Sunday, October 25, 2015

#Bajet2016: Wee Yakin

Berikutan pada hari Jumaat lalu, selepas Pembentangan Bajet 2016 yang dibuat YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib, jelas terpampang riak muka di kalangan Menteri-menteri dan Timbalan Menteri yang menggambarkan kelegaan dan senyuman terukir di muka mereka.
Peruntukan yang dipertontonkan itu antara lain kelangsungan kenyataan-kenyataan Dato' Sri Najib sebelum ini dan bertujuan membantu usahawan dari golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masyarakat Cina dengan diperuntukkan sejumlah RM50 juta kepada Koperasi Jayadiri Malaysia (KOJADI) dalam tempoh dua bulan setengah ini kepada 124 PKS.
Manakala kepada peniaga-peniaga kecil, sejumlah RM90 juta turut diperuntukkan sebagai pinjaman mikro kredit.
YB. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyatakan rasa berpuashati dan gembira di atas kepercayaan YAB Dato' Sri Najib dengan memastikan semua lapisan masyarakat memperoleh peruntukan yang sama rata di dalam usaha mempertingkatkan sosio-ekonomi mereka terutama kepentingan golongan yang berpendapatan rendah seperti pesawah, pekebun kecil dan sebagainya.
“Kita dapat sambutan yang sangat baik di mana dalam tempoh dua bulan setengah daripada jumlah yang dapat sebelum ini kita dah bagi kepada IKS sebanyak 124. Bermaksud saya perlu dua bulan lagi untuk selesaikan untuk tahun ini. Bila tahun hadapan ada RM50 juta lagi, kita boleh buat perancangan untuk membantu lebih banyak PKS untuk memacu pertumbuhan ekonomi,” kata Wee sebagai mengulas peruntukan yang dibuat untuk KOJADi. 
Reaksi positif Wee pastinya turut dikongsikan oleh lain-lain pemimpin MCA mengenai Bajet 2016.

No comments:

Post a Comment