Di kalangan pemimpin
DAP, ada yang meluahkan kekecewaan, ada yang bertindak menghamun Tunku Aziz
dan memperlekehkan sumbangan beliau kepada parti tersebut dan ada yang
tercungap-cungap mengerahkan balaci
menepis dan memperbaiki imej yang terserlah sebagai kuku besi dan korup.
Tidak ketinggalan juga cubaan memulihkan imej dan mengalihkan
isu oleh akhbar-akhbar yang ‘bersimpati’ dengan perjuangan DAP, termasuk the
Star.
Namun, Tunku Aziz wajar memahami bahawa rakan-rakannya
bukanlah kecewa kerana tindakannya keluar parti, tetapi mereka kecewa kerana
beliau telah membuka pekung DAP. Kekecewaan mereka berganda apabila beliau
kemudiannya menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri dan memuji
program-program transformasi.
Akibatnya, DAP terus lupa akan hakikat bahawa Tunku Aziz
adalah seorang yang lurus, berintegriti dan berprinsip serta akan sentiasa
berkata yang benar. Kualiti inilah yang menyebabkan mereka ‘menyambutnya’ ke dalam DAP
dahulu, dan kualiti ini jugalah yang
menyebabkan beliau keluar dari DAP hari ini.
Antara yang lantang menempelak kenyataan ikhlas dari Tunku
Aziz ialah Karpal Singh; Pengerusi DAP Kebangsaan. Menurut Karpal, pelan
transformasi Datuk Seri Najib hanya berada di pinggiran dan sepatutnya lebih
mendalam.
Bagi Karpal, untuk mendalami pelan transformasi tersebut,
langkah pertama yang perlu diambil oleh Perdana Menteri ialah “mengembalikan
status Bumiputera kepada semua warganegara yang lahir pada dan selepas 31 Ogos
1957, iaitu tarikh kemerdekaan negara ini.”
Intipati dari
kata-kata Karpal ini hanyalah satu, iaitu menghapuskan hak keistimewaan Bumiputera.
Kita tidak terkejut dengan kenyataan Karpal kerana ia sudah
menjadi matlamat utama perjuangan DAP, iaitu melenyapkan penguasaan Melayu di
bumi Malaysia ini.
Bagi mencapai matlamat ini, DAP sering memomokkan bahawa hak istimewa Bumiputera itu adalah satu
bentuk diskriminasi terhadap warganegara bukan
Bumiputera. Kononnya warganegara
bukan Bumiputera tertindas, dianaktirikan dan terpinggir dari kemudahan-kemudahan
dan bantuan-bantuan Kerajaan.
Sedangkan walaupun dengan wujudnya hak istimewa Bumiputera,
warga bukan Bumiputera telah berjaya menghalau 18,000 Bumiputera di Pulau
Pinang, lalu bagaimana agaknya nasib Bumiputera jika hak mereka tidak
dilindungi oleh Kerajaan?
Sedangkan
walaupun dalam melaungkan nasib diri yang ‘tertindas, terpinggir dan
dianaktirikan’, warga bukan Bumiputera
tegar bermegah mendabik dada punyai kuasa untuk mengawal ekonomi dan peluang
pekerjaan di Malaysia. Justeru, bagaimana agaknya nasib Bumiputera jika ekonomi
mereka tidak dibantu oleh Kerajaan?
Hak Bumiputera telah digariskan di dalam Artikel 153
Perlembagaan Malaysia sebagai melindungi Bumiputera, terutamanya dari segi
ekonomi dan pemilikan tanah. Ini kerana, di era penjajahan, kaum Bumiputera
telah tidak diberi peluang yang sama dari segi pendidikan dan sosial oleh
penjajah British sehingga mereka jauh ketinggalan dan sukar untuk meningkatkan
diri, apatah lagi bersaing dengan kaum-kaum pendatang. Tanpa pendidikan dan
pendedahan sosial, kaum Bumiputera terdedah kepada manipulasi dan kehilangan
hak-milik mereka di bumi ini.
Tindakan British mengekang peluang pendidikan dan sosial
kepada kaum Bumiputera adalah untuk memastikan tiada kebangkitan semangat
patriotik dan pemberontakan.
Kaum
pendatang pula dianggap tidak punya sifat patriotik terhadap negara ini dan tidak
akan memberontak. Justeru, peluang pendidikan dan pekerjaan untuk mereka adalah
terbuka kerana British memerlukan mereka sebagai pekerja atau penyelia kepada
kaum Bumiputera.
Tragedi 13 Mei 1969 kemudiannya menyerlahkan sifat sebenar
kaum pendatang yang tidak patriotik, tidak ikhlas malah angkuh dan suka
menindas kaum Bumiputera. Bertitik-tolak dari itu, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan bagi
memantapkan lagi usaha meningkatkan taraf hidup dan daya saing Bumiputera dan
mengelak berulangnya tragedi berdarah itu.
Hakikatnya, kaum Bumiputera sendiri merasa tidak selesa
dengan kewujudan hak istimewa mereka. Namun, hakikatnya juga, kaum Bumiputera perlu
mempertahankan hak ini selagi wujudnya keangkuhan dan sifat menindas di dalam
diri kaum bukan Bumiputera atau berhadapan dengan risiko merempat di negara
sendiri, kalau pun tidak satu lagi tragedi.
Walaupun DAP menafikan yang mereka bersifat perkauman dan
sering melaungkan hak samarata, namun, rekod sejarah politik DAP atau kaum Cina itu sendiri membuktikan betapa
mereka kekal cenderung, malah tegar untuk menindas kaum lain apabila berkuasa. Keangkuhan
yang ditunjukkan dalam Tragedi 13 Mei tidak pernah padam. Ini terbukti
dari cara mereka mengurus syarikat swasta dan perniagaan yang diterajui mereka
di mana kaum bukan Bumiputera diberi keutamaan sementara peluang bersaing untuk
Bumiputera disempitkan.
Justeru,
walaupun kita semua ingin menghapuskan ‘diskriminasi kaum’ yang tertulis dalam
Perlembagaan tetapi selagi kita tidak mampu menghapuskan diskriminasi kaum yang
TIDAK tertulis di syarikat-syarikat swasta dan perniagaan, Malaysia tidak ada
pilihan selain dari terus mempertahankan Artikel 153.
DAP sebenarnya sedia maklum mengenai kewujudan diskriminasi
kaum yang TIDAK tertulis dalam ekonomi
Malaysia yang diterajui kaum Cina tetapi DAP tidak berniat untuk
menghapuskannnya. Lebih buruk lagi, DAP sememangnya memperjuangkannya iaitu
untuk memastikan kaum Cina mengawal semuanya – politik, ekonomi, pendidikan,
perniagaan dan segala-galanya.
Inilah yang membuatkan Tunku Aziz tidak sanggup lagi duduk
bersama mereka, dan kenapa Karpal begitu terdesak untuk menutup mulutnya.
No comments:
Post a Comment