Monday, April 20, 2015

Aplikasi Haram, DiPerangi

Di dalam memastikan semua pihak terlibat di dalam industri teksi dan pematuhan undang-undang, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) meneruskan aktiviti membanteras sebarang salahlaku di mana sahaja.

Terbaru pada 14hb April, SPAD beralih pula kepada 'Ops Aplikasi Easy Taxi' bagi menangani perkhidmatan aplikasi haram.  Sepertimana sebelum ini dengan aplikasi UBER dengan penggunaan telefon pintar, Easy Taxi merupakan aplikasi terbaru di kalangan pengguna teksi di Kuala Lumpur.

Operasi dijalankan secara sendirian oleh SPAD di sekita Kuala Lumpur dan negeri Selangor.

Kesalahan lain turut diambil tindakan.

Dalam operasi tersebut, SPAD telah mencatatkan sebanyak 12 kes pelbagai kesalahan yang kebiasaanya kenderaan disita dan dimuatkan ke atas treler untuk ke tapak sitaan di Sepang: 


3 teksi telah tertangkap atas kesalahan berperanan sebagai kereta sapu.
9 teksi pula atas kesalahan tidak menggunakan meter.

Teksi Bajet merupakan julah terbanyak dengan jumlah 9 buah kenderaan, 1 buah Perodua Alza, 1 buah Gen 2 dan 1 buah Toyota Avanza.


Mengenai aplikasi 'Easy Taxi', Pengurus Besar Bahagian Penguat­kuasaan SPAD; YBhg Dato' Paduka Che Has­ni Che Ahmad mengulaskan penggunaan aplikasi itu dikesan mula beroperasi sejak awal bulan ini serta bergiat aktif di sekitar Lembah Klang. Walaupun hanya 3 buah kenderaan yang berjaya disita, namun SPAD percaya operasi yang pertama kali diadakan ini akan memberi amaran keras kepada pihak yang terbabit dan SPAD akan meneruskan operasi ini sehingga mendapat dalang yang bertanggungjawab mewujudkan aplikasi berkenaan.

Penumpang amatlah diharapkan tidak menggunakan aplikasi tersebut kerana selain beroperasi secara haram, perkhidmatan itu juga tidak mempunyai perlindungan insurans jika berlaku kemalangan. Penggunaan aplikasi 'Easy Taxi' tidak adil dan menjejaskan periuk nasi pengusaha dan pemandu teksi berlesen. 

Peringatan!!! Kenderaan yang ditahan kerana menjalankan perniagaan sedemikian akan disita dan mereka yang disabitkan akan dikenakan hukuman tidak melebihi RM10,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment