Sunday, December 30, 2012

Sifat Politikus Paling Brutal Akhir Zaman

Bayangkan, masa kini, Anwar Ibrahim a.k.a Pak Sheikh, Al Liwati, Al Khulubi, Mr. Omega, Mr. China Doll dan banyak lagi panggilan ternamanya, demi menghasut dan masuk jarum dengki ke atas tindakan yang dikenakan ke atas beliau oleh UMNO. Pelbagai usaha dilakukan. 

Pendedahan demi pendedahan sewaktu di tampuk kerajaan. Kelemahan yang dilakukan sendiri, mahu dipalitkan terhadap orang lain. Inilah antara sifat pemimpin "Anugerah Allah" yang auranya begitu menusuk kalbu penyokong-penyokong yang "Pilih ini, pejam yang itu" macam logo parti mereka juga.

Betapa beliau mendedahkan dan lantang terhadap musuh Negara, agenda pembangunan Rakyat dan politikus yang tidak terarah pegangan kecuali...."Orang buat semua tak kena, kami yang betul."

Jom....kita imbas apa kat Anwar tentang DAP; agenda "Malaysian Malaysia" serakah PAP kerana dipisahkan dari Malaya. Apa yang jelas, beliau kepal "Putaq Alam" sehinggakan kepimpinan PAS yang didahului "Bullshit" Nik Aziz dan "Heidi" Hadi pun terbabas dari tali Allah.....Astagfirullah hal aaziim.
 

1. TIDAK peduli bangsa lain

Anwar menyifatkan Lim Kit Siang tidak pernah memperdulikan nasib bangsa lain di dalam Negara. Anwar juga mempersoalkan kenapa orang Melayu perlu menjadi calon DAP atau menyokong DAP, sedangkan DAP memang konsisten menolak Bahasa Kebangsaan, Dasar Pelajaran dan konsisten mempertikai usaha Kerajaan untuk membela nasib orang Melayu di Malaysia.
laporan New Straits Times; 24hb April 1995, Pulau Pinang

2. Menentang kemajuan Melayu

"DAP tidak harus diberi peluang memerintah Pulau Pinang kerana menentang dasar membantu Bumiputera meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Melayu Pulau Pinang tidak harus bekerjasama dengan DAP kerana perbuatan itu hanya akan membawa kehancuran dan kemusnahan masa depan generasi Melayu di Pulau Pinang. Saya kesal dengan sikap segelintir orang Melayu yang sanggup bekerjasama dengan DAP kerana tidak ada apa-apa yang DAP dapat berikan kepada orang Melayu negeri ini."
laporan Berita Harian; 7hb Mei 1990, Butterworth

3.  Pengecut

Anwar menyifatkan Lim Kit Siang sebagai pengecut serta memutarbelitkan fakta ketika mengulas arahan UMNO negeri untuk mempergiatkan gerakan pendaftaran pengundi bagi ahli-ahli UMNO. Sambil menyifatkan apa yang dibuat itu tidak bertentangan dengan undang-undang, beliau menambah hanya DAP yang bimbang, takut kehilangan kerusi dengan arahan ini.
laporan Berita Harian; 10hb Mac 1990, Parlimen Kuala Lumpur

4. Pentingkan orang kaya

"Tindakan DAP membantah Akta Pengambilan Tanah 960, menunjukkan mereka lebih mementingkan orang kaya daripada golongan yang tidak mempunyai tanah untuk pembangunan. DAP sepatutnya sedar akta itu adalah untuk kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum. Rakyat akan menghadapi masalah jika pengambilan tanah untuk pembangunan tidak dapt dilaksanakan oleh Kerajaan."
laporan Berita Harian; 5hb Ogos 1991, Butterworth

5. DAP tidak diperlukan   

"Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang berjuang untuk kepentingan sesuatu kaum sahaja seperti yang diamakan DAP dan parti pembangkang lain. Saya tidak nampak Lim Kit Siang berjuang dan bekerjasama dengan orang-orang Melayu. Dia berjuang untuk satu kaum sahaja iaitu masyarakat Cina di Pulau Pinang." "DAP lebih cenderung dengan amalan falsafah lama Cina 'siow ren' dan bukan 'ta ren'. Falsafah 'siow ren' yang menjadi amalan DAP menunjukkan mereka berfikiran singkat dan tidak mempunyai wawasan terhadap masa depan rakyat dan negara."
laporan Utusan Malaysia; 18hb April 1995, Sibu; PRU 1995

6. Menentang pembangunan luarbandar

Anwar mengatakan DAP menentang sebarang bentuk pembangunan luarbandar yang melibatkan orang Melayu. Beliau menambah, Lim Kit Siang akan berbuat apa saja untuk menentang sebarang usaha pembangunan luarbandar yang akan meningkatkan taraf hidup masyarakat miskin di kawasan tersebut.
laporan New Straits Times; 19hb Oktober 1990, Pulau Pinang    


    
 


No comments:

Post a Comment