Dalam menghadapi bencana banjir yang menimpa ramai rakyat di pantai timur, tanpa mengira perbezaan bangsa atau fahaman, MCA Pusat terus menabur bakti dan bekerja keras untuk membantu meringankan kesukaran mangsa musibah terburuk kali ini.
Di Kuala Krai, YB Datin Mei Fun turut meringan tulang bersama Sukarelawan dari MCA, CSRM dan lainnya membersihkan sekolah bagi memudahkan murid-murid sekolah yang bakal menempa sesi persekolahan nanti.
Dalam satu sidang media di NSK Selayang pada 6hb Januari baru lalu, YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong memaklumkantadi masalah yang dihadapi oleh sukarelawan MCA ialah tiada bekalan air di Kelantan, terutamanya di kawasan Kuala Krai. Ini menyebabkan kerja pembersihan menjadi sukar hinggakan sukarelawan MCA tidak berpeluang mandi sehingga mereka pulang semula ke Kuala Lumpur.
Pihak Air Kelantan digesa memandang berat hal asasi ini dan tidak lepaskan tanggungjawap kepada pihak lain.

Sejak MCA melancarkan bilik operasi bantuan banjirnya pada
Disember lalu, bantuan telah datang mencurah-curah daripada pelbagai NGO dan sektor
swasta membuktikan kerjasama dan keprihatinan usaha MCA dalam saat yang memerlukan.
Terkini syarikat NSK Trade City dan180 syarikat pembekalnya
tampil ke depan untuk menyumbang barangan bantuan bernilai lebih RM160 ribu
untuk dihantar ke mangsa banjir di Perak, Pahang dan Kelantan.
Ini adalah sumbangan kali ketiga buat NSK Trade City kepada mangsa banjir dengan jumlah nilaian melebihi RM200 ribu.
Barangan bantuan termasuk baju sekolah, beras, air minuman,
biskut dan mee segera itu diserahkan kepada Timbalan Presiden MCA; YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong dan Timbalan Ketua Setiausaha (Francais & Kepenggunaan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan, Datuk Basarudin Sadali.
Turut hadir ialah Penasihat NSK Dato C.S. Lim dan Pengarah
Urusan NSK Encik C.B. Lim.
Sebelum ini beberapa syarikat konglomerate telahpun
menghantar sumbangan kepada mangsa banjir menerusi MCA. Diantaranya termasuklah Mahsing,
Berjaya Group dan Tiong Nam Logistics
No comments:
Post a Comment