Wednesday, March 25, 2015

Round 2, Pandan DiTempelak

Hanya tinggal berapa hari sahaja lagi sistem percukaian baru; Goods Services Tax (GST) akan mengambilalih percukaian Sales and Services Tax (SST). Pembentangan Bajet 2014 oleh YAB Perdana Menteri telah memberi cukup masa pemakluman kepada rakyat umum akan perubahan yang bakal dilaksanakan itu.
Agensi Kerajaan, sektor ekonomi, rakyat malah pemimpin tidak terkecuali dari peranan masing-masing dan hebahan serta penerangan yang dijalankan bagi memahami maksud dan hasrat GST dilaksanakan.
Kian detik berlalu, pemimpin dari pihak pembangkang tidak tidak putus-putus mengaitkan isu GST sebagai agenda politik mereka, sedangkan peranan mereka adalah 'check and balance' untuk sama-sama menjalankan tanggungjawap kepada keperluan Negara tidak terbantut.
Lama sudah mereka mengaitkan Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) dengan senda yang menjengkelkan. Banyak tohmahan dan fitnah dilemparkan tanpa asas dan fakta yang diputarbelitkan agar rakyat bangkit memberontak.
Paling lantang bersuara, Ahli Parlimen Pandan, En Rafizi Ramli dengan kepakarannya sebagai seorang strategis mencetuskan dakwaan bahawa Malaysia bakal bankrap serta Kerajaan pimpinan BN akan tumbang di PilihanRaya Umum akan datang bila GST dilaksanakan…begitu prihatinnya Rafizi terhadap Kerajaan.
Pada tarikh 1hb April nanti, Malaysia akan menjadi Negara yang ke 160 dari 193 negara seluruh yang mengamalkan system percukaian; GST. Maka jika benarlah, dakwaan Rafizi, Singapura yang terlebih dahulu mengguna GST pada 1hb Apri 1994, patutnya telah tumbang dan berganti Kerajaannya. Begitu jugalah keadaannya dengan 159 negara yang sebelum ini telah makan pasir kerana GST…atau hakikatnya Rafizi bertindak demikian bagi memastikan beliau mampu gunting rambut sebulan sekali tapi punyai simpanan melebihi RM1.6 juta. Dari mana sebenarnya hasil itu?
Ahli Parlimen Tinggi, YB Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid bingkas menempelak kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang terus mendakwa GST ini membebankan rakyat...
Ikuti kenyataan Ehsanuddin mengenai kenyataan Rafizi tentang pelaksanan GST yang dipetik dari portal BNBBC http://www.bnbbc.my/?p=41104
“Apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Pandan itu memang mengelirukan rakyat kerana ada empat perkara penting yang boleh dilihat kesan positifnya.
“Pertama, daripada dua cukai jadi satu cukai iaitu 16 peratus menjadi 6 peratus sahaja, banyak barangan yang daripada mahal menjadi makin murah, harga boleh direbat daripada kerajaan oleh pembekal, pengilang dan pengedar, serta bukti yang paling jelas adalah sebanyak 160 daripada 190 buah negara yang telah menggunakan cukai GST ini,” katanya Ehsanuddin.
Menurut Ehsanuddin lagi, GST adalah selaras Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan di mana peniaga tidak boleh mengenakan harga jualan dengan kadar yang sangat tinggi kerana kerajaan mampu mengawal harga berdasarkan sistem rebat yang dikenakan kepada setiap peniaga, pengilang mahupun pembekal.
“Di sini semua pihak akan dapat manfaatnya, baik dari segi peniaga akan mendapat keuntungan, pengguna dapat berbelanja dengan harga di bawah kawal manakala kerajaan akan mendapat sumber pendapatan daripada percukaian yang akhirnya cukai tersebut akan dinikmati oleh semua pihak,” katanya.
Selain itu, penggunaan GST juga akan dapat meyakinkan para pelabur untuk melabur di Malaysia memandangkan negara kita akan turut menyertai 160 negara lain mengenakan cukai yang sama.
“Ini bermakna cukai GST ini bertaraf antarabangsa kerana banyak negara luar yang telah menggunakan cukai tersebut lebih awal daripada kita,” tambahnya.
Justeru, beliau menolak tanggapan Rafizi yang menyatakan GST hanya membebankan rakyat kerana ia bertentangan matlamat kerajaan meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam semua aspek khususnya menerusi perlaksanaan GST bermula April ini.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Kalau pelakun porno si Alvin Tan menerima keadaan GST di Amerika Syarikat bersetuju GST di Malaysia jauh lebih baik, kenapa Rafizi nak buat kecoh dan bising macam half baked beans?!

No comments:

Post a Comment