Thursday, February 26, 2015

Nik Abduh: Ubah Sistem Beraja

Baru-baru ini Nik Abduh; Ahli Parlimen Pasir Mas telah mengeluarkan kenyataan yang amat dangkal dan cetek pengetahuan sejarah negara. Walaupun beliau dari rumpun Melayu yang mempunyai sejarah yang hebat di Gugusan Kepulauan Melayu, namun fakta sejarah negara gagal dihayati apalagi difahaminya.

Ini semua timbul demi mengalihkan perhatian umum semasa yang hangat dengan pertikaman lidah di antara PAS dan DAP; cabar mencabar di antara kepimpinan perikatan yang sedari awalnya longgar.

Tindakan DAP menolak Hukum Hudud yang ingin dilaksanakan di Kelantan mengundang kemarahan DAP, hingga menyebabkan PAS bertindak menentang usaha rakan teman sebantalnya untuk mengadakan Pilihanraya PBT. 

PAS juga sebelum ini tidak bersatu hati di dalam pemilihan MB Selangor dan menimbulkan suara kurang senang di kalangan anggota komponen yang digambarkan utuh. Malahan selaku Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Pas itu telah menyelar tindakan 2 ADUNnya yang bertindak menyokong Presiden PKR ketika itu sebagai calon MB Selangor. 

Kini di dalam kecelaruan solidariti mereka, Nik Abduh menyatakan hasrat agar sistem beraja  yang diamalkan di Malaysia ditukar kononnya bagi mencapai maksud "keadilan".

Datuk Hj Noor Ehsanuddin, Ahli Parlimen Kota Tinggi dari parti pemerintah; Barisan Nasional (UMNO) telah bertindak mencemuh pengetahuan Ahli Parlimen itu adalah betul dan tepat sekali. Perbezaan di antara kedua mereka amat ketara di dalam menyelusuri sejarah dan Perlembagaan Negara yang mereka wakili. Jelas sekali kedangkalan pengetahuan Nik Abduh hanya membawa padah kepada rakyat secara keseluruhannya, lebih-lebih lagi diheret untuk mendapat tempat di hati komponen PR yang lain.

Malaysia mengamalkan SIstem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi BerParlimen. Ini telah termaktub di dalam Perlembagaan Tanah Melayu 1957 dan kemudiannya kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963.

Apakah niat Nik Abduh sebenarnya? Mempertikaikan Raja-raja Melayu sebagai lambang ketua negara dan Agama, sekali gus menggambarkan PAS telah bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Republik. 

Lupakah ahli Parlimen tersebut kepada 5 Rukun Negara; Rukun ke 2 menyebut Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Pasir Mas di bawah jajahan negeri mana? Siapa ketua negeri Kelantan? Begitu mudah Ahli Parlimen Pasir Mas akan Raja Kelantan di mana beliau tumpang berteduh sebagai usaha mengalih perhatian memperbaiki hubungan dengan DAP melalui provokasi tidak bertempat dan bersifat pengkhianatan.

Diperhatikan tingkah pembangkang menyelesaikan isu yang tidak sefahaman seperti ini mampu membawa kepada politik kehancuran dan jelas membuktikan pembangkang tiada kemahiran dalam mentadbir negara yang akhirnya rakyat menjadi mangsa...antara difahamkan Datuk Hj Noor Ehsanuddin.

Belajar dan hayatilah kaedah rundingan yang sihat bagi menyelesaikan pandangan dan pendapat yang berbeza. Populariti yang digembar-gemburkan atas agenda yang hanya menggamit ketegangan antara kaum dan Agama hanya menyebabkan keadaan huru-hara. 


Sejarah adalah satu panduan bagi kehidupan manusia di dalam meniti kehidupan. Ambillah masa untuk menelaah dan memahami fakta sejarah. Jangan pula mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang meragukan malah memalukan mewakili Rakyat.

No comments:

Post a Comment