Setelah mengganggu warga kota pada 28 April lalu sehingga
menyebabkan peniaga-peniaga kecil dan miskin kerugian, pemandu teksi kehilangan
pendapatan seharian serta mengotorkan jalanraya, Ambiga Sreevanesan berharap
akan dapat pulang berehat di rumah agamnya di kawasan elit Bukit Damansara
sebagai seorang pejuang rakyat yang keletihan, baru pulang dari
perbatasan.
Namun, tidak terjangka oleh Ambiga bahawa mereka-mereka yang
terkesan dari perbuatannya itu akan membalas dendam dengan mengganggu hidupnya
pula. Tidak sangka semangat srikandi
rakyat ini begitu pantas goyah apabila sekumpulan peniaga IKHLAS dan Bekas
Tentera, berniaga dan bersenam di hadapan rumahnya.
Walaupun gangguan yang dihadapinya tidak termasuk kerugian
dari segi kewangan, mahupun menyekat pintu rezekinya seperti yang dialami oleh
rakyat yang terlibat, tetapi Srikandi murtad dan LGBT yang dipandang mulia oleh
PAS ini jelas amat tertekan apabila sukar untuk masuk ke kawasan rumah sendiri.
Hairan, bagaimana seorang
pejuang fahaman liberal yang kuat, bersemangat tinggi dan begitu hebat
boleh menjadi sebegitu gabra hanya kerana “sukar untuk keluar masuk ke kawasan
rumahnya”.
Mungkin juga bauan asap burger membuatkannya lemah jantung
atau senaman ponggong sekumpulan bekas tentera kita pula membuatkan darah
tingginya naik secara tiba-tiba. Tidak
tahan melihat tekanan yang dihadapi Ambiga akibat “sukar keluar masuk ke
rumah”, A. Samad Said juga turut merayu agar jangan diganggu Ambiga.
Apapun, dengan meminta bantuan polis dan Majlis Bandaraya
untuk menangani masalah ‘sukar keluar masuk ke rumah sendiri”, Ambiga telah
mengaku kalah.
Seolah-olah menjilat
kahak sendiri Ambiga langsung tidak malu meminta bantuan mereka-mereka yang
digelarnya ‘anjing’ yang dihina sebagai pemalas, lembab, bodoh. Mereka-mereka ini jugalah yang dituduhnya
sebagai korup, tidak adil, berat sebelah dan sebagainya.
Ya, kali ini Ambiga mungkin akan menafikan yang beliau
pernah menghina polis, kerajaan dan semua agensi-agensi kerajaan tetapi
hakikatnya, itulah yang dimomokkan saban hari oleh puak berfahaman liberal dan
juga ekstremis Cina yang bernaung di bawah berbagai-bagai nama pertubuhan dan
parti politik yang menyokong BERSIH.
Maka, sahlah, manusia
yang bernama Ambiga ini tidak sehebat mana pun di mana hanya kerana “sukar nak
masuk ke rumah” pun sudah meroyan dan merengek kepada A.Samad Said. Bayangkan, jika beliau berada di tempat
peniaga-peniaga yang mengalami kerugian itu bagaimana agaknya reaksinya? Mungkin bakar diri juga sudahnya.
Sewajarnya pihak Polis dan Kerajaan tidak perlu mengambil
pusing dengan rengekan Ambiga.
Persetankan saja jika Ambiga dan kuncu-kuncunya menuduh pihak polis
sebagai tidak professional jika tidak melindungi privasinya kerana percayalah,
mereka akan tetap menuduh yang sama tak kira apa pun kebaikan yang dilakukan
oleh pihak polis untuk menjaga keselamatan mereka, masyarakat dan negara
keseluruhannya.
KEPADA PIHAK POLIS, KITA
MENYERU AGAR JANGAN SEKALI-KALI LUPA BAHAWA BEBERAPA RAKAN ANDA HAMPIR
KEHILANGAN NYAWA KERANA AMBIGA.
JANGAN LUPA LAUNGAN PERUSUH
YANG INGIN MEMBUNUH SEMUA POLIS-POLIS YANG ADA.
DAN JANGAN LUPA PEGANGAN
UNDANG-UNDANG AMBIGA IAITU: MELERAIKAN DEMONSTRASI ADALAH PERBUATAN TIDAK
DEMOKRATIK.
AKHIR SEKALI, JANGAN LUPA
BAHAWA MENGGUNAKAN KEKERASAN UNTUK MEMAKSA PESERTA DEMONSTRASI BERSURAI ADALAH
SATU BENTUK ‘KEGANASAN POLIS’ MENGIKUT AJARAN AMBIGA.
Justeru, biarlah rakyat berdemo di hadapan rumah Ambiga
dengan apa saja cara yang mereka suka termasuk mengganas sekali pun.
Jika beliau ingin rakyat berhenti mengganggunya, bayar saja
pampasan kerugian yang dialami mereka, habis cerita. Kalau tak ada duit, jual saja rumah agam
tersebut dan kembalilah ke estet kalau pun tidak ke negara asal nenek
moyangnya. Tapi tak mungkin Ambiga tak
ada duit. Entah berapa dana Zionis NED
yang diterimanya dan entah berapa yang disonglapnya pun tak ada siapa
tahu. Tak gitu?
No comments:
Post a Comment