Sunday, March 22, 2015

DAP Dengan Dakyah Merosakkan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ

"Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus

ثُمَّ لَآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَائِلِهِمْ وَلاَ تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dai kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)."
Al-Quran, Surah 7; Al-A 'raf ayat 16-17

Begitulah antara keangkuhan Iblis terhadap Allah SWT apabila diperintahkan hormat kepada ciptaanNya; insan manusia.

Maka Iblis telah berjanji dengan rancana serangan untuk menyesatkan makhluk Allah SWT agar kufur terhadap Ya al-Azim, Ya al-Kabir Ya al-Muqtadir melalui strateginya: 

1. Dari hadapan; menyesat urusan manusia terhadap Akhirat. 
2. Dari belakang; menghasut manusia mendewakan urusan duniawi. 
3. Dari kanan; melalaikan urusan agama (kebaikan).
4. Dari kiri; menghalalkan perkara-perkara yang dilarang tentang dosa (keburukan).



Lantaran muatnaik video di atas yang bertajuk "Hudud Isi Periuk Nasi" adalah tindakan yang memualkan yang dilakunkan Aisyah Tajuddin. Kritikan yang dihamburkan BFM Radio dengan skrip yang dilemparkan bukan sahaja mempersenda hukum dan Undang-undang Islam di negeri Kelantan malah mempersoalkan Aqidah dan syariat yang menuntut aurat seorang wanita di sisi Islam.

Sekadar meminta maaf setelah video yang menjadi viral itu, adalah satu penghinaan yang teramat bukan sahaja mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Rukun Negara.

Ia ibarat tindakan seorang pembuli menampar orang yang tidak bersalah. Sebelum apa-apa tindakan balas diambil...si Pembuli tanpa rasa malu atau segan meminta maaf.


Aisyah Tajuddin pula datang dari keluarga akademik; bapanya seorang Professor yang telah beralih fahaman dan mengagungkan DAP sebagai perjuangan dan prinsipnya.

Sedari dulu, DAP tanpa segan silu menyatakan mereka menentang pembentukan sebuah negara Islam di Malaysia dan apa-apa Undang-undang yang bercirikan Islam akan ditentang sehabisnya. Walaupun PAS (sebuah parti yang bedogma Islam) bersekongkol dengan DAP di dalam sebuah perikatan, namun sandiwara itu kini sudah jelas merupakan onak duri dalam daging dan bagai telur menanti hancur dek retak seribu.


YBhg Dato' Dr. Mashitah Ibrahim; Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia, mendedahkan di dalam rencana bertajuk "Kenapa DAP Bantah Hudud" melalui Sinar Harian antara lain:

"Menurut Lim Kit Siang, DAP mengambil keputusan tidak menyertai pakatan pembangkang bersama Pas ketika hadapi Pilihan Raya Umum 1986 dan 1990 kerana membantah hasrat melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan Negara Islam.


Malah, dalam PRU 1990, DAP meletakkan calonnya untuk bertanding di kerusi Dun Padang Garong dalam kawasan Parlimen Kota Bharu. Namun, calon itu, Lim Kok Kee, tewas.

Walaupun pemimpin Parti Semangat 46 kemudian berjaya menggabungkan DAP dan Pas dalam Barisan Alternatif, pakatan ini akhirnya berpecah pada 2001 kerana kepimpinan Pas menolak satu persefahaman yang dipanggil Pendirian Lima Perkara.


Intipati Pendirian Lima Perkara itu adalah: 
1) Pas kena setuju tidak akan berlaku perubahan radikal terhadap Perlembagaan Persekutuan seperti penubuhan Negara Islam, Kristian, Buddhis atau Hindu.
2) Selagi berada dalam pakatan pembangkang, Pas mesti bekerjasama dengan parti sekutu untuk mengangkat demokrasi, bukan Negara Islam.
3) Sebelum membuat sebarang keputusan atau pindaan kepada undang-undang negeri, Pas mesti rujuk dan mendapat persetujuan parti sekutu.
4) Pas kena bersetuju dengan penubuhan sebuah jawatankuasa tertinggi yang mesti dirujuk jika ingin buat kenyataan atau tindakan sensitif berkaitan agama, dan
5) Pas mesti terima hakikat Malaysia sebuah negara plural dan Negara Islam tidak sesuai serta tidak boleh ditubuhkan.

Walaupun Pas berpakat semula dengan DAP dan berserta PKR menghadapi tiga PRU selepas itu, DAP tetap membantah hukum hudud dan hasrat Pas menubuhkan Negara Islam. Ramai penyokong Pas tidak setuju, malah marah dengan 'tahaluf siyasi' yang dijalin parti itu dengan DAP. Pemimpin Pas cuba menenangkan penyokong dengan berkata mereka akan mendidik pemimpin DAP mengenai Islam. Selama 15 tahun, Pas bukan sahaja gagal berbuat demikian, malah pendirian DAP terhadap hukum hudud semakin keras.

Kit Siang, anaknya dan pemimpin DAP terus-menerus mengkritik pemimpin Pas hingga ke hari ini, termasuk cadangan mengadakan sesi khas persediaan membawa rang undang-undang hudud ke Parlimen pada 29 Disember lalu yang terpaksa ditunda kerana bencana banjir."

Saksikan dengan akal, mata, hati serta budi...siapa musuh yang sebenar di antara kalian yang mencetuskan percanggahan budaya, fahaman dan perkauman.

No comments:

Post a Comment