Penulis bagai tersentak apabila menggunakan laluan Tol Sungai Nyior ketika menghala ke Butterworth, Pulau Pinang. Apa tidaknya, sekonyong-konyong kenaikan tol yang diumumkan baru-baru ini, Tol Sungai Nyior yang jaraknya lebih kurang hanya 2 km dari Pusat Bandar Sunway, Seberang Jaya kini menggenakan caj sebanyak RM1.20 sebelumnya hanya RM0.50 setiap hala.
Laluan tersebut diletakkan di bawah konsesi Lingkaran Luar Butterworth (LLB) yang dibina di antara 3 buah plaza tol yang bernilai RM700 juta.
Di dalam usaha memenangkan harapan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang, antara kandungan manifesto mereka adalah menghapuskan Tol Sg Nyior. DAP diwakili Lim Guan Eng dan PKR oleh Anwar Ibrahim yang ingin menjadi Juara Rakyat itu mendakwa kemenangan bagi mereka akan pastikan tol tersebut dimansuhkan pada Pilihanraya Umum (PRU) Ke 12 pada tahun 2008.
Tol ini dijadikan bahan polemik PR yang berjaya mengaburi pengundi negeri Pulau Pinang yang terpedaya dengan hasutan mereka. Namun menyedari bahawa hanya Kerajaan Persekutuan yang berkuasa memansuhkan tol, PR kembali mencipta alasan bagi menutupi kedangkalan mereka yang terdahulu. Dakwa mereka kini, kemenangan di peringkat Kerajaan Pusat, barulah mereka akan laksanakan janji itu.
Menurut keratan China Press yang bertarikh 21/02/2008 ini, Lim Guan Eng telah berjanji jika Pakatan Rakyat berjaya merampas Pulau Pinang, dalam masa 5 tahun beliau akan mansuhkan tol Sungai Nyior. Janji yang buat mengenai Tol Sungai Nyior di Seberang Perai bukan sahaja telah lebih 7 tahun tiada tindakan dan masih dikenakan caj, lebih teruk lagi kenaikan lebih 140% terpaksa ditanggung masyarakat pengguna yang telah ditipu PR.
Laluan tersebut diletakkan di bawah konsesi Lingkaran Luar Butterworth (LLB) yang dibina di antara 3 buah plaza tol yang bernilai RM700 juta.
Di dalam usaha memenangkan harapan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang, antara kandungan manifesto mereka adalah menghapuskan Tol Sg Nyior. DAP diwakili Lim Guan Eng dan PKR oleh Anwar Ibrahim yang ingin menjadi Juara Rakyat itu mendakwa kemenangan bagi mereka akan pastikan tol tersebut dimansuhkan pada Pilihanraya Umum (PRU) Ke 12 pada tahun 2008.
Tol ini dijadikan bahan polemik PR yang berjaya mengaburi pengundi negeri Pulau Pinang yang terpedaya dengan hasutan mereka. Namun menyedari bahawa hanya Kerajaan Persekutuan yang berkuasa memansuhkan tol, PR kembali mencipta alasan bagi menutupi kedangkalan mereka yang terdahulu. Dakwa mereka kini, kemenangan di peringkat Kerajaan Pusat, barulah mereka akan laksanakan janji itu.
"Kenapa janji tidak
dipenuhi?" begitulah desakan yang dibuat Khaw Tee Yong, Ketua Biro Komunikasi MCA Bagan di dalam sidang media di kawasan rehat Plaza Tol Sungai Nyior kelmarin. Turut hadir sama Naib Ketua Pemuda Gerakan Bagan, Tan Gia Wei menggesa Guan Eng menunaikan janjinya.
"Pada tahun 2008,
selepas PRU Ke-12, kerajaan negeri yang diketuai oleh Lim Guan
Eng memberitahu rakyat bahawa beliau akan memohon kepada Kerajaan Persekutuan
untuk memansuhkan kutipan tol Sungai Nyior dalam tempoh lima tahun akan datang," menurut
kata Lim Hock Seng, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya dan Utiliti Negeri Pulau Pinang ketika mengulas desakan dari Khaw.
"Kami meminta Guan
Eng untuk membawa kes ini ke Parlimen. Guan Eng harus kotakan janjinya, walaupun dia bukan Kerajaan Persekutuan." Sebaliknya Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk memansuhkan tol tersebut dan ini disahkan oleh Lim Hock Seng sendiri.
Dek janji manis untuk berKUASA, pengundi di Pulau Pinang diperkotakkatikan. Kan dah kena tipu!
No comments:
Post a Comment