Thursday, February 26, 2015

#KepuasanPelanggan Keutamaan SPAD

Imej perkhidmatan teksi di Kuala Lumpur telah terjejas akibat 
pelbagai kerenah pemandu seperti memilih penumpang, 
mengambil penumpang bukan di perhentian teksi, tidak
membantu penumpang yang membawa beg berat, tidak 
menggunakan meter dan menurunkan penumpang di tempat 
tidak dibenarkan.

Lantaran itu  SPAD mula mengambil tindakan yang lebih agresif
terhadap pemandu teksi yang melanggar undang-undang dan 
syarat-syarat pelesenan. Kerjasama dan sokongan 
semua pemandu teksi amatlah dialukan bagi menjamin mutu 
perkhidmatan dan keselesaan pengguna.

          Pada 23hb Februari yang lepas satu pertemuan telah diadakan di antara
          En. Mohd Syahrir Bin Hj. Abdul Aziz, Presiden Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Limosin Dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) dengan Suruhanjaya Pengangkutan  Awam Darat (SPAD).

          Perbincangan berkisar mengenai beberapa isu seperti kenaikkan harga, implikasi dan cara mengimbangi kos semasa dan semakan kadar tambang yang bakal dikuatkuasakan. Turut dibincangkan juga  kemungkinan 
memberikan kelonggaran terhadap model kenderaan yang digunakan di bawah skim 
TEKS1M.

Beberapa saranan baru turut disuarakan seperti menubuhkan yayasan bagi menjaga kebajikan golongan pemandu teksi dan keluarga mereka yang merangkumi pembiayaan pelajaran dan perumahan ahli.

PETEKMA diharap dapat menggiatkan usaha menggalakkan ahlinya mengguna meter dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan yang mengguna perkhidmatan mereka. Untuk  makluman, SPAD telah memberi pelepasan untuk teksi bermeter beroperasi di KLIA  pada 15 Mei, 2013  dan KLIA2 pada 5 Mei, 2014.

Keterbukaan dan kesediaan SPAD diterima baik PETEKMA di atas komitmen dan penglibatan SPAD yang berterusan berkongsi dengar dan membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi pemandu teksi.

"Pihak SPAD telah merangka dan menjalankan pelan migrasi lesen pengendali secara berperingkat sejak tahun 2013 melalui skim Teksi 1 Malaysia (TEKS1M) kepada pemandu yang layak diberikan lesen individu. Pada tahun ini sahaja, sebanyak 69 lesen TEKS1M akan diserahkan kepada mereka yang layak menjadikan jumlah sehingga kini sebanyak 1,000 buah lesen yang dikeluarkan" berikut dimaklumkan YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar; Pengerusi SPAD.

Ditekankan bahawasanya lesen indidvidu yang diberikan tidak boleh dipajakkan. Lesen individu yang diserahkan kepada pemandu TEKS1M adalah lesen yang tidak digunakan (seperti pemandu yang diisytiharkan bankrap dan tidak layak pembiayaan kewangan) maka tidaklah berlaku sebarang pertambahan jumlah lesen teksi. 

SPAD menegaskan bahawa penggunaan kenderaan berlesen yang sesuai diperlukan dan syarat-syarat pengendali perlu dipatuhi. SPAD tidak akan berkompromi apabila mengambil tindakan ke atas kenderaan yang menggunakan aplikasi UBER yang tidak mematuhi undang-undang dan syarat-syarat dan terma pelesenan pengendali.


Tindakan tegas telah diambil bagi membanteras kenderaan-kenderaan yang beroperasi tanpa permit atau melanggar peruntukan syarat pengendali  yang menggunakan perkhidmatan aplikasi seperti GRAB CAR dan BLACK LANE seperti carta di bawah.

BIL
JENIS KESALAHAN
APP UBER
APP GRAB
APP BLACK LANE
JUMLAH
a.
Beroperasi Tidak Mengikut Kelas Lesen
10
3

13
b.
Gagal Kemukakan Lesen Pengendali Semasa Di Periksa
5


5
c.
Pindah Milk Lesen Tanpa Kebenaran
2


2
d.
Tiada Lesen Pengendali/Permit
11
3
1
15

JUMLAH
28
6
1
35

No comments:

Post a Comment