Thursday, October 01, 2015

Dr Huang Diminta Buat Penjelasan Rasmi

Bertintik tolak berita di atas yang turut dihangatkan oleh Tony Phua, Ahli Parlimen Subang telah mencetuskan rasa marah dari kaum Melayu. Tidak kurang juga kaum Cina yang merasakan tercabar dengan ucapan anti Cina oleh beberapa peserta yang tersasar dari maksud utama Himpunan Melayu Bersatu.

Dalam satu kenyatan yang dibuat Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang telah menafikan beliau mengeluarkan kenyataan "Kerajaan China tidak akan berdiam diri jika masyarakat atau rakyat Cina diancam..."
Malahan Dr. Huang menekankan bahawa Kerajaan China mengalukan dan menyokong Kerajaan dan rakyat Malaysia yang aman dan bertoleransi dan akan membantu pertahankan keadaan itu. Beliau mendakwa kenyataan beliau telah disalahtafsir dan dipesongkan dari konteks dan maksud sebenar serta berupa satu niat yang jahat.
Susulan dari berita yang diviralkan itu, Timbalan Perdana Menteri, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah meminta Duta Besar China itu membuat penjelasan rasmi jika benar kenyataan yang dibuat beliau telah disalahtafsikan semasa kunjungan di Petaling Street, baru-baru ini.
Dato' Seri Ahmad Zahid turut menegaskan tindakan Wisma Putra memanggil Huikang adalah merupakan satu amalan biasa mengikut saluran diplomatik. 
“Wisma Putra cuma ingin meminta beliau mengesahkan sama ada kenyataannya itu telah disalah tafsir atau sebaliknya,” kata Ahmad Zahid dalam sidang media selepas menyempurnakan Hari Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya tadi.
Dr Huang disifatkan sebagai salah seorang duta dari China terbaik pernah berkhidmat di Malaysia dan sumbangan beliau di dalam memupuk hubungan baik antara Malaysia dan China termasuk beberapa perjanjian dua hala dan persefahaman amatlah dihargai dan perlu dijaga. Lantaran itu, semua pihak diminta tidak berpolemik dan sekaligus tidak terperangkap dengan dakyah yang dicetuskan pemimpin dan pro media pembangkang. 
Bagaimanapun jika Dr Huang telah mengeluarkan kenyataan seperti dilaporkan, Wisma Putra akan menasihatinya supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman politik negara sepertimana termaktub di dalam Artikel 41, Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.
“Jika Duta Besar China menyatakan kenyataan beliau disalah tafsir, Wisma Putra akan meminta beliau untuk mengeluarkan kenyataan berhubung perkara sebenar berlaku.
Wisma Putra berpendirian satu kenyataan rasmi perlu dibuat oleh Duta itu dalam memastikan tanggapan ramai diperbetulkan bukan sekadar kenyataan yang telahpun beliau buat melalui media bahasa Mandarin, kata Dato' Seri Ahmad Zahid.

No comments:

Post a Comment