Monday, January 26, 2015

Merotan Anak Menurut Sunnah

Semakin panas suasana berikutan pada kenyataan yang dibuat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) semalam. Keadaan lebih panas apabila ia turut menyentuh budaya di kalangan masyarakat Asia yang amat rapat hubungan kekeluargaan sejak berzaman. Namun kerana peredaran zaman yang terlalu pantas dan terbuka dengan budaya luar; yakni Barat yang disajikan melalui media massa dan elektronik, generasi masa kini semakin memisahkan budaya dan adab yang murni itu.

Lebih-lebih lagi bagi umat Islam di Malaysia yang dikejutkan dengan kisah anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati yang telah melapurkan kepada pihak berkuasa Sweden akan tindakan ibubapa mereka kerana tidak menunaikan Solat; ibadah yang wajib ke atas setiap umat Islam hingga menyebabkan mereka telah dikenakan hukuman menigut Undang-undang Sweden. Keadaan ini telah memungkinkan satu senario yang sinis kepada umat Islam menjalankan tanggungjawab ke atas perintah Allah SWT dan tidak dilepaskan dengan mudah oleh fahaman luar untuk mencela, baik di negara sendiri.

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menggariskan panduan dalam mendidik anak-anak. Terdapat empat fasa bagaimana mendidik anak-anak sebagaimana yang disarankan oleh  Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW merupakan manusia mulia yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT. Baginda merupakan contoh teladan bagi orang-orang yang beriman. Oleh itu, kita wajib mencontohi Rasulullah SAW dalam setiap perkara termasuklah dalam hal mendidik anak-anak.

Fasa Pertama : Dari umur 0-6 tahun
Berdasarkan fasa ini, ibubapa hendaklah memberikan kasih sayang kepada anak-anak dengan memanjakan mereka, bergurau senda dan bermain bersama-sama. Sekiranya anak-anak membuat salah, jangan sesekali dirotan atau dipukul. Memupuk kasih-sayang dan menegur dengan perbuatan yang serupanya. 

Fasa Kedua : Dari umur 7-14 tahun
Islam masih memberi penekanan dalam memberikan kasih sayang namun perlu disulami dengan ketegasan dalam memberi arahan, menekankan pada disiplin dan juga melatih mereka pada tanggungjawab. Selain itu, pada fasa ini, anak-anak perlu didedahkan dengan didikan solat, puasa, dan ibadah-ibadah yang lain.

Menurut Hadis Abu Daud,

مُرُوا أُوْلاَدَكُمْ بِالصًّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِيْنَ، وَاضْرِ بُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِيْنَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

“Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan)".

Menurut hadis tersebut juga, antara contoh sikap tegas yang boleh dilakukan oleh ibubapa adalah memukul anak-anak yang tidak solat sekiranya telah mencapai umur 10 tahun. Namun terdapat beberapa syarat yang harus diturutu dalam hal merotan anak-anak. 

Antaranya :
  1. Anak memahami mengapa beliau dirotan.
  2. Orang yang memukul/merotan adalah walinya contoh ayahnya.
  3. Tidak boleh memukul secara berlebihan hingga memudaratkan.
  4. Kesalahan yang dilakukan memang patut mendapat hukuman.
  5. Memukul/merotan dengan niat mendidik; bukannya untuk melepaskan marah.
Fasa Ketiga : Dari umur 15-21 tahun
Di fasa ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. 

Jadilah pendengar yang setia kepada mereka dan menghormati pandangan dan pendapat mereka selagi tidak bersalahan dengan syariat Islam. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama di hadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan diplomasi walaupun kita adalah ibubapa mereka. Harus diingatkan fasa  ini remaja mudah memberontak.

Fasa Keempat : Dari umur 21 keatas
Anak-anak hendaklah diberikan kebebasan dalam membuat keputusan dan memberikan sepenuh kepercayaan pada setiap keputusan yang mereka buat. Namun, ibubapa perlulah memantau dan memberikan nasihat diiringi dengan doa semoga sehala keputusan yang mereka ambil adalah betul dan mengikut landasan Islam yang sebenarnya.

Berikut pula adalah panduan dari sudut pandangan FIQH. Perbincangan mengenai memukul anak ini perlu dilakukan menyeluruh, termasuk bagaimana kasihnya Nabi ke atas kanak-kanak yang turut meliputi elemen psikologi dan lainnya.

1. Merotan atau memukul dibenarkan taktala anak mula berumur 10 tahun
Sabda Nabi:
مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر

“Ajarlah anak kamu Solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan pukul mereka apabila mencecah 10 tahun)”

Hadis Riwayat Abu Daud

2. Tidak melebihi 3 kali bagi hukuman rotan biasa, atau 10 kali bagi hukuman Qisas.

Sabda Nabi:

لا يجلد فوق عشر جلدات الا في حد من حدود

“Tidak boleh merotan melebihi 10 kali (melainkan pada hukum Hudud)”

Hadis Riwayat Bukhari

Menurut Umar Abdul Aziz: Guru-guru tidak boleh merotan melebihi 3 kali, kerana ianya boleh menimbulkan ketakutan/fobia dan kebimbangan kepada kanak-kanak.

Menurut al-Dohak: Apa-apa sahaja pukulan atau rotan yang melebihi 3 kali, maka ianya adalah hukum Qisas.

3. Rotan itu tidaklah terlalu keras, tidak pula terlalu lembut atau basah/lembab, sehinggalah boleh meninggalkan bekas dan kerosakan yang teruk pada kulit.

عن زيد بن أسلم : أن رجلا أعترف بنفسه بالزنى على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم فدعا رسول الله صلى الله عليه وسلم بسوط فأتي بسوط مكسور فقال : (فوق ذلك) فأتي بسوط جديد لم تقطع ثمرته فقال : (بين هذين) فأتي بسوط قد لان وركب به فأمر به فجلد

“Diriwayatkan oleh Zain bin Aslam, seorang lelaki telah melaku berzina di zaman Radullullah SAW, maka Rasullullah meminta sebatang tongkat untuk disebat lelaki itu. Apabila tongkat yang dikehendaki dikemukana kepada baginda Rasullullah SAW, didapati tongkat itu pecah-pecah, lalu baginda minta tongkat yang lain dan apabila tongkat yang kedua dibawa kepada baginda, didapati tongkat itu daripada dahan kayu yang baru dipotong. Rasullullah SAW menolaknya lagi dan meminta tongkat yang sangat sederhana yang tidak keras. Rasullullah SAW menerimat tongkat itu dan memerintahkan supaya lelaki itu disebat dengannya.”

Hadis al-Muwatta

4. Cara merotan menurut Syeikh al-Faqih Shamsuddin al-Anbani:
i. Memukul di tempat yang berbeza, bukannya pada satu tempat di badan manusia sahaja.
ii. Memanjangkan tempoh rotan pertama dengan yang seterusnya.
iii. Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya.

5. Tempat dibenarkan memukul: semua anggota badan kecuali kemaluan dan muka (tambahan al-Ahnaf: seluruh kepala)

Kata Ali ketika menjatuhkan hukuman had ke atas peminum arak: “Sebatlah seluruh anggota badan tetapi elakkan muka dan alat kemaluan.”

عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : (إذا ضرب أحدكم فليتق الوجه) رواه أبوداود

Sabda Nabi: “Sekiranya seseorang itu merotan, elakkan wajahnya.”

Hadis Abu Daud

Sebahagian ulama’ Salaf mencadangkan agar dirotak di tapak tangan dan kaki.

6. Berhenti seketika sekiranya yang sedang dirotan menyebut nama Allah.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : قال صلى الله عليه وسلم (إذا ضرب أحدكم خادمه فذكر الله فارفعوا أيديكم) رواه الترميذي

"Daripada Abi Sa’id Al-Khudri, Nabi bersabda: “Sekiranya kamu merotan (dengan sebab) akan pekerja kamu, kemudian dia menyebut kalimah Allah, maka tangguhkan dahulu.”

Hadis al-Tirmizi

No comments:

Post a Comment