Tuesday, March 24, 2015

Dua Persatuan Teksi Desak Tambang Baru

Gara-gara pengumuman semakan tambang baru bagi pengangkutan awam darat yang dibuatkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) baru-baru ini telah mencetuskan beberapa penerimaan yang agak berbeda di kalangan ahli industri teksi, pengguna malah beberapa pemimpin tempatan.

Melihatkan dari kajian yang telah dibuat selama 3 tahun sebelumnya, ada kewajaran semakan itu dilakukan. Namun di dalam mana-mana keadaan tambah lagi berkait rapat dengan sosio-ekonomi masyarakat; pandangan dan tanggapan turut merupakan faktor penentu sesuatu keputusan di dalam melaksanakannya.

Sejurus kemudian beberapa pihak telah menyuarakan bantahan dan kurang senang kerana kealpaan  kepada situasi sebenar, lantaran bagi menenangkan keadaan, YAB Timbalan Perdana Menteri memaklumkan keputusan kabinet untuk menangguhkan semakan tambang baru bagi teksi dan bas ekspres sehingga satu tarikh yang diberitahu kelak.

"Saya fikir mungkin kita (kabinet) minta perkara itu ditangguh dahulu kerana mungkin masa tidak begitu sesuai lebih lagi diumumkan tarikh yang sama mengenai GST.

“Beban pengguna itu mungkin bertambah terutama mereka yang tinggal di bandar yang menggunakan pengangkutan awam dan sebagainya,” katanya.
Kabinet meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) agar menangguhkan dahulu kenaikan kadar tambang baharu pengangkutan awam seperti yang diumumkan suruhanjaya itu, dua hari lepas. http://www.bnbbc.my/?p=41600

Justeru itu,  dua persatuan; Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) dan Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) telah mengadakan sebuah sidang media kelmarin mempersoalkan keputusan kabinet yang telah diumumkan Timbalan Perdana Menteri selepas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengadakan sidang media mengenai kadar tambang baru teksi dan bas ekspres pada Khamis lepas.

BBPTB diwakili Pengerusinya, En. Amran Jan yang memang terkenal, menyanggah pandangan SPAD beralih angin menyokong pengumuman SPAD untuk kadar tambang teksi yang baru demi membantu meningkatkan taraf hidup pemandu teksi keseluruhannya.

Dakwa Amran;
“Pemandu-pemandu teksi telah menunggu selama enam tahun dengan tiga kali tertangguh dengan alasan dari kerajaan ketika menghadapi tragedi MH370, MH17 dan bencana banjir di pantai timur tahun lalu. 
Penantian selama 6 tahun dan penangguhan selama tiga kali telah mengakibatkan mereka menanggung kos 30 hingga 40 peratus untuk pastikan kenderaan mereka masih mampu bergerak.  
Dahulu memandu Iswara yang berharga RM27 ribu, kemudian mengguna BLM yang berharga RM36 ribu dan sekarang Exora yang berharga RM60 ribu pula dengan kos penyelenggaraan ditanggung sendiri serta tambahan kos sara hidup yang semakin meningkat, maka itulah BBPTB menyokong kadar dalam lingkungan 40 peratus yang telah diumum SPAD dan tegas membantah sebarang penentangan dari orang awam, NGO, Ahli-Ahli Politik dan Menteri Kabinet yang meminta penangguhan yang jelas tidak sepadan dengan apa yang mereka alami.”

Di pihak PERS1M berlainan pula nadanya, Pengerusinya, En Kamaruddin bin Mohd Hussin menyatakan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana percaya kenaikan kadar tambang teksi ini adalah susulan penyerahan memorandum terdahulu dan mereka akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang memperjuangkan hak pemandu teksi termasuklah SPAD.

Anehnya, YB Timbalan Menteri Pengangkutan; Datuk Aziz Karpawi mempersoalkan semakan tambang baru tersebut dan mempertikaikan SPAD tidak membentangkan kepada kabinet dan perlunya perbincangan dibuat dengan Kementerian Pengangkutan (MoT), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Lebih dari itu, beliau telah membuat hebahan melalui laman sosial dengan mendakwa kenaikan tambang yang membebankan sedangkan hakikatnya semakan baru oleh SPAD mengambilkira beberapa aspek penting demi pemandu dan pengguna teksi.http://darikacamatarakyat.blogspot.com/2015/03/spad-announced-new-adjusted-fares.html

Turut didedahkan tidak puashati pertemuan bersama Datuk Aziz yang gagal menyelesaikan permasalahan mereka kepada SPAD sejak tahun 2009. Namun, Pengerusi SPAD; YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar nyata peka dan bertindak proaktif dan memungkin semakan harga tambang tersebut. 

Amran Jan juga menjawab permintaan menambahbaik prestasi industri teksi dan memberi jaminan ia pasti mampu diperbaiki tetapi tidak secara terus-terusan namun walaupun perlahan-lahan namun ia pasti ada peningkatan.

BBTPB dan PERS1M bersetuju menyokong pengumuman SPAD dan berdiri teguh bersama-sama Tan Sri Syed Hamid dan menegaskan mereka juga adalah sebahagain dari rakyat Malaysia yang perlukan pembelaaan dan tidak dibebankan.

Terdahulu PERS1M telah menyerahkan memorandum kepada YAB Perdana Menteri memohon agar pemandu teksi diberi pelepasan daripada dikenakan GST untuk pengangkutan awam itu...setidak-tidaknya pemandu teksi dapat menangani masalah ekonomi ekoran penangguhan kenaikan tambang..

Pihak kerajaan telah berjanji tidak mengenakan GST kepada penumpang teksi namun di pihak pemandu teksi, mereka tetap dikenakan GST apabila menjalani penyelenggaraan kenderaan...



No comments:

Post a Comment