Ketika kes masih berjalan, ramai yang tertanya-tanya apakah
drama atau permainan yang sedang dimainkan oleh pihak pengamal undang-undang
Malaysia? Mana tidaknya, jika kes
jenayah seksual tersebut melibatkan rakyat biasa, pastinya ia sudah lama selesai,
lebih-lebih lagi apabila terdapat bukti forensik dan saintifik yang nyata.
Ramai yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena
dengan keseluruhan perbicaraan apabila pihak pembela dilihat mendapat kelebihan
untuk menangguhkan kes dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal dan
merapu. Lebih pelik lagi, pihak pendakwa
juga tidak banyak menyanggah alasan-alasan yang tidak masuk akal dan merapu
itu. Sebaliknya, pihak pendakwa
membiarkan saja pihak pembela mempermainkan undang-undang dan seolah-oleh
mengejek rakyat jelata yang dambakan keadilan.
Walaupun hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof
Zainal Abiden begitu baik, konklusif, tepat serta layak diberi ‘tepukan
berdiri’, tetapi sikap beliau yang keberatan atau enggan menyanggah strategi
licik pembela untuk terus menunda kes membuatkan kita hairan.
Dan apabila peguam Anwar memilih untuk membela diri dengan
hujah ‘suka-sama-suka’, mereka sebenarnya telah membuka ruang untuk pihak
pendakwa mengikat terus keputusan berdasarkan undang-undang Malaysia yang
mengharamkan aktiviti homoseksual tanpa mengira keadaan suka-sama-suka
berlandaskan hak asasi dua orang dewasa yang waras.
Inilah yang dijangkakan oleh rakyat, kecualilah jika rakyat
tidak dimaklumkan yang undang-undang ini telah dihapuskan?
Jika alasan
penghakiman adalah DNA yang diperolehi dari lokap tidak wajar diterima, maka
pihak pendakwa seharusnya berusaha memohon sampel melalui perintah mahkamah
bagi mencari keadilan.
Namun, ini tidak berlaku.
Rayuan juga tidak berlaku. Yang
berlaku ialah Anwar lepas bebas.
Pembebasannya membuatkan ramai yang kecewa termasuk orang-orang di dalam
‘inner-circle’nya yang bercita-cita untuk mengambil tempatnya. Dunia bagaikan terkedu sekejap, cuba
menjustifikasi pembebasan beliau yang dianggap mustahil jika dilihat dari
perkembangan perbicaraan.
Akhirnya, hari ini,
sebahagian dari kemusykilan kita sudah terjawab iaitu apabila Datuk Mohd Yusof
Zainal Abidin, bekas pendakwaraya dalam kes liwat tersebut kini dilantik
sebagai peguam bela Anwar dalam kes BERSIH 3.0.
Benarlah, bila ianya melibatkan Anwar Ibrahim, tidak ada
apa-apa lagi yang boleh mengejutkan kita.
Begitulah juga dengan perkembangan terbaru ini.
Jika dulu, Karpal Singh adalah antara orang pertama yang
mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah peliwat tegar, tetapi kemudian Karpal
Singh juga yang menjadi peguambelanya menafikan yang beliau meliwat. Jika dulu Karpal Singh mendesak tindakan
diambil ke atas Anwar kerana terlibat dalam salahlaku homoseksual tetapi
kemudiannya Karpal Singh juga yang berhujah bahawa aktiviti homoseksual di
antara dua orang dewasa yang suka-sama-suka adalah tidak salah.
Justeru, apa beza Karpal dengan Datuk Mohd
Yusof? Hampir tiada. Kedua-duanya dibayar untuk membela Anwar, dan
kita pasti bayarannya amatlah lumayan sekali.
Jika ada pun perbezaan, ialah kerana Karpal mendapat ‘bonus tambahan’
iaitu dari segi keuntungan politik.
Benar, dari segi perundangan Datuk Mohd Yusof tidak salah
untuk membela Anwar. Yang nampak
salahnya hanyalah dari segi etika kemanusiaan dan persepsi masyarakat yang
melihat beliau sebagai tidak berpendirian.
Namun, melihat dari sikap Majlis Peguam yang langsung tidak
punya etika, professionalisme dan integriti, maka seperti juga Anwar, tiada apa
lagi yang mengejutkan kita mengenai watak-watak para pengamal undang-undang di
Malaysia.
Bagi ramai pengamal undang-undang hari ini, undang-undang
itu adalah mengatasi keadilan, moral, etika malah agama juga. Jika ada pun yang lebih ‘tinggi’ dari
undang-undang, ia adalah wang!
Apapun, yang pasti, seperti juga kes liwat, Anwar mungkin
menang dalam kes BERSIH 3.0.
Namun, selagi Anwar tidak sanggup bersumpah laknat, selagi
Anwar terus bersekongkol dengan Zionis dan Kafir Harbi, selagi Anwar tidak
sanggup menunjuk jam omeganya dan selagi Anwar terus cuba menghuru-harakan
negara dan memburukkan nama negara dengan berbagai cara, selagi itulah nama
Anwar tidak akan bersih.
Biarpun terlepas dari undang-undang, sejarah tetap akan
merekodkan riwayat hidup Anwar sebagai seorang peliwat dan pengkhianat.
No comments:
Post a Comment