Tuesday, February 24, 2015

Tak Perlu Boikot, Tukar Mindset dan Sikap

Bahanapi fosil; minyak dunia menyaksikan kejatuhan harga. Di Malaysia RON95 dijual pada harga RM1.70 seliter bermula dari 1hb Februari 2015 berbanding RM2.26 seliter pada 1hb  Disember 2014. Begitu juga harga bahanapi yang lain seperti dipaparkan di bawah.

Apa yang amat dikesali, di sebalik penurunan harga bahanapi ini, harga barangan perlu yang naik sejak 3 bulan sebelumnya masih kekal tinggi. Di semua peringkat rangkaian pengedaran barangan (supply chain), pengilang, gudang, pemborong, peruncit masih enggan menurunkan harga dan tidak mempunyai asas kukuh mempertahankan harga sediada.

Lebih mengecewakan pariti kuasa belian (purchasing power parity) didominasikan konglomerat yang bersifat tamak dan kedekut sekaligus hanya merengsakan rakyat. Tindakan konglomerat dan peniaga sedemikian hanya membantut keupayaan KDNK Negara berkembang melebihi 5.5% bagi tempoh 2015 di dalam senario terkini.

Sedang pihak Kerajaan telah melaksanakan program rasionalisasi perbelanjaan melalui pengurangan subsidi dan langkah sebagainya, pihak peniaga tidak pula kelihatan prihatin mahupun bekerjasama.

Perlu ditekankan, andai kenaikan harga minyak diserapkan di semua peringkat ekonomi, ini bermaksud di peringkat pengguna akan dibebani dengan kos bagi setiap produk dan perkhidmatan setiap hari. Bagaimanapun keadaan itu tidak pula berlaku apabila harga minyak diturunkan. 

Kenapa? Di mana kewajaran ekonomiknya?

Tidak dapat dinafikan pegangan ekonomi (economic pie) negara berpusat kepada kaum Tionghua. Manakala bangsa Melayu merupakan kuasa pembeli terbesar. 

Tindakan Menteri Industri dan Asas Tani; YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob mengajak Melayu sebagai dominan pembeli memboikot perniagaan kaum Tionghua demi memaksa harga barangan perlu diturunkan adalah langkah yang perlu diteliti kesan "pro dan contra"nya.

Berkemungkinan besar ia bagi menyedarkan para peniaga-peniaga yang majoritinya dari kaum Tionghua akan Hak Pengguna di kalangan masyarakat majmuk. Dalam sudut yang berbeza ia menggalakkan bangsa Melayu untuk cergas dan turut menjadi pemain ekonomi di negara lebih-lebih lagi dalam sektor pertanian sebagai satu usaha "check and balance". 

Namun itulah budaya dan kehidupan diselusuri di antara masyarakat majmuk. Isu tuntutan agar harga barangan diturunkan selaras dengan penurunan harga bahanapi dunia adalah "core"nya. Pastinya masing-masing pihak tidak terus bertikaman dan mempolitikkan isu.

Tindakan menempelak dan keluar menyatakan bantahan tidak mampu menyembunyi keadaan sebenar. Umpama pepatah Inggeris, "Sweep the dust under the carpet". Kegagalan dikesan banyak melibatkan aspek penyertaan dan pembabitan masyarakat hingga ke sistem penyaluran dan pengguatkuasaan jabatan kerana sikap "passing the buck".

Polarisasi ekonomi, kaum dan politik tidak dapat dihalang. Ia memerlukan "mental strength" dan kematangan.

Retorik menanggani isu perlu ditukar pendekatannya. Boikot hanya mencetus situasi marah yang berpanjangan. Usaha mendidik masyarakat yang arif tentang kepenggunaan dan haknya akan menjadi kuasa mengimbang dan menentukan kadar harga barangan juga kestabilan kehidupan sekaligus politik negara.

Urusan kewangan dan perbelanjaan juga mampu membentuk masyarakat yang ampuh di dalam apa jua senario ekonomi. Jangan lagi menuding jari. Jangan jadikan pembangunan negara dan perpaduan antara kaum menjadi "collateral damage" sebuah negara yang telah merdeka dek peperangan harga.

No comments:

Post a Comment