Friday, February 20, 2015

Identiti Baru ERL Mencetus Penggunaan


Apa yang dicari dan dikehendaki masyarakat pengguna pengangkutan awam? Keselesaan, Ketepatan masa perjalanan, Mesra Alam, Penggunaan Teknologi Semasa.

Tan Sri Dato' Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar; Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melancarkan keretapi KLIA Transit dengan 'motif' barunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Jumaat lepas (13hb Februari) sambil menekankan "Menggunakan pengangkutan awam adalah sebahagian daripada menjaga alam sekitar dengan mengawal tahap pencemaran yang dikeluarkan oleh kenderaan".


"Penyedia pengangkutan awam perlu membuat inovasi dan meningkatkan perkhidmatan agar lebih ramai orang akan tertarik untuk menggunakan pengangkutan awam" kata beliau lagi.

Antara pandangan dan ide meningkatkan lagi kualiti pengangkutan awam yang didengari adalah peningkatan tahap standard keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan dengan produk pelancongan yang mudah dan menarik buat pengguna tempatan mahupun dari negara luar.

Galakan penggunaan pengangkutan awam secara langsung akan berdaya mengurangkan kebergantungan penggunaan bahanapi fosil (fossil fuel) dan pengewapan gas toksik (CO emission) serta perjalanan yang lebih selesa.

Usaha yang dibangunkan pihak Kerajaan melalui penyertaan penyedia pengangkutan awam dan kerjasama anggota masyarakat adalah satu usaha mencapai matlamat "Go GREEN" yang memanafaatkan inovasi dalam kehidupan secara efektif dan gerakan meminimakan "Carbon footprint".

Pemilihan corak 'Harimau Bintang' (Cheetah) oleh Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) yang melambangkan ketangkasan bakal menggantikan motif 'Batik' berterakan flora dan fauna yang digunakan sejak mula beroperasi pada tahun 2002..di dalam usaha peningkatan nilai estatika, inovasi dan kecekapan seluruhnya demi masyarakat pengguna; keselesaan, keupayaan beroperasi menepati masa, teknologi terkini dan mesra alam...

Tahniah buat SPAD.

No comments:

Post a Comment