa dan adakalanya dosa tersebut mungkin dapat diampunkan dan mungkin juga tidak. Di kala itu, yang tinggal hanyalah penyesalan. Maka hiduplah kita dalam keadaan tidak keruan akibat kesilapan yang dibuat.
Mungkin ada yang melihat bahawa soal kesilapan memilih
kerajaan sebagai soal remeh kerana ia boleh diperbetulkan dalam masa 5 tahun
lagi. Andainya harapan meleset, sanggupkah
mengharungi kehidupan yang lebih perit dan tidak dapat diharungi?
Atau mungkin juga kita tidak sedar yang kita telah berbuat
silap malah begitu yakin yang kita benar dan cukup arif membuat pilihan. Kerana itu, banyak negara-negara di dunia
mengalami kehancuran akibat kesilapan rakyat memilih kerajaan.
Soal memilih kerajaan sebenarnya
bukan seratus peratus terpulang kepada rakyat negara tersebut. Ini kerana mengikut pendedahan bekas pegawai
CIA; Phil Agee, CIA telah lama terlibat dalam menggulingkan kerajaan yang sah
di seluruh dunia untuk digantikan dengan pemimpin boneka pilihan Amerika.
Ini telah dilakukan sejak berdekad-dekad
dahulu. Dalam bukunya, beliau menyebut
antara negara yang beliau sendiri terlibat dalam menggerakkan pemberontakan dan
penggulingan kuasa ialah Chile, Brazil, Albania, Filipina, Panama dan banyak
lagi.
Kita faham bahawa apa yang berlaku di Mesir, Tunisia, Iraq,
Libya dan beberapa lagi negara akhir-akhir ini adalah juga kerja CIA. Kita juga
tidak terkejut andai permasalahan di Indonesia, adalah tangan-tangan ghaib
sehingga Indonesia tidak mampu tangani sehingga kini.
Dan inilah yang cuba difahamkan kepada rakyat Malaysia
iaitu tentang betapa membuat keputusan yang bijak dalam pilihanraya adalah
penting, kerana ia bukan sahaja melibatkan soal pembangunan dan polisi dalam
negara tetapi juga kedaulatan, kemerdekaan malah kehidupan seharian kita.
Modus Operandi CIA boleh dibaca sendiri dalam buku Phil
Agee; Inside the Company: CIA Diary. Apa yang penting untuk kita renungkan ialah
apakah yang berlaku selepas sesuatu pemberontakan, huru-hara atau selepas
kerajaan yang sah digulingkan bukan melalui pilihanraya?
Kita ambil contoh apa yang terjadi di Mesir selepas protes
besar-besaran pada 25 Januari 2011 yang ‘berjangkit’ dari Tunisia (Arab Spring). Protes bertukar menjadi rusuhan dalam sekelip
mata dan kemudiannya, keganasan. Seperti
yang kita sedia maklum, ketika Mesir sedang kecoh, Amerika Syarikat pantas
menghulurkan sokongan dan bantuan kepada pihak pemberontak sehingga akhirnya
Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatannya, sekali gus, membuktikan
pendedahan Phil Agee.
Semua ini berlaku selama 18 hari sebelum membawa kepada
kehancuran Mesir yang belum tentu pengakhirannya.
Apakah kemenangan pihak pemberontak membawa kepada Mesir
yang lebih baik? Jawapannya: TIDAK!!!
Hari ini, Mesir terpaksa menapak membangunkan kembali negara
mereka dari bawah. Hingga kini, rakyat yang bersungguh-sungguh ingin
menggulingkan kerajaan mula tertanya-tanya apakah mereka telah berbuat
kesilapan? Kenapa Mesir masih bergolak, sedangkan Hosni Mubarak telah digulingkan?
Pemberontakan membawa kepada lumpuhnya ekonomi dan
pentadbiran di Mesir menyebabkan rakyat termasuk pemberontak terpaksa berhadapan
dengan keadaan di mana kemudahan asas juga sukar untuk didapati. Bangunan-bangunan yang menempatkan pejabat,
kedai dan pusat perkhidmatan runtuh, terbakar dan musnah. Ramai yang kehilangan kerja dan makanan juga
sukar didapati. Pemberontak dan rakyat
yang lapar mula menceroboh dan mencuri bagi menyambung kehidupan.
Keadaan ini berlanjutan sehingga beberapa lama.
Pada 25 Januari 2012 yang lalu iaitu ulangtahun
pemberontakan menyaksikan keresahan rakyat yang memuncak akibat pergolakan
politik, pemerintahan tentera serta kebangkitan parti-parti Islam. Walaupun telah setahun berlalu, kehidupan
rakyat termasuk para pemberontak belum pulih seperti sediakala malah lebih
teruk dari sebelumnya.
Dengan lumpuhnya prasarana dan struktur sosial, Mesir
mengalami krisis ekonomi yang amat buruk. Pemerintahan tentera dan kebangkitan parti-parti Islam kini meletakkan
negara dalam keadaan sukar yang menjurus kepada penurunan nilai matawang dan
hutang negara meningkat. Kerajaan Mesir
kini terpaksa membelanjakan sehingga USD2 billion sebulan bagi mengimbangi
kejatuhan nilai tersebut sedangkan rizab matawang asing pula hanya tinggal
USD10 billion daripada USD36 billion sebelum penggulingan kerajaan.
Pelaburan asing juga terhenti terus dan
jumlah pelancong menurun secara drastik.
Akibatnya, subsidi terpaksa ditarik balik dan harga makanan
dan kemudahan asas di Mesir menjulang tinggi sehingga dua kali ganda. Penarikan
subsidi juga pastinya menjejaskan harga minyak sekali gus semua harga barangan
lain.
Sikap rakyat Mesir terhadap subsidi
sebelum ini adalah tidak jauh dari sikap rakyat Malaysia iaitu merasakan bahawa
itu adalah kewajiban kerajaan atau
menjadi hak mereka sejak lahir, tanpa mengambil kira keadaan ekonomi negara dan
dunia. Penarikan subsidi ini tentunya
menambahkan kemarahan rakyat, cuma kini mereka mungkin tidak tahu lagi kepada
siapa kemarahan tersebut harus ditujukan.
Perkembangan terbaru,, kerajaan telah menjual saham di
beberapa bank dengan harga yang rendah dari nilai sepatutnya. Hari ini, rakyat Mesir tidak berani menyimpan
wang mereka di dalam bank kerana bimbang apa yang akan berlaku di masa
depan.
Keadaan menjadi lebih teruk dengan kadar pengangguran kini
berada di tahap 12 – 24% berdasarkan angka rasmi dan tidak rasmi. Sedangkan sebelum ini, kadar pengangguran
berada di tahap 9 – 12% yang mana menjadi faktor utama pemberontakan
bermula. Ini adalah tanda jelas bahawa
keadaan adalah jauh lebih teruk dari sebelumnya.
Kemelut pemilihan Presiden juga tidak membantu Mesir
sebaliknya menambahkan kemarahan, keresahan dan kesusahan rakyat. Justeru, bagi melepaskan kemarahan,
pemberontakan berterusan setiap minggu walaupun pemberontak telah berjaya
menggulingkan kerajaan sebelumnya.
Pada 20 April lepas, beribu-ribu rakyat berhimpun lagi
kerana mencurigai peralihan kuasa yang bakal berlaku bulan depan.
Jika dulu pemberontak memberontak terhadap pemerintah kerana
merasakan hidup mereka susah, tetapi hari ini hidup mereka jauh lebih
susah. Jika dahulu rakyat secara puratanya
membelanjakan USD300 untuk sebuah majlis perkahwinan, tetapi kini mereka hanya
mampu membelanjakan sekitar USD100. Jika
dahulu, pihak pengantin lelaki menghadiahkan emas tetapi kini tidak lagi.
Kini mereka terpaksa berlapar dan berebut
untuk makan. Mereka terpaksa menerima
hakikat bahawa minyak adalah satu bentuk kemewahan.
Semua ini adalah kesan langsung dari pemberontakan dan
penggulingan kerajaan secara demonstrasi ganas yang dibakar oleh semangat kebencian
dan sifat tidak tahu bersyukur. Maka
benarlah bahawa sesuatu perjuangan yang digerakkan oleh rasa benci dan marah
adalah perjuangan yang diilhamkan oleh Iblis dan dirancakkan oleh Sang Dajjal
berupa manusia itu.
Semoga rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan bisikan
Iblis dan belajar menghargai segala nikmat keamanan, keselesaan dan kesenangan
yang dimiliki hari ini.
Sebelum kita
memBERSIHkan segala apa yang lain, eloklah kita BERSIHkan dulu hati nurani dan
fikiran sendiri.
tak baca buku pun dah tahu ada tangan2 ghaib main peranan sentiasa dlam kancah politik tempatan dan politik dunia..
ReplyDelete