Wednesday, January 28, 2015

Sumbangbakti MCA Wujudkan Koperasi Petani Muda Malaysia

Sektor pertanian adalah merupakan jentera ekonomi Negara yang semakin mendapat perhatian. Lebih-lebih lagi ia adalah pemangkin Negara seawal pembangunan negara yang kini telah berupaya bergerak ke arah Negara Berteknologi Tinggi sejajar dengan hasrat dan kepimpinan YAB Perdana Menteri; Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak.

Ekoran peluang dan keperluan negara di dalam mengimbangi sumbangan kepada indeks KDNK dan berteraskan kawasan hijau dan lapang masih belum diterokai sepenuhnya, menceburi sektor merupakan satu tindakan bijak di samping mencetus sikap dan budaya keusahawanan di kalangan anggota masyarakat. 

Dalam satu sidang media, YB Senator Chong Sin Woon; Ketua Pemuda MCA telah menyuarakan keputusan Jawatankuasa Induk Pemuda MCA menggalakan penglibatan golongan muda di dalam sektor pertanian. Penubuhan Koperasi Petani Muda Malaysia adalah usaha semangat perpaduan di dalam Barisan Nasional oleh sayap Pemuda MCA dan sedang menantikan kelulusan ROS.

Kata Sin Woon, “Kami berharap mendapat sokongan dari golongan muda di mana, mereka akan turut dibantu untuk mendapatkan tanah untuk diusahakan serta bantuan dana. Perbincangan akan turut dibuat bersama Kerajaan Negeri dan juga pemilik tanah yang bersesuaian dengan harapan lebih banyak kawasan tanah pertanian dapat disewakan kepada ahli koperasi.”

Keahlian Koperasi adalah sebanyak RM50 dan pemilikan saham seminima RM100 sesaham. Permohonan sebagai ahli mestilah berumur di bawah 40 tahun dan pemilikan saham boleh dipegang sehingga umur 50 tahun yang kemudian boleh dijual.

“Bukan sekadar berusaha mendapat bidang tanah untuk pertanian, Koperasi akan turut mendapatkan dana bantuan melalui SME Corp, menyediakan latihan penggunaan teknologi terkini” kata beliau lagi. Bidang pertanian bukan lagi bidang yang memerlukan tenaga kerja yang ramai tapi kebolehupayaan teknologi yang akan dilakukan kerjasama Koperasi dengan Taiwan yang pesat tekonologi pertaniannya.

Untuk keterangan yang lebih lanjut, bolehlah mengunjungi lama sesawang MCA di www.mca.org.my.

Jadi orang muda, apa ditunggu lagi? Rebutlah peluang menyumbang ke arah pengukuhan dan pergantungan negara di dalam sektor pertanian. Kemudahan dan bantuan sedia dihulurkan. Sokongan moral dan bantuan sedia bagi mereka yang berminat di dalam bidang tersebut.  Orang muda teringin untuk memasuki bidang pertanian ? Tetai tiada kemudahan dan laluan untuk memula kan nya?


MCA terus mendampingi rakyat dalam skala tetap dan konsisten, bukan sekadar gimik untuk  pilihanraya sahaja 

No comments:

Post a Comment