Beberapa blog berbahasa Inggeris telah mula memperkatakan
tentang sebuah buku bertajuk “The “I” Files” tulisan Jonathan Smith. Setakat ini, prolog serta bab 1 hingga 4
boleh dibaca secara ‘online’ di https://ifilesjs.wordpress.com. Berdasarkan bacaan buku tersebut, “I” pada
tajuk buku ini mungkin membawa makna “Ibrahim” atau “Anwar Ibrahim” bagi orang
Malaysia.
Tidak dapat dipastikan siapa Jonathan Smith dan tidak dapat
dipastikan juga sama ada itu adalah nama sebenar. Motif beliau menulis kisah
Anwar juga samar. Setahunya, “John
Smith” adalah nama samaran yang sering digunakan oleh orang Amerika atau
British apabila mereka enggan mendedahkan identiti sebenar.
Namun, siapa penulis tidak penting, yang penting ialah apa
yang diperkatakannya sama ada benar atau penipuan. Setakat bab 1 – hingga 4,
kebanyakan yang didedahkan oleh Smith adalah rahsia umum, atau
sekurang-kurangnya bagi kalangan pengikut politik veteran. Namun, ada juga
beberapa kisah yang agak sulit dan tidak pernah lagi diketahui umum.
Jonathan Smith mengaku bertanggungjawab mengumpul maklumat
berkenaan Anwar bagi ‘Ketuanya.’ Bagi
sesiapa yang jarang menonton atau membaca novel perisikan, mungkin tidak dapat
menghayati tulisan beliau dengan baik atau tidak dapat memahami tugasan
beliau.
Penulisan beliau berbentuk penceritaan pengumpulan maklumat
risikan sambil beberapa kali menyentuh sepintas lalu peranan-peranan agensi dan
agen-agen risikan seluruh dunia termasuk KGB, MI6, CIA dan yang sewaktu dengan
mereka.
Kisah dimulakan dengan karakter golongan ‘expatriates’ di
Malaysia dan bagaimana mereka bertukar-tukar maklumat negara ini untuk
kepentingan perdagangan, perniagaan dan politik masing-masing. Dari karakter-karakter itu Smith secara
perlahan-lahan mula memfokuskan kepada dirinya dan bagaimana “Anwar Ibrahim”
menjadi subjek pemantauan dan kajiannya pada tahun 1981.
Smith jelas mempunyai pengetahuan yang amat mendalam mengenai
politik dan pemikiran rakyat Malaysia sehinggakan kadangkala terasa seolah-olah
beliau adalah sebenarnya rakyat negara ini, dan berbangsa Melayu. Tidak tahu sama ada ini adalah hasil dari
pengalaman beliau atau kerana beliau benar-benar seorang perisik yang hebat
atau kerana beliau sememangnya bukan orang yang digambarkannya melalui
penulisannya.
Namun, jelas dari segi cara penulisan, beliau bukan orang
tempatan dan bukan dari negara ini walaupun pengetahuannya mengenai rakyat dan
negara ini menjangkaui rakyat negara ini sendiri.
Apa yang pasti, Smith telah pun
membuat kesimpulan siapa Anwar iaitu manusia tanpa wajah, lama sebelum Malaysia
atau pun Tun Dr. Mahathir mengenali beliau. Smith telah terlebih dahulu membaca
kesilapan Tun Dr. Mahathir sejurus selepas mendapat ura-ura bahawa Anwar akan
dibawa masuk ke dalam UMNO.
\Menurut Smith, Anwar boleh menjadi sesiapa saja mengikut
arus, mengikut persekitaran dan mengikut suka hatinya. Pada satu masa, Anwar
adalah seorang Muslim fanatik yang mengimpikan negara Islam ‘sempurna’ ala
Iran, berkiblatkan Saudi, berfahaman Wahhabi dan tiada tolak ansur dalam
menangani kemungkaran.
Kaum Cina dan barat semuanya adalah ancaman kepada
Islam. Sehinggakan, kata Smith, Hasan Ali juga tidak dapat menyaingi ‘mimpi’ Anwar
pada waktu itu!
Tetapi pada satu masa lain pula, Anwar adalah orang UMNO dan
pengikut tulen Tun Dr. Mahathir dari hujung rambut ke hujung kaki dan dari
segala segi - kecuali satu, iaitu di hati sanubarinya.
Di mana Tun Dr. Mahathir melihat Melayu perlukan
perlindungan, Anwar melihat Melayu Islam perlu ‘disempurnakan’. Jika Tun Dr. Mahathir adalah Melayu ultra,
Anwar berpegang kepada Ketuanan Melayu dengan sebenar-benarnya!
Bagaimanapun, seperti yang kita semua sedia maklum, itu
adalah kisah lama. Namun, ia tetap wajar
‘dikhatam’ semula kerana ia mampu memberi pengajaran baru. Apa yang lebih menarik adalah cara
penceritaan mengenai kisah lama ini yang disampaikan dari sudut yang belum
pernah kita dengar serta dari kaca mata orang luar.
No comments:
Post a Comment