“Terdapat dua aspek yang perlu dilihat bagi mentransformasikan industri teksi iaitu pertukaran kenderaan dan perubahan cara pemikiran pemandu teksi,” begitulah antara disebut Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), YABhg Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar dalam satu temuramah.
Dalam meningkatkan kewibawaan dan imej industri, dua aspek itu adalah faktor terpenting dan mampu dijayakan dengan hati terbuka. Namun aspek minda adalah selari sikap dan disiplin pemandu itu sendiri, perlu diperbaiki dan pendekatan yang lebih mikro bersama mereka yang terlibat secara langsung di dalam industri mendepani pelanggan seharian.
SPAD menurut Tan Sri Syed Hamid, mensasarkan tiada lagi teksi lama
menjelang 2019 dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan teksi di
Malaysia. Bagi mencapai matlamat itu, SPAD berharap dapat menukarkan kesemua teksi yang berusia 10 tahun dan ke atas dengan kenderaan baharu dalam tempoh empat tahun.
Pengerusi
SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih
baik dan selesa kepada penumpang, semua teksi lama perlu ditukarkan kepada
baharu di bawah program Teksi 1Malaysia (TEKS1M).
Pada 2013, SPAD memperkenalkan TEKS1M yang bertujuan untuk mempertingkat standard kenderaan, kualiti pemandu dan prinsip operasi dalam industri teksi. Sejak Oktober tahun lalu, kesemua teksi yang mencapai hadnya perlu digantikan dengan TEKS1M. Berdasarkan permit teksi bajet mempunyai jangka hayat selama 10 tahun, teksi yang bukan TEKS1M terakhir dijangka tidak digunakan lagi untuk beroperasi menjelang akhir 2024.
“Kita
perlu tukar teksi lama kepada model baharu. Setakat ini, kita telah menukarkan
kira-kira 2,000 kenderaan lama kepada model baharu di bawah program TEKS1M,”
katanya lagi.
Bagi mempercepatkan proses tersebut, SPAD sedang mempertimbangkan lebih banyak model kenderaan dimasukkan di bawah program TEKS1M. Buat masa ini, hanya Toyota Innova dan Proton Exora yang kedua-dua merupakan
kenderaan pelbagai guna (MPV) diluluskan sebagai model kenderaan di bawah
TEKS1M.
Model
kenderaan bagi TEKS1M tidak lama lagi bakal diperluaskan kepada kenderaan jenis
sedan buatan Malaysia seperti Proton Persona dan Proton Saga pada tahun ini. Kenderaan lebih kecil lebih menjimatkan dan membolehkan
lebih ramai pemandu teksi untuk menukarkan jenis teksi di bawah TEKS1M.
“Kita
menerima aduan daripada pemandu teksi yang tidak mampu untuk menukarkan teksi
mereka kepada Exora atau Innova yang membabitkan kos kira-kira RM60,000 dan
RM70,000 berbanding Persona hanya melibatkan kos RM40,000 dan menggalakkan lebih ramai pemandu
teksi untuk menukarkan kenderaan mereka,” tambahnya.
Kekurangan kenderaan muatan keluarga
dalam perkhidmatan teksi dikesani melihatkan sejumlah pelancong asing bersama ahli keluarga memilih untuk menempah khidmat satu kenderaan. Bagi memenuhi segmen itu, kereta buatan Malaysia yang lain turut dipertimbangkan untuk
disenaraikan di bawah TEKS1M.
Pelancaran model tambahan pada tahun ini selepas dibuat kelulusan dan mengikut syarat dan spesifikasi tertentu akan melancarkan proses pertukaran teksi lama kepada model baharu.
Menyedari sikap dan perkhidmatan yang diberikan para pemandu teksi, Tan Sri Syed Hamid berkata, “Saya
juga berharap pemandu teksi yang mahu menyertai TEKS1M akan lebih berdisiplin
dan menyediakan perkhidmatan lebih berkualiti,” dari makluman yang memberitahu terdapat ramai pemandu teksi yang beroperasi
secara separuh masa.
“Terdapat
aduan mengenai kekurangan teksi pada waktu puncak. Segelintir pemandu mungkin
berada di rumah ketika itu manakala mereka yang lain mungkin menggunakan teksi
mereka sebagai kenderaan persendirian." katanya lagi.
Sikap sebegini hanya menjejaskan mutu dan imej perkhidmatan oleh para pemandu teksi yang mengganggap teksi sebagai kerja "part time" menggunakan luang masa untuk memenuhi urusan rumahtangga seperti menghantar anak-anak ke sekolah, membeil belah atau ke pasar dan lain-lain yang tidak produktif.
No comments:
Post a Comment