Banjir yang melanda pada akhir tahun 2014, membawa bencana yang lebih besar berbanding musibah tahun 1988.
Begitu mengharukan mengenangkan nasib mangsa-mangsa yang
melaluinya yang kebiasaannya melanda di pantai timur seolah satu acara penutup
tirai tahun demi tahun.
Tengkujuh kali ini lebih besar angka kemusnahan; keperitan,
kepayahan begitu menggamit mereka begitu juga sukarelawan malah buat Kerajaan
Pusat.
Kekalutan dan kebinggungan apabila air naik mendadak tidak
seperti selalunya. Mana yang perlu didahulukan. Pindahkan kenderaan. Pindah
perkakasan rumah. Berbondol-bondol dokumen penting, makanan, pakaian berakhir
dengan sekadar sehelai sepinggang…amat menyedihkan.
Berpindah ke tempat tinggi…bukan satu proses sudah penat
bergelut air untuk berehat, mengenangkan nasib dalam musibah apalagi mereka
yang berkeluarga kecil mahupun yang besar. Keselesaan bukan lagi satu nikmat.
Dalam penderitaan ramai yang turun meringankan bebanan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menanggungnya.
Pun begitu, tidak kurang yang menjadikan ia bahan lucu dan
berpolitik tanpa rasa malu mencemuh usaha murni para Sukarelawan, agensi
Kerajaan juga Kerajaan Pusat.
Banjir kali ini dikatakan hampir melumpuhkan segala urusan
pentadbiran dan bentuk sosio ekonomi masyarakat yang terlibat.
Hidup tidak lagi kembali seperti sediakala setelah surut
nanti.Banyak kerja-kerja pembaikan dan pencegahan. Penat adalah kemewahan untuk
menjamin keselamatan setiap mangsa
Tindakan Kabinet Kerajaan Malaysia yang memutuskan tiga buah kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan sebuah kem Askar Wataniah di Kelantan akan dijadikan pusat penempatan sementara kepada sebahagian daripada mangsa banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini, adalah tindakan terbaik dalam meredakan kekusutan para mangsa banjir di Kelantan.
Menurut Menteri Pertahanan; YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, tiga kem PLKN tersebut adalah Kem Cancun Park di Pasir Mas, Kem Batu Jong di Kuala Krai dan Kem Latihan Etnobotani di Gua Musang. Manakala Kem Askar Wataniah di Kem Rejimen 506 Sungai Durian di Kuala Krai dan kesemua kem itu akan dikosongkan serta-merta dalam usaha penempatan sementara ini, pada satu sidang media semalam.
Para pelatih-pelatih PLKN di kem PLKN yang terbabit pula akan dipindahkan ke kem PLKN di negeri lain.
Gembeling tenaga membantu. Jangan menambah kerengsaan dalam menempa nama sebagi juara untuk politik songsang.
No comments:
Post a Comment