Dr. Lim Teck Ghee, Pengarah Centre for Policy Initiatives
(CPI) membuat kenyataan di Nanyang Siang Pau bahawa ekuiti korporat Bumiputera
mungkin berada di tahap 45% dan bukannya 23.9% seperti yang diwar-warkan Kerajaan.
Dalam ertikata lain, Dr. Lim mencurigai atau menuduh
kerajaan sebagai ‘tersalah kira’ atau ‘berbohong’ kepada rakyat. Atas dasar apa Dr. Lim berkata demikian
tidak pula dinyatakan dengan jelas. Maka, kita tidak dapat mengelak dari merasa
curiga tentang kenapa Dr. Lim mencurigai kerajaan.
Mungkinkah ini satu lagi dari strategi tersusun pihak-pihak
tertentu yang ingin menggugat kestabilan Malaysia semata-mata ingin menukar
kerajaan? Jika benar, taktik
membangkitkan rasa curiga, syak wasangka ini bolehlah dikatakan taktik paling
kotor dan paling jahat.
Nampaknya, Dr. Lim seolah-olah berhujah dengan hanya merujuk
kepada pandangan kasar dan rambang ketika memandu di sekitar bandaraya Kuala
Lumpur. Benar, di sekitar KL kini kita
boleh melihat banyak kereta-kereta mewah dipandu oleh orang Melayu. Begitu juga dengan rumah-rumah besar banyak
juga yang dimiliki oleh orang Melayu. Perniagaan juga begitu, saban tahun semakin banyak syarikat bumiputera
tersenarai di BSKL.
Sebagai hujah balas, kita juga boleh memperdebatkan isu ini
dari segi pandangan kasar atau rambang seperti juga hujah Dr. Lim. Dan jika kita berhujah tanpa prejudis atau
niat jahat maka kita akan terpaksa mengakui bahawa di jalanraya di KL hari ini,
pemandangan yang sering dilihat ialah dalam setiap 100 biji kereta mewah di
jalan raya, 70% - 80% dimiliki oleh orang Cina. Begitu juga dengan rumah-rumah besar dan syarikat-syarikat besar.
Berapa kedai milik Melayu boleh dilihat di KLCC? Tidak ada. Berapa kedai milik Melayu di Alamanda? Mungkin satu sahaja iaitu Restoran Beriani. Berapa pula di Subang Parade, Empire, The
Curve, One Utama? IOI Mall?
Kita minta Dr. Lim buat kajiselidik dan jawab
sendiri.
Bagaimana pula dengan rumah-rumah kedai atau pusat
perdagangan? Khasnya di Petaling Jaya,
Subang Jaya, Damansara, Mont Kiara, Seri Hartamas, Seri Kembangan? Jika disenaraikan semuanya, kita akan dapati
bahawa perniagaan atau hartanah kedai/kilang yang menjadi milik Melayu tidak
mustahil hanya terdapat dalam 10% atau kurang.
Pemandangan yang sama juga dilihat di seluruh bandar-bandar
utama negeri-negeri di Malaysia.
Selebihnya, Melayu lain berada di kampung, bertani, menjadi
nelayan atau paling hebat pun bekerja kilang yang mana pendapatan bulanan
mereka mungkin hanya 1% dari pendapatan purata bulanan kaum Cina dengan taraf
hidup sederhana di bandar.
Walaupun
semakin ramai orang Melayu berniaga hari ini, namun saiz perniagaan mereka
hanyalah setakat gerai-gerai, pasar malam, pasar tani dan perniagaan kecil atau
sederhana.
Justeru, dari mana Dr. Lim mendapat angka bahawa Melayu
sudah cukup kaya dengan pemilikan ekuiti korporat sehingga 45%?
Hakikatnya, walaupun taraf hidup segelintir Melayu semakin
meningkat tetapi rata-ratanya mereka masih jauh ketinggalan, malah sasaran 30%
pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang 2020 juga masih samar.
Lebih memburukkan keadaan apabila kaum Cina
yang telah sedia selesa menggenggam ekonomi Malaysia pula berada dalam
kedudukan berkuasa untuk menekan atau memanipulasi peluang Bumiputera yang
menjadi pesaing dalam perniagaaan mereka.
Ini menyukarkan lagi orang Melayu untuk mencapai sasaran
yang ditetapkan.
Sepatutnya, jika Dr. Lim atau mana-mana kaum Cina tidak
senang dengan peningkatan Melayu dan ingin menghapuskan segala apa yang dilihat
sebagai bantuan atau tongkat kepada Melayu maka mereka wajar membantu kerajaan
meningkatkan kekuatan ekonomi bumiputera dan bukannya menghalang atau
mengsabotaj usaha kerajaan ke arah itu.
Ini kerana jika kaum Cina turut memainkan peranan mereka
bagi mendokong aspirasi Kerajaan tentulah sasaran 30% tersebut akan dapat
dicapai dengan lebih cepat. Dan jika
sasaran tersebut tercapai, maka impian untuk membuang tongkat orang-orang
Melayu bolehlah direalisasikan dengan seberapa segera.
Hari ini, pemilikan ekuiti Bumiputera telah meningkat
daripada 21.9 peratus bernilai RM127.4 bilion pada 2008 kepada 23.09 peratus
dengan nilai RM167.7 bilion. Antara pemilikan ekuiti Bumiputera mengikut sektor
ialah dalam bidang kewangan, Insurans dan Takaful yang meningkat kepada 37.56 peratus
bagi 2009 dan 38.97 peratus pada 2010. Sektor perdagangan borong dan runcit
pula adalah industri yang mempunyai bilangan syarikat Bumiputera tertinggi
berbanding industri lain.
Ekonomi Melayu yang semakin meningkat dan ekonomi Cina yang
telah sedia dan semakin kuat, dengan sendirinya membuktikan bahawa kerajaan
yang ada hari ini tidak pernah meminggirkan sesiapa.
Justeru, entah kenapa kaum Cina (Cauvinis) terus
bersikap dengki khianat dan tamak haloba dalam memperkatakan soal ekonomi
sedangkan mereka telah pun berada jauh di atas dari kaum Bumiputera.
No comments:
Post a Comment