Showing posts with label Datin Paduka Chew Mei Fun. Show all posts
Showing posts with label Datin Paduka Chew Mei Fun. Show all posts

Tuesday, September 22, 2015

Tenaga Kerja Wanita DiSasarkan

Dalam satu ucapannya, YB Datin Paduka Chew Mei Fun menegaskan Kerajaan Malaysia telah memulakan beberapa program untuk mencapai sasaran 55% penyertaan wanita di dalam skop tenaga kerja pada tahun 2015 dengan 30% sasaran wanita sebagai pengarah dalam Lembaga Pengarah syarikat awam yang disenaraikan (PLC) di Malaysia.

Ucapan beliau itu dibuat ketika di "High Level Policy Dialogue on Women and The Economy" baru-baru ini dalam sidang dialog yang ditetapkan "2015 APEC Women and The Economy Forum" dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan dan Industri Filipina di Manila dengan tema "Women as Prime Movers of The Inclusive Growth"  dalam kapasitinya sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Datin Paduka Mei Fun adalah di antara pegawai tinggi kerajaan di samping wakil-wakil dari negara-negara anggota APEC dari Filipina, Australia, Brunei Darussalam, Canada, Chile, China, Indonesia, Jepun, Republik Korea, Papua New Guinea, Singapura, Chinese Taipei, Russia, Peru, New Zealand, Thailand, Amerika Syarikat, Vietnam dan Mexico di dalam forum yang dirasmikan oleh Gregory L.Domingo, Menteri APEC yang bertanggungjawab bagi Perdagangan dan Setiausaha forum. 

Mei Fun telah memaklumkan antara program-program oleh Kerajaan Malaysia bersangkutan tenaga kerja wanita: mengadakan sebuah portal 'Flexworklife.my' dengan membina rangkaian bakat dan majikan, potongan cukai dua kali bagi menanggung kos latihan untuk wanita, atau buat majikan yang melaksanakan dan menambah baik amalan kerja fleksibel dalam organisasi mereka; sokongan dan bantuan insentif kepada majikan yang menyediakan program untuk wanita kembali bekerja selepas tempoh berehat kerjaya dan lain-lain.

Kerajaan Malaysia juga telah melancarkan Program Career Comback, bagi menggalakkan golongan wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan. Geran Career Comeback diilhamkan untuk menggalakkan syarikat-syarikat mengambil wanita yang berehat dari kerjaya. Manakala geran Resourcing dan geran Retention yangdigariskan diharap dapat menarik dan mengekalkan ramai wanita berkerjaya yang berehat lebih dari jangkamasa enam bulan, tambah beliau.

Program yang digarapkan akan terus kekal di dalam Rancangan Malaysia Ke 11 dengan matlamat baru pencapaian 55% penyertaan wanita dalam tenaga kerja pada tahun 2020 sasaran 30% dari mereka menjawat jawatan pengarah  di dalam lembaga pengarah syarikat awam yang disenaraikan.

Wednesday, August 12, 2015

Bukit DiGondolkan @cmlimguaneng Bila Nak Jawap

Tempuh hari penulis berkesempatan mengunjungi Pulau Mutiara di siang hari. Ini berikutan setelah sekian lama pendedahan tentang pencerobohan bukit di sebelah pulau, Pulau Pinang menjadi topik yang hangat dan disepikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tambahan pula apabila sampai ke pengetahuan bahawa pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil sikap "pandang sebelah mata", retorik dan kerap menuding salah kepada orang lain. 


Keindahan Pulau Pinang pastinya memukau pengunjung yang mengambil laluan Jambatan Pulau Pinang dengan bukit-bukau yang menghijau berlatarbelakangkan langit biru dan tompokan kawasan pembangunan yang pesat. Tambahan pula, ia merupakan destinasi pelancongan di utara Malaysia dengan pantai yang mensempadani lebih dari separuh keluasan pulau.

Kini tidak lagi...pemandangan yang tidak dapat dielakkan kesan dari penerokaan lereng-lerang bukit yang semakin meluas akibat buatan manusia. Adakah aktiviti ini mendapat keizinan Kerajaan Negeri atau satu sikap yang jelas sesetengah mereka yang rakus meraih nama dan kekayaan dari alam dan membelakangi undang-undang?

Kehodohan kini menyambut pengunjung dari tanah besar ke Pulau Pinang, pemandangan perkosaan hutan oleh pemaju di puncak Bukit Relau dengan kawasan sekitarnya dibersihkan untuk aktiviti perumahan. Apabila kegusaran dan berita ini disampaikan kepada pihak berkuasa Majlis Perbandaran pada tahun 2013, kononnya mereka tidak memberikan sebarang kebenaran bertulis. Kemudiannya berita diterima bahawa bukit tersebut telah dizonkan untuk perumahan sejak tahun 2012.

Walaupun demikian, sebenarnya beberapa anggota masyarakat setempat dan pencinta alam telah menyuarakan kebimbangan mereka seawal tahun 2011 dengan kempen "Save Bukit Relau Forest Reserve!"

Beberapa paparan berkaitan mengenai sikap pemimpin dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dirujuk berkaitan Bukit Relau, Bukit Laksamana dan sekitarnya.

Belumpun pengondolan Bukit Relau ditangani, Bukit Batu Itam/Bukit Laksamana di Teluk Bahang, Pulau Pinang ikut menjadi mangsa sikap tidak peduli kerajaan negeri terhadap kepentingan menjaga alam sekitar ataupun 'komited' menyelesai isu ini.

Adalah amat mengecewakan apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mampu memberi alasan penggondolan bukit itu adalah di luar pengetahuan mereka. Sedangkan isu pencerobohan bukit itu sudah banyak kali didedahkan media malah turut dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk yang terkini.
Malangnya, aktiviti pencerobohan itu terus berlaku dan sehinggalah pendedahan demi pendedahan dibuat, baharu Kerajaan DAP Pulau Pinang mengarahkan kerja-kerja tanah di bukit berkenaan dihentikan pemaju.
Ketika dihubungi, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh telah memberi jaminan kerja-kerja pemulihan sedang dilakukan.

"Kontraktor perlu membentuk teres untuk mengekalkan struktur dan mencegah hakisan lagi. Mereka juga perlu mengeluarkan batu-batu longgar dan menanam semula rumput dan pokok. Semua syarat yang ditetapkan oleh Majlis bandar sedang diperhatikan," menurut kata Phee.

Dalam isu yang sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Negeri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pula menggesa rakyat Pulau Pinang untuk memberi masa kontraktor untuk melakukan kerja-kerja pengurangan.

Jaminan yang dibuat oleh dua Exco Kerajaan Negeri itu, ternyata lebih bersifat "buying time" dan "time will heal all destruction". Kerajaan Negeri tidak bersungguh dan menggenakan penalti yang setimpal di atas kerosakan yang dilakukan.

Datin Paduka Chew Mei Fun, Pengerusi MCA Negeri Pulau Pinang dalam satu kenyataan, berpandangan samaada kerajaan negeri adalah "prihatin kepada rakyat biasa ATAU lebih cenderung kepada pemaju hartanah?"

Datin Chew memaklumkan beberapa lokasi bukit di Bukit Tambun, Bukit Tok Kangar, Juru, Batu Kawan, Berapit, Kubang Semang dan Simpang Empat turut terjejas dan meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjelaskan kelupusan kehijauan di kawasan tersebut dan kenapa beliau (Lim) serta kepimpinan negeri mengabaikan kebimbangan awam mengenai bukit ini.

Ketua Menteri turut digesa melindungi kehijauan bukit dan suara anggota masayarakat dengan merujuk kepada projek-projek pembangunan tambahan dirancang di lereng bukit Tanjung Bungah itu.

Rakyat negeri Pulau Pinang berhak mendapat jawapan dari Ketua Menteri, Exco dan Majlis Perbandaran di atas kelalaian dan kecuaian mereka menjalankan tanggungjawap dan dipertanggungjawapkan.

Adakah Kerajaan Negeri benar-benar ikhlas dan telus serta 'komited'?
Siapakah yang bertanggungjawab untuk kemerosotan ini dan siapa yang meluluskannya.
Mengapa kejadian seperti ini boleh dibiarkan terus berlaku? 
Adakah Kerajaan Negeri pimpinan DAP sengaja membuta mata dalam aktiviti tersebut yang jelas dapat dilihat oleh semua orang yang memasuki Pulau Pinang itu dari tanah besar?
Atau adakah Kerajaan Negeri pimpinan DAP telah menerima ‘bonus’ dari ‘pemaju’ yang giat melakukan aktiviti penggondolan itu untuk terus membisu serta membuta mata mengenai aktiviti tersebut?

Thursday, July 09, 2015

Get Well Rested and Speedy Recovery @weekasiongmp

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong yang kelihatan lebih kurus dan sedang berehat setelah menjalani rawatan kesihatan telah dikejutkan dengan kunjungan beberapa pemimpin tertinggi MCA di hospital, di mana beliau sedang mendapatkan rawatan, pagi tadi.

Beliau telah menjalani satu pembedahan pada 26hb Jun yang lalu dan dijangka akan kembali bertugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri di penghujung bulan Julai. Datuk Wee begitu tekun sepanjang PilihanRaya Kecil Permatang Pauh dalam usaha mengembalikan kepercayaan masyarakat Tionghua kepada Barisan Nasional (BN), namun BN kerana beberapa isu yang perlukan penekanan yang lebih serius oleh kepimpinan BN Negeri mahupun BN Pusat.

Presiden MCA, Dato Seri Liow Tiong Lai dan isteri yang baru kembali dari luar negeri atas urusan pentadbiran kementerian tidak melepaskan peluang menziarahi Datuk Wee yang juga Timbalan Presiden MCA. Tidak terkecuali, Datin Paduka Chew Mei Fun, Naib Presiden MCA dan Tan Sri Kuan Peng, Bendahari Agung MCA dan pemimpin MCA yang lainnya turut melapangkan masa untuk menziarahi dan secara tidak langsung meniupkan semangat Dr. Wee segera cergas untuk bertugas.

Dr. Wee begitu terharu dan mengucapkan terima kasih di atas sikap prihatin rakan-rakan seperjuangan yang telah berkunjung dan memberikan sokongan sepanjang beliau terlantar di hospital, terutamanya kunjungan Presiden parti yang kedua kali di dalam kesibukan jadual tugasnya.

Penulis ingin katakan, "Get well rested and speedy recovery Datuk Wee".

Tuesday, May 26, 2015

Golongan Paras Kemiskinan DiBela Chew

Masih didapati ramai penduduk yang tinggal di bawah paras kemiskinan dan memerlukan perhatian dan pembelaan di Pulau Pinang, lebih lagi di Permatang Pauh. Keadaan ini sebenarnya jauh dari kenyataan yang dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang; Lim Guan Eng sebagai sifar tidak lama dahulu.

Sebagai salah satu usaha di dalam kempen PilihanRaya Kecil Permatang Pauh, para petugas MCA telah melapurkan keadaan dan sejumlah bilangan penduduk di Permatang Pauh yang masih memerlukan bantuan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seberang Perai Tengah dan Negeri Pulau Pinang untuk diberikan perkhidmatan yang dikenalpasti untuk mereka.

Naib Presiden MCA; YBhg Datin Paduka Chew Mei Fun menerangkan bantuan-bantuan khusus kepada golongan tersebut adalah tertakluk kepada latarbelakang dan keadaan pemohon.

Bagi golongan OKU, bantuan orang kurang upaya bagi mereka yang tiada pekerjaan. Sebaliknya mereka yang bekerja dengan pendapatan di bawah RM1,200 sebulan, pemohon layak memohon bantuan pekerja cacat; Elaun Pekerja Cacat (EPC).

Bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas yang tiada pekerjaan atau waris yang menjaga, bolehlah memohon bantuan orang tua. Bagi mereka golongan Ibu atau Bapa tunggal pula dengan pendapatan kurang dari RM720 sebulan boleh memohon bantuan penjagaan anak-anak.

Selain itu Medical Foundation MCA turut menghulurkan bantuan kepada mereka yang layak terutama yang memerlukan bantuan kerusi roda dan sebagainya.

Petugas-petugas dari Sukarelawan MCA turut disokong Skuad Bantuan Bencana MCA di dalam menghulurkan bantuan keperluan sepanjang tempoh kempen.

Chew turut membidas Lim Guan Eng yang sejak mentadbir negeri Pulau Pinang dengan kenyataan miskin SIFAR yang jauh dari realiti berdasarkan kehadiran ramai golongan tersebut yang hadir untuk mendapatkan bantuan.

Harapan turut disampaikan oleh YBhg Datin Chew bagi mereka yang menghadapi kepayahan menghubungi JKM untuk bantuan yang sewajarnya.


Thursday, March 26, 2015

Gutter Politics Amalan DAP

Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa  telah mengeluarkan satu kenyataan memfitnah terhadap Naib Presiden MCA, YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun dengan mengatakan Mei Fun telah mendesak kerajaan menghentikan penghantaran pelajar ke Timur Tengah  yang mana dilihat akan mempengaruhi pelajar melalui fahaman fahaman  keganasan.

Dalam satu kenyataan akhbar balas yang dibuat, Mei Fun begitu kesal dengan cara Ahli Parlimen DAP yang mana bertindak melulu tanpa mengambil kira perasaan rakyat dan kesan buruknya.
Dakwaan DAP langsung tidak berasas & bertaktik kotor 
Rencana Ahli Parlimen DAP Bakri Er Teck Hwa dalam media web Free Malaysia Today (4 Mac 2015) yang membidas kononnya saya pernah mengeluarkan pernyataan mendesak kerajaan menghentikan penghantaran pelajar-pelajar tempatan untuk melanjutkan pengajian di Timur Tengah agar mereka tidak diracuni fahaman serta propaganda pengganas adalah tidak berasas sama sekali. 
Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak pernah sesekali mengeluarkan pernyataan seumpama itu dan oleh itu langsung tidak faham bagaimana Er dapat menulis bidasannya yang panjang lebar itu tanpa usul periksa sebagaimana sifat asasi yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang wakil rakyat. Perbuatan ini nyata tidak bermoral. 
Dengan segeranya, DAP serta mana-mana pemimpinnya mestilah menghentikan taktik kotor seperti ini untuk memburuk-burukan MCA dan memutar-belitkan fakta untuk menghasut serta membakar sentimen para penyokong DAP. 
Perbuatan Er Teck Hua memfitnah saya khususnya adalah satu bentuk pembunuhan karakter yang keji. Saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini dan mahukan Er menarik balik pernyataannya itu serta merta dan meminta maaf secara terbuka. Tindakan undang-undang boleh diambil jika beliau ingkar. 
Bertentangan daripada terus memainkan politik kotor, ada baiknya DAP berkhidmat secara bersungguh-sungguh untuk meraih sokongan rakyat. Ingatlah bahawa sekarang bukan lagi tempoh ‘bulan madu’ DAP. Lambat-laun rakyat akan sedar dan membuat penilaian prestasi parti itu. Politik fitnah pasti ditolak. 
Senator Datin Paduka Chew Mei Fun
Naib Presiden MCA
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Bagaimanapun susulan kepada penafian fitnah itu, Err sepantas kilat sekadar membuat permohonan maaf yang dirakamkan dan disiarkan melalui lidah pengarang pro pembangkang; MalaysiaKini dan menyebut;
“Saya membuat kesilapan dengan menamakan Datin Paduka Chew Mei Fun dalam artikel tersebut. Saya memohon maaf dan berharap beliau akan menerima permohonan maaf saya. Apabila saya membuat kesilapan, saya akan mengakuinya."
Sikap pembangkang sebegitu memperlihatkan ketidak matangan politik dan kerap menyentuh perasaan orang lain. Tindakan sedemikian membuktikan pihak pembangkang tidak telus atau mempedulikan nasib rakyat yang mereka wakili yang bakal mencetuskan pergeseran antara kaum.

Kepada pengundi dan rakyat berwaspadalah dengan tindak-tanduk dan sikap acuh tidak acuh pembangkang yang hanya bersikap "melukut di tepi gantang", oportunis yang yang berpura-pura prihatian dan membela keperluan dan kepentingan umum.

Hakikatnya, mereka lebih berupa gagak hitam yang menganggap dirinya putih. Fitnah, tipu daya, putar belit fakta asal hasrat dan cita-cita mereka tercapai.

Pilihan terletak di tangan Rakyat. Salah pilih...sesal kemudian tiada gunanya.

Wednesday, January 28, 2015

Persediaan Persekolahan Mangsa Banjir DiTumpukan MCA

Bencana banjir besar yang melanda di pantai timur merupakan kejadian terburuk dalam sejarah negara berbanding tahun lepas. Walauapa pun kesibukan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli MCA menghulurkan bantuan amat ketara sekali.
Setelah keadaan kembali beransur pulih, MCA memulakan tumpuan bantuan kepada persediaan sesi persekolahan tahun 2015 dalam pasca banjir.
            Datin Paduka Chew Mei Fun bersama CRSM

Datin Paduka Chew Mei Fun bersama Skuad Bantuan Krisis MCA (Crisis Relief Squad – CRSM) mula bergerak membersihkan persekitaran sekolah yang terjejas teruk dilanda banjir.

Manakala di kawasan lain,  Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong yang disertai seramai 100 ahlinya memulakan kerja-kerja pembersihan di SJKC Chung Hwa dan seterusnya ke SJKC Chung Cheng.

Hasil usaha MCA mendapat sambutan para penderma yang prihatin yang terus menyumbang ke arah usaha-usaha pasca banjir termasuklah bantuan persediaan memulakan sesi persekolah.



Hasil darinya MCA telah membeli 6,303 set baju uniform sekolah untuk 18 sekolah di Kelantan. Guru-guru-guru besar serta pengerusi-pengerusi PIBG di Kelantan turut membantu menurunkan pakaian dari treler serta menguruskan pengagihan.

Cabaran utama yang dihadapi ketika kerja-kerja pembersihan sekolah ialah bekalan air dan  Datuk Wee amat jelas melontarkan teguran agar kerajaan negeri Kelantan menyediakan bekalan air kepada penduduk dengan segera bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan rumah mereka ataupun sekolah-sekolah dapat berjalan lancar dan meneruskan kehidupan masing-masing.



Tuesday, December 30, 2014

Banjirpun Dijadikan Seloka Politik

Bermulanya posting di Twitter.com oleh Bapa Cauvinis; Lim Kit Siang dengan dakwaan Kerajaan Malaysia tidak mengambil sebarang langkah membantu mangsa banjir sejak tahun 1971, maka terbuka pintu fitnah dan tohmahan bagai menggamit sikap tidak berperikemanusiaan dan susila akan bencana banjir yang sedang melanda dan melumpuhkan aktiviti banyak kawasan rendah di Semenanjung Malaysia.

Sebelum itu, Mek Kipas; Wan Azizah tanpa rasa malu melemparkan tuduhan banjir di Kajang angkara kepimpinan Barisan Nasional, sedang beliau dan ahli keluarga sedang berenakan di New Zealand, tentunya di samping sang suami si KeTum Anwar Ibrahim sambil berbasikal di pergunungan di hemisfera selatan sambil mencari kaedah untuk membantu “mangsa banjir” di sana.

Hebat sandiwara kepimpinan Pembangkang!

Trolling lah si Kit Siang dengan berposing mengharungi air banjir separas betis. Digembar-gemburkan dengan meluas di medan sosial sebagai usaha “downplay” si anaknya; Tokong Biawak Guan Eng yang begitu sinis dengan pentadbiran Negara dalam menjaga kebajikan Rakyat, sedang beliau menghabiskan cutinya merantau benua Eropah dengan mewahnya. Siap berbaju hujan nak mengelak serangan LoyKratong?

Sementara itu ADUN PAS tanpa segan silu membuat photo shoot di Meru menghulurkan “bantuan banjir”? Si Gen. Urko berdrama rendam di air cetek. Mana Tekong PAS; Hj Hadi dan Bullshit Nik Aziz….menyepi di celah kebasahan akibat doa lahanat yang mereka begitu bangga dapatkan sokongan tanpa sebarang kesalan menghina dan menabur fitnah selama ini?

Bila difikirkan, beginilah sifat Sang Pendusta yang hanya melihat keburukan dan cela sebarang usaha yang dilaksanakan demi keharmonian Rakyat apalagi bila di dalam keadaan yang genting, semuanya menjadi bahan cercaan dan begitu bersahaj mereka ini. Peliknya, ramai yang menyokong sedangkan di tangan kanan menerima bantuan dan nikmat hasil sebuah pentadbiran yang dituduh dan dihina sebagai “Perikatan Kafir”.

Inilah Tahaluf Siyassi dan semangat Amar Makruf Nahi Munkar di mata penyokong dan pendokong idealisme yang sesat. Kedu dan beku akal manusia yang tidak mensyukuri nikmat sekian selama ini.

Sedang Pembangkang berseronokan melemparkan kata nesta, tanpa rencat dan kecewa, Kerajaan Pusat terus membabitkan diri di lapangan menabur bakti. Kepimpinan MCA pula dengan komitmen yang jelas memberi nafas setiakawan; “Cubit peha kiri, peha kanan terasa juga sakitnya”.

Ini bukan masa untuk berpolitik. Banjir bukan bahan gurauan hingga menjentik keji perasaan mereka-mereka yang dilanda musibah tanpa diundang. Wahai Rakyat Malaysia, perhati dengan mata kepala dan akal sendiri, siapa sebenarnya pemimpin yang membela nasib Negara Bangsa! Hakikatnya walau di dalam keluarga sendiri, tidak mampu diberikan perhatian atau kasih sayang yang serupa, namun segala usaha ditingkatkan agar oleh semua barisan kepimpinan negara dapat juga merasakan nikmat dan sumbangan.

YB Dato' Seri Liow Tiong Lai; Presiden MCA juga selaku Menteri Pengangkutan yang sekian berhempas pulas menguruskan peristiwa hitam dua penerbangan negara; MH17 yang masih dalam siasatan dan MH370 tiada kesahihan di mana hilangnya, turut turun padang mendepani bencana banjir yang terburuk sejak tahun 1988, mengepalai komponen kedua terbesar Barisan Nasional.

Beratus sukarelawan dan jentera MCA termasuk pimpinannya seperti YB Datuk Wee Ka Siong; Timbalan Presiden MCA dan YB Datin Paduka Chew Mei Fun turut berganding tenaga menghulurkan bantuan ke kawasan yang turut melanda selatan tanahair seperti di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Beberapa aset termasuk bot dan helikopter dikerah mengagihkan bahan bantuan berupa bekalan air bersih, pakaian, makanan dan sebagainya ke pusat-pusat perlindungan banjir.

Datuk Wee Ka Siong memaklumkan, empat trak bertolak pada hari Isnin ke Kelantan untuk menghantar bantuan selimut, tilam, minuman, makanan, ubat-ubatan serta keperluan lain.Kesungguhan pimpinan umpamanya Ka Siong yang sanggup berulang-alik dari Kelantan-Pahang-Johor, kebetulan adalah Ahli Parlimen Ayer Hitam jelas membuktikan pemimpin dan rakyat berpisah tiada.

Jika dibandingkan kesah dan perilaku pimpinan Pembangkang bagai langit dengan bumi. Mereka akan terus mempolitikkan keadaan semahunya dengan publisiti murahan dan propaganda mencemar sebuah usaha yang murni.

Buat MCA dan kepimpinannya, cabaran dan dugaan akan terus mendatang. Tiada faedah melihat belakang dan berhenti melayan kaum yang tidak akan ATAU pernah ada kejujuran untuk memimpin Rakyat apalagi sebuah pentadbiran Negara.


Ayuh!…terus maju ke hadapan. 

Kepimpinan MCA Menabur Bakti Bukan Cakap Sahaja


Sudah jatuh ditimpa tangga. Mungkin tidak seberatnya, namun itulah yang berlaku. Dalam masa negara melalui tempuh musim tengkujuh yang hebat ini, negara kini digemparkan dengan kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 di Indonesia. YB Datuk Seri Liow masih sempat berhubungan dengan pihak Kerajaan  Indonesia; kerja-kerja koordinasi operasi cari dan menyelamat di sana.

Selaku Menteri Pengangkutan; YB Datuk Seri Liow Tion Lai turut berhempas pulas menguruskan peristiwa hitam dua penerbangan negara; MH17 yang masih dalam siasatan dan MH370 tiada kesahihan di mana hilangnya, kini mengambil masa mendepani bencana banjir yang terburuk sejak tahun 1988, mengepalai komponen kedua terbesar Barisan Nasional.

Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada kerajaan Indonesia dan Singapura, menyatakan komitmen Malaysia bagi membantu Indonesia dalam operasi mencari.
"Saya berhubung dengan rakan negara jiran kita, Ignasius Jonan di Indonesia dan Lui Tuck Yew di Singapura bagi menghantar bantuan yang kita miliki di masa yang sangat memerlukan ini," kata Liow pada sidang media di ibu pejabat AirAsia petang Ahad.
Keprihatinan Dato' Seri Liow Tiong Lai jelas terserlah apabila mencuri masa turut sama menghulurkan bantuan kepada mangsa-magsa banjir yang kini mencecah sejumlah melebihi 105,000 ribu orang yang kebanyakannya di pantai timur Semenanjung Malaysia. Turut bersama dalam operasi bantuan banjir, YB Datuk Wee Ka Siong dan YB Datin Paduka Chew Mei Fun berganding tenaga menghulurkan bantuan ke kawasan yang turut melanda selatan tanahair seperti di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Beberapa aset termasuk bot dan helikopter dikerah mengagihkan bahan bantuan berupa bekalan air bersih, pakaian, makanan dan sebagainya ke pusat-pusat perlindungan banjir.


“Bantuan dan sumbangan ikhlas akan melegakan perasaan mangsa banjir. Pembangkang tak patut hanya tahu mengkritik tetapi juga perlu jalankan tugas mereka dengan ikhlas dan tertib. Bagi BN, kita pentingkan hasil dan sentiasa berusaha mencari cara menyelesaikan masalah,” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas selesai majlis penyampaian penghargaan MCA kepada 22 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang menyumbang untuk mangsa banjir Pantai Timur, di Kuala Lumpur, pada Isnin.
Liow turut mengulas mengenai sikap pemimpin-pemimpin pembangkang terutama Lim Kit Siang yang pada mulanya mempertikaikan ketiadaan Datuk Seri Mohd Najib dan apabila Perdana Menteri itu pulang segera ke tanahair diputar pula konon kepulangannya disebabkan tidak percayakan timbalannya boleh buat kerja.
“Tak kira apa kita jawab, mereka akan terus mengkritik. Jadi tak ada gunanya. Mereka akan “mengalihkan tiang gol” dengan mencari salah kerajaan dan menunjukkan konon mereka yang buat kerja. Tak guna kita layan sangat kenyataan mereka. Apa yang perlu kita tunjuk pada rakyat ialah bahawa kita bertangungjawab dan menjalankan tugas. Kita lebih banyak buat kerja dari bercakap.
“Kita juga nak rakyat lihat apa yang pembangkang buat. Kita yakin rakyat mempunyai pandangan yang jelas terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh BN,” katanya.
Pada sidang media itu Liow mengumumkan MCA telah menubuhkan pusat operasi bantuan mangsa banjir 24 jam di Wisma MCA Jalan Ampang. Pusat itu dikendalikan oleh Unit Bantuan Krisis (CSRM) parti itu. Setakat ini unit berkenaan telah berjaya mengumpul hampir RM1 juta dalam bentuk wang tunai dan barangan.
Menurut Liow, MCA juga sedang menyediakan fasa kedua bantuan kepada mangsa bencana, iaitu untuk kerja-kerja pembersihan dan pembinaan semula kawasan yang terjejas bagi membolehkan mangsa banjir kembali menjalani kehidupan yang normal.
Katanya seramai 480 ahli CSRM telah dihantar ke semua kawasan yang terbabit dengan banjir. Turut menyertai mereka ialah sukarelawan termasuk doktor. Katanya, Pemuda MCA pula sedang giat mengumpul sukarelawan-sukarelawan di kalangan golongan muda untuk membantu CSRM.