Tuesday, May 26, 2015

Golongan Paras Kemiskinan DiBela Chew

Masih didapati ramai penduduk yang tinggal di bawah paras kemiskinan dan memerlukan perhatian dan pembelaan di Pulau Pinang, lebih lagi di Permatang Pauh. Keadaan ini sebenarnya jauh dari kenyataan yang dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang; Lim Guan Eng sebagai sifar tidak lama dahulu.

Sebagai salah satu usaha di dalam kempen PilihanRaya Kecil Permatang Pauh, para petugas MCA telah melapurkan keadaan dan sejumlah bilangan penduduk di Permatang Pauh yang masih memerlukan bantuan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seberang Perai Tengah dan Negeri Pulau Pinang untuk diberikan perkhidmatan yang dikenalpasti untuk mereka.

Naib Presiden MCA; YBhg Datin Paduka Chew Mei Fun menerangkan bantuan-bantuan khusus kepada golongan tersebut adalah tertakluk kepada latarbelakang dan keadaan pemohon.

Bagi golongan OKU, bantuan orang kurang upaya bagi mereka yang tiada pekerjaan. Sebaliknya mereka yang bekerja dengan pendapatan di bawah RM1,200 sebulan, pemohon layak memohon bantuan pekerja cacat; Elaun Pekerja Cacat (EPC).

Bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas yang tiada pekerjaan atau waris yang menjaga, bolehlah memohon bantuan orang tua. Bagi mereka golongan Ibu atau Bapa tunggal pula dengan pendapatan kurang dari RM720 sebulan boleh memohon bantuan penjagaan anak-anak.

Selain itu Medical Foundation MCA turut menghulurkan bantuan kepada mereka yang layak terutama yang memerlukan bantuan kerusi roda dan sebagainya.

Petugas-petugas dari Sukarelawan MCA turut disokong Skuad Bantuan Bencana MCA di dalam menghulurkan bantuan keperluan sepanjang tempoh kempen.

Chew turut membidas Lim Guan Eng yang sejak mentadbir negeri Pulau Pinang dengan kenyataan miskin SIFAR yang jauh dari realiti berdasarkan kehadiran ramai golongan tersebut yang hadir untuk mendapatkan bantuan.

Harapan turut disampaikan oleh YBhg Datin Chew bagi mereka yang menghadapi kepayahan menghubungi JKM untuk bantuan yang sewajarnya.


No comments:

Post a Comment