Monday, April 20, 2015

Buat Operasi Mesti Ada Yang DiCekup

Amaran demi amaran dan tindakan tegas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mengenal penat dalam usaha membanteras ulat-ulat teksi dan kereta sapu yang masih berkeliaran menjalankan kegiatan di KLIA dan KLIA 2.
Kedegilan mereka mematuhi undang-undang tidak boleh diambil ringan dan mesti diteruskan kerana kegiatan seperti ini banyak berlegar dengan unsur jenayah.
Satu Operasi Banteras Kegiatan Ulat dan Kereta Sapu di KLIA dan KLIA 2 telah dibuat pada 9hb April lalu oleh anggota SPAD dan turut melibatkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang bermula jam dari jam 5 pagi hingga 11 malam.
Hasil dari operasi itu, SPAD berjaya mencatatkan kesalahan; 15 kes Ulat Teksi:
(1) 9 buah Teksi Sapu.
(2) 4 orang 'Ulat' Teksi.
(3) 2 orang pemandu yang melanggar Syarat Permit.

Di pihak AADK pula berjaya membuat 5 kes ke atas pemandu yang positif Syabu @ Methamphetamine.

SPAD juga menyita 11 buah kereta dan dihantar ke Tapak Sitaan di Sepang seperti pecahan berikut:
  •  2 buah Proton Waja.
  •  2 buah Wira Aeroback.
  •  1 buah Perodua Alza.
  •  1 buah KIA Forte.
  •  1 buah KIA Spectra.
  •  1 buah KIA Pregio.
  •  1 buah Toyota Avanza.
  •  1 buah Proton Saga BLM
  •  1 buah Teksi Bajet (Waja)

Untuk sekian kalinya, treler digunakan untuk tujuan menyita teksi yang berdegil melanggar undang-undang tidak menggunakan meter ketika membawa kenderaan, walaupun telah diarahkan sebelumnya.

Maka drama rayuan dan raungan pun dipersembahkan. Tindakan SPAD dan jabatan/agensi lain tegas kerana, pesalah undang-undang gagal memberi respons yang sewajarnya. Memastikan peluang diambiluntuk memastikan syarat-syarat perkhidmatan dipatuhi sebaliknya dipandang enteng.

No comments:

Post a Comment