Friday, February 20, 2015

Tempoh Terbaik PLKN DiPerkasakan

Makmal Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dirasmikan oleh YB Menteri Pertahanan; DS Hishamuddin Tun Hussein tempoh hari. Turut hadir di dalam majlis berkenaan adalah YB Khairy Jamaluddin dan Pengerusi PLKN; YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid. 

Perlaksanaan makmal ini amat penting dan kritikal selaras dengan hasrat Perdana Menteri sewaktu ucapan Bajet 2015, yang mengumumkan strategi pertama di dalam Pelan Transformasi Belia Negara, iaitu untuk mengkaji semula PLKN dengan satu konsep baru yang menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.

Dalam pada hal berkaitan, satu Lab Transformasi bagi PLKN telah diwujudkan. Tempoh penangguhan PLKN ini adalah masa yang terbaik meningkatkan taraf program kepada tahap yang lebih tinggi.

“Kita tidak mahu PLKN menjadi hanya sebagai kem transit atau pun program alihan  antara dunia persekolahan dan dunia universiti” jelas YB DS Hishamuddin.
Makmal Transformasi PLKN yang diumumkan oleh Menteri Pertahana itu akan berlangsung selama 5 (lima) minggu bermula pada 23hb Februari sehingga 28hb Mac 2015. Seramai 85 orang yang terdiri dari wakil Kementerian, pihak swasta, badan bukan Kerajaan (NG), pemain-pemain industri, golongan muda, operator kem PLKN, alumni PLKN, jurulatih PLKN, pihak IbuBapa dan lain-lain akan terlibat dalam sesi mencambaj minda dan ide penambahbaikan program.

Tujuan makmal ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas dari semua pihak yang berkepentingan berhubung transformasi yang ingin  dilaksanakan terhadap PLKN. Selain itu, makmal ini juga bermatlamat menghasilkan satu resolusi yang seterusnya dibentuk menjadi "blueprint" bagi menjayakan transformasi PLKN.

Tumpuan perbincangan adalah kepada perkara pokok utama iaitu modul latihan, pengurusan sumber dan penjenamaan komunikasi yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta PEMANDU. Satu 'blueprint' penambahbaikan dan PLKN dijangka memencakkan lagi rencana dan perancangan kenegaraan.

Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, segala usaha dibuat adalah bagi kebaikan negara sendiri. Setiap kejadian ada hikmahnya. Maka tempoh penangguhan program PLKN diguna sebaiknya dan yang terbaik untuk anak bangsa yang gemilang dan terbilang.

No comments:

Post a Comment