Tuesday, February 24, 2015

Bantuan Pasca Banjir YPPM

Misi Bantuan Pasca Banjir YPPM pada 4hb Februari yang lepas, Pengerusi Eksekutif YPPM; YBhg Senator Dato' Dr Mashitah Ibrahim telah mengetuai Misi Bantuan Banjir YPPM bersama Tn Hj Juhaidi Yean Abdullah, Pengarah Operasi YPPM ke beberapa buah Madrasah yang telah mengalami kerosakan teruk akibat bencana banjir besar dan mengakibatkan kerugian dan kesulitan ke atas warga sekolah pondok; di Madrasah Raudah Al-Muhibin dan Madrasah An-Najjah.

Sebagai sebuah Yayasan yang bertanggungjawab mengurus Madrasah atau Pendidikan Pondok maka sesuai dan berpadanan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) mengadakan kunjungan tersebut menyalurkan bantuan keperluan harian dan melihat sendiri keadaan fasiliti Madrasah tersebut. 

Dato' Dr Mashitah berkata bantuan yang disalurkan adalah setelah mengambilkira kawasan sekolah pondok yang terjejas teruk akibat banjir besar itu.

“YPPM menyalurkan bantuan kepada dua buah madrasah setelah melihat keadaan madrasah yang teruk akibat terjejas bencana banjir. Kedua-dua buah madrasah itu difahamkan ditenggelami air banjir sedalam dua kaki sehinggakan merosakkan keadaan struktur bangunan dan barang-barang keperluan dapur pelajar,” katanya.

Berdasarkan kriteria itu, YPPM telah menyalurkan bantuan kepada 2 buah madrasah tersebut....antara keperluan dan bekalan yang disalurkan YPPM ialah atap zink, perabot, tong gas, tilam, buku log dan kitab-kitab agama bagi meringankan bebanan pihak pondok.


Kunjungan di Madrasah Raudhah Al-Muhibin yang juga dikenali sebagai Pondok Pak Kob yang terletak di Seberang Chenor, Maran, Pahang turut disertai pelajar-pelajar dari Sekolah Tengku Ampuan Afzan, Chenor, Pahang.

Sejurus selesai, perjalanan YPPM diteruskan ke Madrasah An-Najjah atau lebih dikenali sebagai Pondok Bukit Keledang Mengkarak, Bera, Pahang yang telah memusnahkan 4 penginapan pelajar lelaki di dalam bencana banjir itu.


Bantuan dari YPPM telah dihulurkan kepada Mudir Ustaz Hj Mohammad Hj Ilyas dan Ustaz Barakallah.

YPPM terbukti berkesan dan prihatin. Pengajian Pondok memerlukan sumbangan orang ramai untuk membangunkan sendiri dan menyerlahkan syiar Agama. Pastinya ujian Allah SWT hanya mampu dilalui orang-orang yang terpilih.

Hebatnya penggajian pondok, ada pelajar pondok yang berjaya menyambung pengajian agama di menara gading termasuk Universiti Al-Azhar, Mesir dan tidak kurang yang menjadi guru agama. Ada yang menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dan tidak sedikit bekerja di sekitar Pahang malah serata pelusuk negara.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Ya Allah Lindungilah kami dari Ujian yang Engkau ketahui di luar kemampuan dan ketahanan kami. Tetap hati dan tabahkan Iman kami. Sesungguhnya Ibadah kami, hidup kami dan mati kami adalah dengan keredhaanMu. 

Martabat Islam dan maruah penggajian pondok diteruskan YPPM walaupun fitnah diteruskan oleh mereka yang berbeda fahamannya.

Setiap musibah ada Hikmahnya. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Maha Agung lagi Maha Mengetahui.


No comments:

Post a Comment