Showing posts with label Dato' Seri Liow Tiong Lai. Show all posts
Showing posts with label Dato' Seri Liow Tiong Lai. Show all posts

Friday, December 18, 2015

DS @liowtionglai Mendengar Keluhan Rakyat

Seseorang pemimpin tidak hanya mengurus atau memantau pentadbiran dari belakang pintu kaca. Dengan kehadiran era teknologi masa kini, sebarang permasalahan dari sudut pandangan positif akan menambahkan keakraban dan mencerminkan pentadbiran yang efisien dan cekap ditambah pula, maklumat disampaikan secara langsung dan semasa.
Begitulah keadaan, apabila Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Dato' Sri Liow Tiong Lai mendapat perkhabaran melalui akaun Twitter beliau, berkeputusan melakukan pemeriksaan mengejut ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada hari Isnin yang baru lalu dari mesej seorang pelanggan JPJ mengenai perkhidmatan yang disediakan.
Agak mengejutkan, setiba di sana, Dato' Sri Liow mendapati keadaan pelanggan yang ramai menantikan giliran untuk urusan mereka dilayani pegawai dan petugas JPJ dalam masa yang agak lama berbanding pernyataan Piagam Pelanggan JPJ di kaunter khidmat.
Dari perbualan bersama pegawai JPJ di kaunter JPJ, jelas membuktikan cawangan tersebut tidak mampu melayan 800 orang pelanggan yang hadir untuk urusan kenderaan mereka setiap hari.

Kesesakan di dalam pejabat cawangan tersebut turut menyaksikan kawasan tempat letak kereta yang amat sesak. Ini berikutan kawasan parkir yang tidak cukup luas serta perkhidmatan kiosk yang mempunyai kapasiti yang terhad dan tidak digunakan selepas waktu berkerja.
Kata Liow, "Saya telah mengarahkan Pengarah JPJ untuk mempertingkatkan kelancaran perkhidmatan setelah mendengar sendiri pengaduan oleh pengguna."

Dato' Sri Liow menegaskan memandangkan situasi yang sedemikian, beberapa perkhidmatan JPJ akan diubah ke sistem dalam talian mendepani permasalahan ini untuk jangka masa panjang dan secara langsung memberikan kemudahan kepada orangramai berurusan dengan JPJ tanpa ke kaunter kecuali perlu.

Tindakan Dato' Sri amat tepat dan kena di dalam menghayati kerumitan pelanggan JPJ berhadapan dengan situasi sedemikian rupa. Sudah pasti solusi yang dicapai akan meredakan keadaan pelanggan JPJ yang terpaksa berkorban masa di dalam urusan mereka.

Tegasnya lagi, Program Transformasi Kerajaan adalah untuk meningkatkan kecekapan dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. "Dengan mendengar rungutan rakyat dan melakukan pemeriksaan mengejut, ia membantu saya untuk memahami apa yang berlaku di kalangan masyarakat", kata Dato' Sri Liow.

Wednesday, December 16, 2015

Laluan Maritim, Perkukuhkan Ekonomi Negara

Pada 15hb Disember baru-baru ini, satu majlis bertajuk "Enhancing The 21st Century Maritime Silk Road Through Malaysia Forum" telah berlangsung di The Grand Dorsett, Kuala Lumpur. Para peserta forum terdiri daripada wakil-wakil pelbagai agensi dan pemimpin logistik berkaitan perkapalan di Asia yang bertujuna menjalinkan hubungan yang mantap antara merak melalui pembentang kertas kerja dan perbincangan. 

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai, di dalam ucaptamanya dan merasmikan forum telah mengalu dan mengalakkan syarikat-syarikat perkapalan dari Negara China turut mempertimbangkan Sabah dan Sarawak di dalam membangunkan pelabuhan dan perindustrian maritim selain dari Pelabuhan Kelang dan Kuantan. 

Melalui inisiatif perkapalan, rakyat akan memperolehi peluang-peluang baru dan mempertingkatkan daya saing serta ekonomi negara di masa yang sama akan menghidupkan laluan penuh bersejarah di masa silam dan menjalinkan  kerjasama antara negara di sepanjang laluan tersebut dengan pelabuhan di China.
Dato’ Seri Liow turut menyatakan pengendalian kontena di pelabuhan Malaysia dijangka catat pertumbuhan lebih 7.5% tahun ini (2015) daripada 22.67 juta TEU yang dikendalikan tahun lalu. Ini adalah berpandukan kepada peningkatan sektor eksport meskipun dengan kejatuhan harga komoditi dan tidak ketentuan nilai matawang.

Pada tahun 2013, Presiden China, Xi Jinping telah memberikan nama baru "Laluan Sutera" kepada "21st Century Maritime Silk Route" dan turut mengesahkan hasrat China untuk mempertingkatkan penglibatan di Asia Tenggara melalui pelaburan infrastruktur di rantau ini. Kerajaan China dan Malaysia telah juga menandatangani satu rancangan lima tahun bagi mencapai jumlah perdagangan yang bernilai AS $160bil (RM670bil) pada tahun 2017.

Malaysia yang terletak secara strategiknya di sepanjang laluan perkapalan yang sibuk dunia menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik melalui Selat Melaka, pastinya dengan kerjasama yang erat ini akan beroleh perkembangan dan mengukuhkan ekonomi Kerajaan Malaysia dan China dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pelancongan.

Wednesday, December 02, 2015

TAHNIAH!!! Malaysia Ahli Majlis IMO Kali Ke 6

Pada 25hb November yang lalu, satu delegasi dari Malaysia telah dipimpin YB Dato' Seri Liow Tiong Lai ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bagi sesi ke 29 yang telah diadakan di ibu pejabat majlis itu di London, United Kingdom.

Perhimpunan Agung yang diadakan sekali setiap dua tahun itu turut dihadiri oleh menteri-menteri pengangkutan dan pegawai-pegawai kanan maritim dari negara-negara anggota IMO dan secara langsungnya bertujuan melantik 40 ahli Majlis IMO bagi penggal tahun 2016-2017.

Merujuk kepada http://darikacamatarakyat.blogspot.my/2015/11/pelan-induk-perkapalan-akan-ke-kabinet.html yang menyentuh tentang Pelan Induk Perkapalan Malaysia (Malaysian Strategic Maritime Plans (MSMP) seperti mana yang diumumkan di dalam Majlis Perasmian Sambutan Hari Maritim Sedunia 2015 peringkat kebangsaan yang diadakan pada 30hb Oktober lalu, tidak dapat disangkal lagi, Malaysia serius penglibatannya di dalam bidang maritim dan perkapalan antarbangsa.
Kedudukan geografi Malaysia di pusat Asia dan berada di tengah-tengah dua laluan perairan yang terpenting di dunia; Laut China Selatan dan Selat Melaka, secara langsung sebagai sebuah negara maritim dan perkapalan antarabangsa memainkan peranan yang penting kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sebahagian besar perdagangan antarabangsa Malaysia dikendalikan merentasi lautan ke pelbagai destinasi di seluruh dunia.
Dalam satu kenyataan yang dibuat Dato' Seri Liow, "Sebagai sebuah negara pelayaran dengan kepentingan besar dalam pengangkutan laut, Malaysia komited untuk penyertaan aktif dalam IMO. Selat Melaka merupakan saluran penting bagi perkapalan antarabangsa dan salah satu laluan perkapalan paling sibuk di dunia dengan lebih daripada 25 peratus daripada perdagangan global diangkut dan lebih 80,000 kapal yang singgah setiap tahun."

"Malaysia memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan Selat Melaka dan perlindungan alam sekitar marin. Kini Malaysia telah menduduki tempat 30 teratas dari segi armada perkapalan antarabangsa dengan 7,160,000 tonnage dengan lebih daripada 50,000 pelaut. Malaysia juga mempunyai beberapa pelabuhan utama yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa, pengendalian sejumlah lebih daripada 500 juta tan kargo. Malah, dua pelabuhan negara secara konsisten menduduki antara 20 pelabuhan paling sibuk di dunia." tambah Liow.
YB Dato' Seri Liow sempat bertemu Koji Sekimizu, Setiausaha Agung IMO 
di Ibupejabat IMO, London (26hb Nov 2015)

Pertubuhan Maritim Antarabangsa (Internationational Maritime Oganization) ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1948 sebagai agensi yang menetapkan piawaian global keselamatan industri perkapalan, prestasi alam sekitar perkapalan antarabangsa. Ia turut bertanggungjawab merangka dan mengawalselia secara adil dan efektif bagi industri perkapalan dengan matlamat memastikan penghantaran selamat, selamat dan cekap di lautan secara menyeluruh.

Malaysia telah menyertai IMO sejak tahun 1071, dan dianggotai oleh lebih daripada 171 buah negara seluruh dunia dengan 3 Ahli Bersekutu. Di atas hasil usaha Dato' Seri Liow dan keyakinan negara ahli yang lain, Malaysia untuk kali ke 6 telah dipilih dan diberi penghormatan sebagai Ahli Majlis Pertubuhan IMO bagi penggal tahun 2016-2017.

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Perairan Malaysia yang sangat penting terutamanya Selat Melaka, nyata menjadi satu peranan utama penglibatan Malaysia di dalam IMO.

Monday, November 23, 2015

Liow Thanks China For Contribution

In an unprecedented move, the Chinese Premier Li Keqiang pledged an additional AUD20 million to bear costs in search of the Malaysia Airlines Flight MH370 that disappeared more than a year ago with 239 people aboard. Most passengers of the ill fated aircraft were Chinese and the Chinese  government vowed to spare no effort to locate and recover the plane.

The MH370 disappeared on March 8, 2014, en route from Kuala Lumpur to Beijing. While the French investigators have identified a washed-up piece of airplane debris found in July on a remote island in the Indian Ocean, the La Réunion as part of the said craft.

The multinational search has thus far costs over AUD120 million covering hundreds thousand of square kilometers in the southern region of the Indian Ocean.

His Excellency Li made the announcement during a meeting with the Australian Prime Minister Malcolm Turnbull on Saturday, where the Asia-Pacific leaders were holding a regional summit; the 27th ASEAN Summit in Kuala Lumpur, Malaysia.

In a gesture of appreciation and gratefulness, the Honorary Transport Minister of Malaysia, Liow Tiong Lai express a heartfelt message on behalf of the Malaysian government and its people of the contribution by Premier Li Keqiang in the collaborative efforts with the Chinese and the Australian government in their continual searched for the aircraft.

Following is the full media statement from the office of the Transport Minister of Malaysia.

PRESS STATEMENT

BY YB DATO' SRI LIOW TIONG LAI, MINISTER OF TRANSPORT, MALAYSIA

Liow: Malaysia Grateful for China’s On-Going Support

Malaysia would like to express our deepest appreciation to His Excellency Premier Li Keqiang and the People’s Republic of China for their contribution of AUD20 million to the on-going search efforts for MH370. This contribution will undoubtedly assist Malaysia and Australia in the on-going search for MH370.

I would also like to take this opportunity to express my sincere gratitude to my fellow ASEAN members who have contributed to the search for MH370. In Malaysia's time of need, your unwavering support has been invaluable, and a testament to the close ties between our nations.

Since that fateful day in March of last year, no effort has been spared in the search for MH370. The search strategy working group team, led by the Joint Agency Coordination Centre and the Australian Transport Safety Bureau, comprising experts from various international organisations, have collaborated to independently review and refine all available data pertaining to this search.

As announced in April 2015, Malaysia together with China and Australia are fully committed to completing the underwater search within the extended search zone of 120,000 square kilometres.

As this is a remote location with adverse sea and weather conditions, it continues to pose a challenge for the search and recovery team. Nevertheless, we will certainly persevere with this search.

The unprecedented level of support, collaboration and cooperation given by the Governments of Australia and China has been instrumental during what has been a trying time for our nation. We are committed to the search for MH370.

 [END]

Tuesday, November 10, 2015

Raikan Perayaan, Keselamatan DiUtamakan

Sambutan perayaan merupakan satu kemeriahan unik yang disambut oleh rakyat Malaysia dari pelbagai masyarakat berbanding negara lain. Sebuah negara yang dipengaruhi pelbagai kebudayaan, kepercayaan dan fahaman, ramai yang akan mengambil peluang untuk menziarahi rakan taulan dari masyarakat India untuk mengucap dan meraikan perayaan tersebut di dalam mengeratkan perpaduan antara masyarakat yang sedia terjalin sejak sebelum Merdeka lagi.

Peluang ini tidak dapat dinafikan banyak menyumbang kepada hubungan baik sesama masyarakat jauh dan dekat. Tidak kurang, ada yang mengambil kesempatan untuk mendekatkan hubungan kekeluargaan dengan mengambil masa untuk bersiaran dan bercuti setelah maksud asal sambutan memberi harapan dan sinaran di dalam ketika yang kelam menjalinkan harmoni antara kaum.

Dalam satu kenyataan media Kementerian Pengangkutan, YB Dato' Seri Liow Tiong Lai turut mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua rakyat Malaysia. Beliau tidak lupa memberi pesanan agar selamat perjalanan kepada pengguna jalan raya dan bersikap berhati-hati.


Monday, November 09, 2015

21st ATM: Inisiatif Melestarikan Sektor Pengangkutan

Pada 5hb November lepas, telah berlansung satu Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN Kali Ke 21 di Dewan Tun Hussein Onn, Putra World Trade Centre dan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri. Menteri Pengangkutan; YB Dato' Seri Liow Tiong Lai telah menyambut ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri.

Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri amatlah disanjung tinggi dapat merasmikan mesyuarat tersebut dalam mencapai inisiatif melestarikan sektor pengangkutan yang dilihat dalam tahap genting, kata Dato' Seri Liow.

Liow turut berasa bangga negara telah dilantik mempengerusikan 21st ATM dan melalui kesepakatan dari rakan-rakan Menteri Pengangkutan ASEAN mencapai beberapa ketetapan berkepentingan buat ASEAN dan isu yang berkaitannya.

Satu pelan induk 10 tahun telah diterimapakai, merujuk kepada Pelan Tindakan Pengangkutan Strategik Kuala Lumpur 2016-2025 (Kuala Lumpur Transport Strategic Action Plan; KLSP 2016-2025) bagi merangkumkan sektor pengangkutan agar lebih meluas kesinambungan, kecekapan, integrasi, keselamatan dan kemampanannya menjelang tahun 2025 dan ke arah pembentukan komuniti ekonomi ASEAN (AEC).

Turut ditandatangani satu protokol membantu pembentukan sebuah Penerbangan Tunggal ASEAN dengan mengambil langkah-langkah menyokong visi ASEAN di dalam integrasi ekonomi serantau melalui komuniti ekonomi ASEAN - salah satu tonggak komuniti ASEAN.

Kewujudan satu pasaran penerbangan tunggal ASEAN akan membolehkan masyarakat ASEAN terbang bebas di dalam rantaunya melalui liberalisasi perkhidmatan udara dan melancarkan komuniti ekonomi ASEAN menjelang akhir tahun yang dirancangkan.

Tidak ketinggalan isu jerebu merentas sempadan mendapat perhatian Menteri Pengangkutan ASEAN yang telah menjejaskan sektor pengangkutan rantau ini. Tambahan pula berdasarkan Konvensyen Kerangka Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim mendapati 22.9% pelepasan gas karbon dihasilkan oleh sektor pengangkutan, Manakala di Malaysia sahaja 40% hasil tenaga negara diguna oleh sektor pengangkutan.

Mengulas lanjut, Liow memberitahu berikutan Sidang Kemuncak Mengenai Iklim di Copenhagen pada tahun 2009, Malaysia berikrar dengan rancangan mengurangkan pelepasan gas karbon ke tahap 40% bersama-sama rakan-rakan dari ASEAN. 

Menteri-menteri Pengangkutan ASEAN juga mengakui kepentingan dan peranan yang dimainkan industri pengangkutan di dalam pembangunan infrastruktur dan peri pentingnya di dalam pertumbuhan ekonomi ASEAN. 

Perkembangan dan kemajuan matlamat yang telah dibincangkan bersama akan dikaji semula dalam sidang kemuncak ASEAN yang dijadualkan tidak lama lagi dan sesi dialog bersama rakan kongsi ASEAN dari China, Jepun dan Korea selepas mesyuarat ini.

Kenyataan media oleh YB Menteri Pengangkutan dipaparkan untuk makluman umum, seperti di bawah.


Sunday, November 08, 2015

Pelan Induk Perkapalan Akan Ke Kabinet: DS Liow

Kementerian Pengangkutan akan menyiapkan Pelan Induk Perkapalan Malaysia (Malaysian Strategic Maritime Plans; MSMP) bagi menjadikan industri perkapalan terus relevan dan berdaya saing. 

Ketika berucap dalam Majlis Perasmian Sambutan Hari Maritim Sedunia 2015 peringkat kebangsaan yang diadakan pada 30hb Oktober lalu, Menteri Pengangkutan Dato' Seri Liow Tiong Lai memaklumkan MSMP akan bersifat lebih dinamik dan berdaya saing selaras dengan perkembangan dan cabaran global akan dibentangkan di Kabinet Malaysia pada tahun hadapan.

Pelan itu dirangkakan dengan kerjasama Jabatan Laut dan Institut Maritim Malaysia (MIMA) meliputi keseluruhan aspek termasuk pelabuhan dan limbungan kapal. Pelan strategi berbentuk holistik ini turut akan menumpukan perhatian terhadap pendidikan dan latihan agar industri maritim Malaysia terus kompetitif, menurut kat Liow.

Liow menekankan pihak berkaitan industri maritim perlu melatih lebih ramai pelaut tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pelaut asing. Setakat ini dianggarkan terdapat kira-kira 20,000 pelaut; sebanyak 40% adalah pelaut asing.

Pada umumnya Malaysia merupakan negara ke-67 terbesar dengan jumlah keluasan tanah, dengan kawasan tanah 329.847 km2 (127.355 batu persegi). Namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang mempunyai wilayah di kedua-dua tanah besar Asia dan Kepulauan Melayu dengan Tanjung Piai, terletak di negeri selatan Johor, adalah paling selatan benua Asia. Selat Melaka yang geografinya terletak di antara Sumatera dan Semenanjung Malaysia, adalah salah satu daripada laluan paling penting dalam perdagangan global; menyumbang 40% kepada perdagangan dunia. 

Perairan negara meliputi keluasan sejumlah 7,200 km (Semenanjung Malaysia 3200 km; Sabah 1500 km; 2500 km) menurut The World FactBook tahun 2011 dan meletakkan Negara di tangga ke 19 dalam senarai dunia.

Melihatkan peri pentingnya laluan Selat Melaka dan Laut China Selatan kepada industri perkapalan, Biro Maritim Antarabangsa melaporkan perairan wilayah dan luar pesisir di Selat Melaka dan Laut China Selatan kekal berisiko tinggi dengan kehadiran lanun dan rompakan bersenjata terhadap kapal-kapal. Kapal-kapal dagang telah diserang dan dirampas di kedua-dua laluan tersebut utama; kapal dirampas sering menyamar dan kargo dialihkan ke pelabuhan di Asia Timur; krew telah dibunuh atau dibuang ke laut ketika dalam pelayaran; 24 serangan dilaporkan pada tahun 2014 sahaja.

Untuk makluman industri maritim Malaysia kini di tangga 31 dunia, merangkumi pelbagai jenis melibatkan kapal kargo curah, kapal tangki kimia, kapal kontena, kapal tangki petroliam, kapal pengangkut kenderaan, kapal kargo, kapal pengangkut, kapal kargo/penumpang, kapal pengangkut LNG/LPG, dan kapal roll-on/roll-off. Perkhidmatan perkapalan di Malaysia mempunyai kepentingan luar dari Denmark, Hong Kong, Japan, Russia, dan Singapura dan kapal-kapal yang didaftarkan di Bahamas, India, Indonesia, Isle of Man, Malta, Marshall Islands, Panama, Papua New Guinea, Filipina, Saint Kitts and Nevis, Singapura, Thailand, dan Amerika Syarikat. 

Pelabuhan utama negara terdapat di : Bintulu, Johor Bahru, George Town (Pulau Pinang), Pelabuhan Kelang dan Tanjung Pelepas. Pelabuhan negara mengendali kontena mengikuti TEU berikut: George Town (1,202,180), Pelabuhan Kelang (9,435,403), Tanjung Pelepas (7,302,461) manakala terminal di Bintulu mengendali LNG (export) dan terminal di Sungai Udang kendalikan LNG (impot). 

Melihatkan fakta yang dipaparkan, sudah tiba masanya Malaysia melalui MSMP menempa sejarah tersendiri antara negara pelaut memandangkan kesemua negeri dan wilayahnya mempunyai kepentingan maritimnya dengan menggunakan kepakaran dan kelebihan teknologi maklumat; bukan sahaja sekadar kepentingan saingan ekonomi negara juga lebih langsungnya menjamin kepentingan negara dan kedaulatannya diberikan perhatian.

Wednesday, November 04, 2015

Pencarian Untuk MH370 Belum Berakhir!

Sidang Dewan Rakyat kali ini, semestinya panas dengan isu-isu yang tidak pernah dilepaskan Ahli Parlimen pihak Pembangkang terutamanya untuk mensensasikan keadaan dan memperkecilkan hampir kesemua usaha Kerajaan Malaysia mentadbir negara.

Dalam satu soalan yang dikemukakan Teresa Kok Suh Sim (Teresa Kok) di Sidang Dewan Rakyat pada 2hb Nov 2015 menyentuh perihal perbelanjaan yang ditanggung Kerajaan Malaysia berkaitan malapetaka yang menimpa 2 buah pesawat yang dimiliki Malaysian Airlines (MAS) kini diberi nama Malaysia Airlines Bhd (MAB); penerbangan MH370 dan MH17.

Sebelum itu, Teresa Kok telah meminta Menteri Pengangkutan menyatakan perbelanjaan yang digunakan kerajaan dalam operasi mencari pesawat MH370 dan menangani nahas pesawat MH17 serta nilai pampasan yang diberikan kepada penumpang dan krew kabin yang terkorban dalam kedua-dua nahas tersebut.

YB Dato' Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan menjelaskan; bagi pesawat malang MH370, kos yang ditanggung bagi operasi pencarian kini telah mencecah RM230 juta sehingga bulan Oktober 2015.

Pesawat MH370 dijadualkan perjalanan ke Beijing, Rep. Rakyat China dari Kuala Lumpur dikesani berpatah balik dan hilang dari imbasan radar pada 8hb Mac 2014 bersama kesemua 239 penumpang dan anak kapal yang telah diishtiharkan telah terkorban. Kerajaan Malaysia terus komited kerja-kerja pencarian yang masih diteruskan dan diperluaskan sehingga 120,000 kilometer persegi dalam kawasan Lautan Hindi.
Pada 6 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan serpihan atau flaperon pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Perancis, Julai lalu adalah daripada pesawat malang MH370.
Kos misi mencari dan siasatan ke atas pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac itu adalah misi paling mahal dalam sejarah penerbangan, menurut Fairfax Media. 

Selepas empat minggu kehilangannya, ia sudahpun melepasi kos misi mencari pesawat Air France AF447 yang sebelum ini memegang rekod paling mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah $50 juta (RM164 juta).

Kos perbelanjaan tinggi ini telah melibatkan kegunaan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang dihantar ke Laut China Selatan dan Selat Melaka dan selepas itu ke Lautan Hindi; di mana dipercayai lokasi terakhirnya.

"Manakala bagi menangani nahas pesawat MH17 kerajaan membelanjakan sebanyak RM12.9 juta," kata Liow bila memaklumkan kos yang ditanggung mengenai pesawat malang MH17 yang ditembak jatuh di ruang angkasa wilayah timur Ukraine pada 17hb Julai 2014 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Peristiwa itu telah menggorbankan seramai 298 orang penumpang dan anak kapal.

Menyentuh mengenai pampasan kepada waris mangsa kedua-dua nahas, Dato' Sri Liow menjelaskan, "Dalam hubungan ini, MAS telah menawarkan bayaran pampasan pendahuluan dan Pakej Bantuan Krew berjumlah RM215,000 (USD50,000) sebagai sebahagian daripada bayaran pampasan penuh kepada waris dan keluarga penumpang serta anak kapal MH370 dan MH17. Setakat ini sebanyak 236 waris telah menerima bayaran pampasan pendahuluan bagi MH17 dan 74 waris bagi mangsa tragedi MH370. Jumlah pampasan diberikan bagi kedua-dua nahas adalah sebanyak RM71.3 juta (USD16.6 juta)," 

Tuesday, October 20, 2015

Persidangan Di Beijing Menggalakkan

Negara China sesungguhnya mempunyai pelbagai produk yang memukau dunia luar di samping keluasannya sebagai negara ketiga terbesar di dunia dan kedua selepas Rusia. Tambahan pula Negara China mempunyai pertalian sejarah yang rapat dengan Malaysia semenjak Laksamana Cheng Ho belayar ke Melaka dalam utusan mengahwinkan Puteri Hang Li Po sebagai isteri keempat Sultan Mansyur Shah pada abad ke 17. 

Dalam keadaan sedemikian sejarah perdagangan turut mendapat perhatian di antara benua Eropah dan Negara China di Laluan Sutera sejauah lebih 7,000 km dari Rome. Ia merupakan laluan pengaruh rempah yang diterujai bangsa Eropah dan terkisah dengan pengembaraan Marco Polo dengan perjalanannya yang dirakam dalam karya Il Millione (Perjalanan Marco Polo).

Potensi sejarah dan ekonomi serta pengaruhnya menggamit lagi dan kini Malaysia turut disengat nostalgia kegemilangan era yang melahirkan sikap ingin tahu dan menggembara. 

garisan berwarna kuning masih belum ada rangkaian 
dirangkakan
Mana tidaknya, Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Liow Tiong Lai telah hadir di Persidangan Khas Parti Politik Asia Mengenai Laluan Sutera di Beijing, China dalam membincangkan perapian rangkaian hubungan rel Kunming ke Singapura. Rangkaian hubungan rel yang dikenali "The Pan-Asia Railway"  begitu mendapat ransangan dan sokongan ramai bila diperkenal dan menyentuh inisiatif Laluan Sutera oleh Negara China yang bakal menyaksikan perlaksanaan yang pesat seiring memajukan cadangan itu.

Sesi selama 3 hari di Beijing itu dan berakhir pada 16hb Oktober telah dihadiri wakil-wakil dari lebih 60 pertubuhan parti politik dan organisasi dari lebih 30 buah negara. 

Garis hubungan rel dan jalan darat serta perkapalan era 21, satu rangka kerja yang diletakkan oleh Presiden China, Xi Jinping bakal memupuk hubungan dan kerjasama di kalangan negara di dalam laluannya.

Menurut kata Liow, "Kami melihat dengan jelas keyakinan negara-negara yang turut hadir pad cadangan itu dan bertekad mmenyiapkan projek rel keretapi. Selesainya "The Pan-Asia Railway", pastinya akan mengiatkan ekonomi negara terbabit."

Sebuah badan kewangan Laluan Sutera dan pelaburan infrastruktur Asia telah ditubuhkan bagi menyokong pembangunan infrastruktur projek demikian. Pastinya dengan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, perlu memastikan hubungan ekonomi yang mapan bukan sahaja buat kawasan itu tetapi juga melibatkan kumpulan ekonomi seperti Asean+3, Asean+6 juga termasuk Wilayah Perkongsian Ekonomi yang Komprehensif, kata Liow lagi.

Sebagai mengulas lanjut konsep kordinasi polisi yang juga merupakan antara 5 aspek perhubungan, Liow menegaskan perlunya negara yang terlibat menggariskan polisi bagi membolehkan penyertaan rakan luar di dalam sektor yang telah dikenalpasti; pelancongan, perdagangan dan pelaburan,  kejuruteraan dan komunikasi, industri kecil dan sederhana, keusahawanan dan pembangunan, di samping logistik dan pembangunan infrastruktur yang akan mencetuskan peningkatan perniagaan.

Dato' Sri Liow menekankan dengan membenarkan pemilikan ekuiti sekurang 40% di pelabuhan, pastinya negara akan berjaya memanafaatkan inisiatif Laluan Sutera. Sebagai contohnya akan mengerat dan memencakkan hubungan dua hala Melaka dan Guangdong yang belum pernah terjalin sebelum ini.

Di pihak Malaysia dan Singapura, sudah pasti inisiatif ini mengesahkan keperluan dan pembinaan projek HSR yang sedang dalam proses dan menguntungkan buat semua.

Monday, October 19, 2015

MCA Menapak Ke Depan Menangkis Dakyah Pembangkang

Kehidupan rakyat yang berbilang masyarakat di Malaysia telah berzaman menerima kenyataan di Bumi bertuah ini, pelbagai kaum, Agama dan fahaman dapat hidup selesa berbanding negara luar yang walaupun dominannya satu kaum atau satu Agama masih menghadapi masalah perkauman walau telah lama menjadi negara berdaulat.

Berbedanya di Malaysia, masyarakat lain dikongsikan peluang ekonomi, kuasa politik, bahasa, fahaman Agama, mempunyai identiti sebagai warganegara menentukan halatuju negara secara koletif dan bersama. Walaupun demikian tidak dinafikan ada situasi di mana ada kekurangan akibat perbedaan amalan budaya sejak negara berdaulat dengan MERDEKA dari pentadbiran British pada tahun 1957 dan kemudiannya meluaskan wilayah dengan kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1963 menjadi sebuah negara bernama Persekutuan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysia.

Apapun ketenangan itu tidak lama, dengan pemisahan Singapura dari Malaysia, parti serpihan People's Action Party (PAP) teleh membenihkan Democratic Action Party (DAP) di dalam senario politik Malyasia dengan falsafah Malaysian Malaysia yang diilhamkan mendiang Lee Kuan Yew yang menjuruskan pemisahan Singapura pada tahun 1965 itu yang turut mencabar Hak Keistimewaan Orang Melayu menurut Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

Asakan demi asakan DAP pimpinan Lim Kit Siang mentintakan sejarah hitam di dalam demokrasi negara pada 13hb Mei 1969. Sentimen perkauman yang ditanam DAP bergolak hingga menjadi satu mimpi ngeri dengan kemenangan demi kemenangan kerusi di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri yang tertentu. Lebih mengaibkan apoabila sentimen ini bagai mendapat suntikan tenaga dengan Anwar Ibrahim dijulang sebagai Ketua Umum Pembangkang, bagai meluap-luap perkauman dan menabur fitnah menjadi senjata untuk menentukan siapa yang berkuasa.

Malayan Chinese Association yang kini berubah kepada Malaysian Chinese Association (MCA) sebagai parti kedua terbesar di dalam barisan Nasioanal (BN) turut menggembeling usaha bersama United Malays Nation Organisation (UMNO) menentang sentimen perkauman yang dimainkan DAP mulai kehilangan pengaruh ke atas kejayaan polemik DAP ke atas masyarakat Cina terutama meraka yang tinggal di dalam kawasan bandar sejak Pilihanraya Umum tahun 2008.

Bagaimanapun MCA mulai bingkas untuk menanggani ketirisan pengaruh itu. Lebih jelas lagi pada Pilihanraya Umum tahun 2013, MCA menolak pelawaan ke dalam Kabinet Kerajaan Malaysia, sebelum kepimpinan tertinggi MCA mendapat solusi dan sokongan yang lebih memberansangkan dari kalangan masyarakat Cina untuk sama-sama mentadbir negara.

Di dalam Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-62 yang baru lalu, dengan harapan yang dicetuskan Perdana Menteri merangkap Presiden BN; YAB Dato' Sri Mohd Najib komponen BN kembali berpadu tenaga dan bersatu hati menangkis dakyah negatif Pembangkang telah disambut baik oleh Presiden MCA, Dato' Sri Liow Tiong Lai, barisan kepimpinan tertinggi MCA dan perwakilannya.

MCA telah memulakan pelbagai program mendekati golongan muda mencari pelapis yang jitu dengan naluri perpaduan. Program santai ke kawasan pedalaman dan mendekati suara hati rakyat turut menggambarkan ketelusan dan seriusnya gerak kerja MCA mendepani persepi negatif dan hasutan berbahaya pihak Pembangkang dari masa ke semasa. 

Ini jelas kerana, merudumnya sokongan kepada MCA banyak dari akibat maklumat yang tidak jelas atau sampai dan berjaya mengkaburi pemikiran pengundi dan rakyat tertipu pada janji-janji perubahan oleh Pembangkang sehingga pada PRU 13, MCA hanya mampu memenangi 7 kerusi Parlimen berbanding 15 pada PRU12.

MCA adalah rakan karib di dalam komponen BN yang telah membuktikan kesetiaan kepada pentadbiran Negara. Sebaliknya kemenangan besar Pembangkang sehingga berjaya menguasai negeri-negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor membuktikan mereka menggunakan sentimen perkauman dan persepsi songsang untuk menindas masyarakat lain; Melayu dan India. Pastinya ini adalah gambaran jelas, demokrasi Pembangkang hanyalah satu retorik dan sandiwara politik.

Amalan toleransi MCA dan komponen di dalam Barisan Nasional adalah pasti dan terbukti. Ia menjadi teras yang utuh mengharungi badai pembangunan Negara sejak penggabungan tiga pasti dominan ketika itu di dalam ujian pertama pada tahun 1952 ketika Piliharaya Majlis Bandaraya Kuala Lumur di mana parti perikatan yang kini bertukar nama Barisan Nasional pada tahun 1973, memperolehi kemenangan yang memberansangkan.
Sifat tegur-menegur dan keterbukaan MCA dan lain-lain komponen adalah elemen terpenting yang hanya meneguhkan semangat kepartian. Krisis yang sedang melanda Pembangkang mengukuhkan sifat-sifat amalan BN hanya satu bayangan yang dimainkan mereka untuk terus berkuasa tanpa kepentingan pembangunan negara dan harmoni rakyat menjadi keutamaan.
Lantaran inilah tika terbaik, MCA menggorak langkah mengaut kembali kepercayaan masyarakat Cina bersama UMNO dan komponen yang lain di dalam BN menguasai pentadbiran negara, mencapai agenda yang lebih besar demi rakyat, demi negara demi demi semangat Muhibbah.
Kepada Dato' Sri Liow Tiong Lai bersama Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong dan barisan kepimpinan MCA, pastinya masyarakat Cina dan rakyat umumnya menantikan kejayaan resolusi yang dipamirkan sepanjang Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-62 itu di dalam PRU14 nanti. Teruskan...!!!

Friday, October 16, 2015

Flight MH17: Malaysia Seeks Prosecution

Mangled and twisted steel; debris of the ill fated flight MH17 greets visitors at the Gilze-Rijen military air base, a grimly sight that serves as the resting place of the aircraft remains where it was transported from downing site in a rebel-held area in eastern Ukraine.
All 298 people on board the flight with its crew members from Amsterdam to Kuala Lumpur perished on the 17th July 2014 with investigators from the Dutch Safety Board (DSB) suspecting it was of the result of the BUK missiles, throwing the Russians under the bus as the culprit.
Ukraine's president has consistently accused the Russia's military of ordering the missile strike that brought down Malaysia Airlines flight MH17 one year ago with Russia denying responsibility and in turn has pointed the finger at Ukraine, whose forces are fighting pro-Russian separatist rebels in the region. 
Both parties submitted their reports, the Dutch safety board and the maker of BUK missile systems, Almaz-Antey, release their separate reports on last year’s downing of Malaysian Airlines MH17 chronologised and availed here https://www.rt.com/news/318457-mh17-report-plane-crash/
The Russian government were furore and challenged the finding that a BUK missile shot downed the plane as DSB has ignored nor invited BUK missile producer; Almaz-Antey to study the materials related to the crash. Subsequently analytic findings by Rosaviatsiya (Russia’s aviation authority) and submitted to the investigators were disregarded as well.

Spokesperson for Russia’s Foreign Ministry Maria Zakharova said in a statement,“That is why serious doubts [exist over whether] ... the investigation conducted in the Netherlands was aimed at establishing the real causes of the plane crash, rather than justifying the previously-made accusations. We were barred from the investigation under various pretexts. And all of a sudden, Russia's cooperation became necessary after the Dutch Safety Board published the report with 'ready' conclusions,” she added.

The debacle has hindered efforts to seek closure of the tragedy, thus Malaysia recourse for prosecution with the independent international court for prevailing justice.

Media statement read by the Honorable Liow Tiong Lai on the 14th October as follows:
MEDIA STATEMENT BY YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI, MINISTER OF TRANSPORT
With today’s release of the Dutch Safety Board (DSB) final report after months of meticulous and independent investigations, it clearly points to a 9N314M-model warhead carried on the 9M38-series of missiles, as installed on the Buk surface-to-air missile system as being the cause of the crash of MH17.
During this trying time, our thoughts and prayers are with the next of kin and loved ones of the passengers and crew onboard MH17. Malaysia stands with them.
Armed with the DSB report, Malaysia with the Joint Investigation Team (JIT) handling the criminal investigation is ever more resolute to seek justice. As part of the JIT, Malaysia remains single-minded in our pursuit of decisive action that will lead to prosecution of the trigger-happy criminals.
The international tribunal under the UN Security Council may have been vetoed but our fight for justice is far from over. Malaysia together with our JIT partners, the Netherlands, Belgium, Ukraine and Australia are working towards adopting a treaty to establish an independent international court in order to have an effective prosecution mechanism for those responsible.
The thorough examination of the wreckage of flight MH17 by DSB determined that the damage was caused by a warhead that detonated outside and above the left hand side of the cockpit. The aeroplane was struck by a large number of small fragments with different shapes and sizes (cubic and bow-tie shapes) moving at high velocity. These are consistent with the warhead of a BUK surface-to-air missile system.
The DSB also excluded a number of possible causes based on stringent analysis before arriving at their conclusion. As part of their report, DSB concluded that the crew, airworthiness and flight plan, loading and cargo, and airspace restriction amongst others could be eliminated as the cause of the accident.
Malaysia would like to record our thanks to the DSB for its meticulous and transparent investigation that now enables us to move forward on more solid ground.
I have said many a times. The international community must stand united in the quest to make our skies safer.
We cannot delay implementing changes in the way global commercial aviation operates. There must be mandatory timely reporting of relevant information on flight risks to the International Civil Aviation Organization (ICAO) by member states and ICAO must establish global protocol to disseminate this information to member states and airlines.
It will make the difference between life and death.
Dato’ Sri Liow Tiong Lai
MCA President
Minister of Transport

Thursday, September 17, 2015

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Semalam semua rakyat Malaysia meraikan hari penuh bersejarah. Berbezanya dua hari sambutan yang amat dekat kepada negara dan rakyatnya. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditintakan pada 31hb Ogos 1957. Namun dek peristiwa-peristiwa yang membawa impak dan pengajaran kepada negara yang masih melalui detik kemerdekaan, akhirnya 30 bulan selepas itu penubuhan sebuah negara bernama "MALAYSIA" diumumkan pada 16hb September 1963.

Asas dan hasrat membentuk Malaysia melibat negeri-negeri Brunei, Singapura, Sarawak dan Sabah memperlihatkan usaha "the greater picture" Almarhum Tunku Abdul Rahman dengan laporan oleh Suruhanjaya Cobbold ke arah gagasan penubuhan Malaysia.

Perlu diingatkan garis masa itu antara lain melibatkan:
1. POLITIK
. Mempercepatkan kemerdekaan bagi negeri-negeri tersebut di atas
. Membanteras ancaman komunis lantas mengekalkan keamanan dan kestabilan politik
. Mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan

2. EKONOMI
. Memajukan ekonomi serantau untuk kepentingan negara dan rakyat negeri-negeri anggota
. Menjamin kepentingan pelaburan Inggeris di Asia Tenggara melalui keselamatan dan kestabilan politik dari ancaman komunis.

3. SOSIAL
. Memupuk bangsa Malaysia dengan identiti yang baru berteraskan perkongsian warisan budaya yang kaya

Demi kemuafakatan, toleransi dan kemajuan yang dikecapi sejak itu, kita diajak menelusuri sejarah sebuah negara yang berdaulat dan MERDEKA dalam acuan yang telah sama-sama dicipta dengan keberhasilannya walau tidak semuanya tercapai. Kerjasama dan kefahaman yang sebenar yang lahir dari titis pengorbanan semua kaum dan keturunan, pastinya Malaysia satu negara yang harmonis dan bersatu rakyat dari ancaman dan pengaruh luar.

Berikut adalah KENYATAAN MEDIA OLEH YB DATO’ SERI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN


Pada Hari Malaysia ini, marilah mengimbau masa silam untuk mendalami perjalanan negara kita dan kemajuan yang telah dicapai.

Sesungguhnya, kita seharusnya berbangga sebagai rakyat sebuah negara yang kian berkembang maju. Sejak penubuhan Malaysia beberapa dekad yang lalu, negara telah menempa kejayaan dan kemajuan di peringkat antarabangsa, baik bagi sektor perdagangan dan diplomasi mahupun di arena sukan dan kebudayaan.


Warga Malaysia tanpa mengira lapisan umur, bangsa dan agama telah sama-sama bekerja keras dan banyak berkorban untuk mengecapi segala kejayaan ini, bukan sahaja sebagai individu malahan sebagai sebuah negara. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat hidup dalam keadaan yang begitu harmoni. Kepelbagaian warisan budaya kita merupakan aset yang ternyata bernilai, lebih-lebih lagi semasa keutuhan budaya kita kini diuji.


Tidak dapat dinafikan bahawa tatkala kita berusaha untuk mencapai status negara maju dan seiring dalam membina masa depan yang lebih cerah untuk generasi muda, masih terdapat banyak yang perlu dilakukan. Kini, di saat negara kita berada di persimpangan, kita seharusnya lebih tegas dalam menetapkan pendirian menentang ketidaktoleransi dan ekstrimisme dan juga sebarang perselisihan serta sikap tidak hormat.


Setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan masing-masing dalam membentuk masa depan negara. Peranan ini antaranya termasuk saling bertolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain, berbuat kebaikan dan bertimbang-rasa terhadap semua kepercayaan dan budaya dan seterusnya, saling bekerjasama tanpa mengambil kira apa jua perbezaan antara kita.


Demi kebaikan bersama rakyat dan negara, kita harus mengetepikan unsur-unsur yang boleh memecahbelahkan rakyat. Warga Malaysia dari segenap lapisan masyarakat harus mengatasi segala cabaran ini untuk terus maju ke hadapan sebagai rakyat Malaysia yang harmoni dan bersatu.


Selamat Hari Malaysia.


Dato' Seri Liow Tiong Lai
Menteri Pengangkutan
merangkap Presiden MCA