Thursday, October 01, 2015

Pemergian Tan Sri Yuen Yuet Leng

Tan Sri Yuen Yuet Leng, seorang pegawai polis yang cemerlang, memainkan peranan penting dalam detik penuh bersejarah, Perjanjian Damai Haadyai pada tahun 1989 yang menyaksikan pengakhiran pemberontakan komunis di Malaysia secara rasminya.

Negara bagaimanapun kehilangan salah seorang perwiranya yang meninggal dunia pada pagi tadi akibat serangan sakit jantung. Mendiang berusia 88 tahun pagi tadi.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau sebagai bekas pegawai Cawangan Khas yang menghabiskan sebahagian besar hidupnya diburu oleh komunis semasa dan selepas Zaman Darurat. Ketua Polis Negeri Perak pada tahun 1975. Bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak dari tahun 1981 sehingga beliau bersara pada tahun 1984.

Dilahirkan di Larut Matang, Perak, Yuen telah menyertai pasukan polis pada tahun 1950 dalam usia 23, dan menghabiskan sebahagian besar kerjayanya sebagai seorang pegawai cawangan khas memerangi pemberontakan komunis di negara ini.

Salah seorang perunding utama dalam 'Rundingan Damai Haadyai' bersama-sama dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor pergi ke China untuk bertemu pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, Abdullah CD dan Rashid Maidin.

Pertemuan mereka berjaya membawa kepada majlis menandatangani perjanjian damai antara komunis dan kerajaan Malaysia dan Thailand di Haadyai, Thailand pada 2 Dis 1989, di mana komunis bersetuju untuk meletakkan senjata dan membubarkan PKM. Sekaligus menandakan berakhirnya pemberontakan selepas hampir 50 tahun. 

“I am Malay, I am Indian and I am also a Chinese. If someone talk bad about the Malay – it is like that someone is hurting one part of my body….” kata-kata yang mencerminkan jiwa rakyat Malaysia.

”Jika boleh dibelah badan saya pasti anda akan melihat ia terbahagi kepada tiga, Melayu, Cina dan India. Jiwa saya begitu dekat dengan tiga bangsa ini kerana saya banyak belajar memahami adat dan budaya mereka ketika menyertai polis. Dalam polis tidak ada istilah bangsa dan kaum. Kami berjuang atas satu pasukan demi mempertahankan Malaya daripada ancaman komunis,” katanya
Sepanjang kerjaya beliau yang cemerlang 34 tahun sebagai seorang pegawai polis, Yuen juga pernah berkhidmat sebagai cawangan khas Timbalan Pengarah di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, dan kemudian dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Perak.

Beliau juga menulis dua buah buku, 'Operasi Ginger' pada 1998 dan 'Nation Before Self' pada tahun 2008. Mendiang Yuen meninggalkan seorang balu, dua anak perempuan dan dua orang cucu.

JasaMu DiKenang dan DiSanjungi Warga Pasca Malaya, Persekutuan Tanah Melayu dan kini Persekutuan Malaysia.

No comments:

Post a Comment