Ternyata YAB PM Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersungguh
dalam usaha membela nasib peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan menghargai penat lelah dan menjerih keringat membuka hutan belantara rancangan tanah yang diperkenalkan ayahanda
beliau Allahyarham Tun Abdul Razak.
Sejarahnya bermula dengan penempatan 30 orang peneroka pada 2hb Ogos 1959, di bawah rancangan pertama yang dibangunkan di rimba Lembah Bilut, Pahang. Kini, setelah 58 tahun mengorak langkah, FELDA mempunyai kira-kira 1.6 juta keluarga peneroka di 317 buah tanah rancangan seluruh negara, terus berkembang dan telah memasuki era pasaran global dengan pelancaran Felda Global Ventures Holdings (Felda Global) pada 2006 sebagai konglomerat yang tersohor.
Kini, peneroka FELDA telah memasuki generasi kedua dan ketiga. Apakah peneroka ini mampu dilonjakkan status sosio-ekonomi bagi tempoh mendatang dan seiring dengan kemajuan glokal?
Tanpa diragui, melalui Pembentangan Bajet 2016 yang dibuat kelmarin di Dewan Rakyat, bagaikan satu wasiat yang diamnahkan kepada Dato Sri Najib, generasi FELDA masih dan terus dibela. Tema "Mensejahterakan Kehidupan Rakyat" memperlihatkan kesungguhan dan prihatin Kerajaan Malaysia kepada golongan pertengahan dan bawahan amat jelas.
Berbanding Bajet 2015 dengan peruntukan RM999.4 juta, Bajet 2016 bukan sekadar satu peruntukan yang boleh dinilai dalam bentuk "tangible" tapi juga "intangible" yang mencakupi aspek perumahan dan kemudahan infrastruktur serta keselamatan.
Sejumlah RM523 juta diperuntukan untuk pembangunan kem tentera Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di
FELDA Sahabat, Lahad Datu, Sabah. Keadaan ini sudah pasti membuktikan unsur keselamatan turut diberikan keselamatan sebagai usaha mengelak peristiwa hitam di Lahad Datu, tempoh dulu.
Sebagai usaha menjamin peningkatan produktiviti di samping keselesaan perhubungan warga FELDA di dalam kawasan luar bandar dan bandar, sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk infrastuktur jaringan jalanraya.
Pastinya sesuai dengan keadaan semasa, isu perumahan menjadi antara asas psikologi di dalam kehidupan tambahan pula generasi kedua mempunyai citarasa semasa. Kerajaan menurut Dato' Sri Najib menyediakan pengurangan sebanyak RM20,000 dari nilaian setiap rumah RM90,000
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sejak diperkenalkan pada tahun 2012 kini memasuki tahun kelima, dinaikkan mengikut kategori kelayakan sebanyak RM50, tidak dikecuali dan pasti warga FELDA terus layak mengecapinya.
1. Bagi isi rumah
berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M layak diterima sebanyak RM1,000
2. Bagi isi rumah
berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, sebanyak RM800 BR1M bakal diterima
Tidak terkecuali bagi golongan individu bujang
21 tahun ke atas, berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, mereka bakal menerima BR1M sebanyak RM400
Sebanyak mana peruntukan disediakan pasti tidak dapat menanggani kadar kos barangan dan perkhidmatan semasa. Yang penting adalah Rakyat perlu bersikap berhemah dan bersyukurlah...atau Rakyat terkontang-kanting.
No comments:
Post a Comment