Wah! Bukan main gah bunyinya apabila Timbalan Presiden PKR,
Azmin Ali mencabar Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak segera
membubarkan Parlimen untuk membolehkan PilihanRaya Umum dijalankan sesegera
mungkin.
Menurut kata Azmin Ali lagi, "Kalau dia (Najib) kata sokongan rakyat kepada Umno semakin kukuh,
saya cabar dia umum tarikh pilihan raya esok (hari ini). Pakatan Rakyat (PR)
sudah bersedia dari tahun lalu lagi untuk PRU 13".
Katanya lagi PM tak berani bubar Parlimen kerana UMNO banyak
masalah. Biar betul? Siapa sebenarnya
yang sedang bermasalah dengan segala skandal moral, masalah janji dimungkiri
dan aiskrim dijilat licin?
Antara sedar atau tidak, Azmin sebenarnya sedang menunjukkan
kebodohannya sendiri. Ego tak kena tempat, baghal melampau-lampau.
Baru saja dua tiga bulan lepas, Menteri Besar Selangor
Khalid Ibrahim pernah melontarkan idea
mahu mengadakan pilihanraya berasingan dengan Parlimen. Malah mentor Azmin yang
juga Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim juga berkongsi pandangan sama.
Itu baru betul namanya takut berhadapan dengan sokongan
rakyat, kerisauan melampau bakal kehilangan kuasa.
Kalau betul pakatan Pembangkang khususnya PKR
dan PAS dah tak sabar sangat hendak mengharungi musim pilihanraya,...
nah... bubarkan sekarang juga DUN
Selangor, Kedah, Penang dan Kelantan, tak payah tunggu Parlimen bubar.
Ada berani!? Takkan cakap
berdegar-degar kokok berderai-derai alih-alih tahi yang terpalit pada ekor
rupanya tahi sendiri. Bikin malu saja.
No comments:
Post a Comment