Friday, November 13, 2015

Perintis PLKN 2.0 DiTinjau

Menyepi modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara dan kebetulan bencana banjir besar yang melanda negara sejak akhir tahun lepas. Ruang penangguhan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak pada bulan Januari 2015 diguna sebaiknya melalui Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) untuk mengusahakan transformasi (penambahbaikan) PLKN selari dengan keperluan negara dan rakyatnya.


PLKN yang diperkenalkan pada 16 Februari 2004, kini hadir dengan konsep baharu menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan; PLKN 2.0 memperkenalkan lima modul dan tiga sub-modul dalam transformasi program itu. Usaha ini jelas membolehkan PLKN terus relevan dan bersifat dinamik.


Baru-baru ini, Pengerusi PLKN, Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid telah turut menghadiri satu program Mesyuarat Halatuju PLKN Pasca Bajet 2016 bersama persatuan pengusaha kem Latihan Khidmat Negara di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang.

Pastinya, peluang ini diambil Datuk Ehsan bak seorang 'Ayah' telah mengambil peluang melihat dengan mata kepala sendiri kemajuan program di samping mendekati para pelatih perintis PLKN 2.0 di tempat yang sama sejak mereka memulakan program pada 17hb Oktober lalu. Memang sesuai dan bertepatanlah kehadiran beliau bersama para perintis memandangkan mereka merupakan kumpulan pertama PLKN sekian lama ditangguhkan itu. Beliau sempat bersolat jemaah bersama pelatih dan menjamu selera serta berbual mesra.

Memandangkan ketika itu, kawasan program selain hampir seluruh negara dilanda keadaan jerebu yang teruk, Datuk Ehsan terus memberikan galakan dan nasihat kepada pelatih agar mengutamakan kesihatan sepanjang di sana. Keselamatan diri pelatih turut ditekan dan diutamakan. Kata-kata meniup semangat dari seorang Ayah dan pemimpin membuktikan kesungguhan dan keikhlasan beliau di samping berbual dan menerima aduan dan pertanyaan secara terbuka dari para perintis.


Kepada para perintis program dan pelatih yang bakal menyusul...sesungguhnya bak pandangan Datuk Ehsan...toughen up! Dan banyak bersabar! Tidak semua yang kita mahu akan datang bergolek dan seperti yang diharapkan. Sama-samalah berusaha dan berkorban demi sebuah kejayaan dan kecemerlangan. 

No comments:

Post a Comment