Wednesday, March 25, 2015

Anugerah Belia Cemerlang Malaysia (TOYM) 2015

Satu majlis pengiktirafan 10 individu cemerlang yang berusia dari 18 tahun hingga ke 40 tahun telah diadakan baru-baru ini pada 16hb Mac.

Anugerah Belia Cemerlang Malaysia (TOYM) 2015 merupakan satu pengiktirafan di atas pencapaian luar biasa seseorang individu dan sumbangan penting kepada masyarakat dalam pelbagai bidang oleh individu yang dicalonkan.
Pengerusi jawatankuasa penganjur Teoh Eng Kiat berkata pencalonan terbahagi kepada 10 kategori: ekonomi, politik, kepimpinan, kebudayaan, agama, sumbangan kepada kanak-kanak dan hak asasi manusia, khidmat sukarela, pembangunan saintifik, pembangunan diri dan inovasi perubatan.
"Sebagai usaha mengiktiraf sumbangan mereka kepada kepada golongan belia, JCI Malaysia akan meraikan TOYM pada satu majlis penganugerahan dan menyediakan platform untuk setiap penerima anugerah untuk membentangkan pencapaian peribadi masing-masing.

"...kisah penemuan, keazaman dan kepintaran mereka diyakini dapat memberi inspirasi kepada anak muda lain untuk menjadi pemimpin yang lebih berketrampilan dan pembentukan masyarakat yang lebih baik," tambah Teoh.
Pelancaran Program Anugerah TOYM 2015 telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Yang Berhormat Datuk Ir.. Dr. Wee Ka Siong pada 16hb Mac yang lepas.

Antara penerima Anugerah TOYM sebelum ini termasuklah Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Sheila Majid, Datuk Michelle Yeoh, Prof Datuk Zaini Ujang, Tan Sri Mohamad Nadzmi Salleh dan Datuk Lee Chong Wei.
"Pengiktirafan ini bakal menjadi peransang kepada generasi muda Malaysia untuk memberi tumpuan membantu orangramai"...begitu kata Datuk Wee, Timbalan Presiden MCA.

Seramai 30 calon yang layak ke peringkat akhir akan diumumkan menjelang Ogos, manakala majlis penyampaian anugerah akan diadakan di Pulau Pinang.
Jika ANDA seorang yang menepati kriteria yang disebutkan, sila segera mencadangkan diri anda, organisasi berdaftar atau individu tersebut sebelum tamat tempoh pencalonan sebelum tarikh 31hb Mei 2105 melalui laman sesawang www.toym.my

No comments:

Post a Comment