Showing posts with label MLKN. Show all posts
Showing posts with label MLKN. Show all posts

Friday, November 13, 2015

Perintis PLKN 2.0 DiTinjau

Menyepi modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara dan kebetulan bencana banjir besar yang melanda negara sejak akhir tahun lepas. Ruang penangguhan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak pada bulan Januari 2015 diguna sebaiknya melalui Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) untuk mengusahakan transformasi (penambahbaikan) PLKN selari dengan keperluan negara dan rakyatnya.


PLKN yang diperkenalkan pada 16 Februari 2004, kini hadir dengan konsep baharu menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan; PLKN 2.0 memperkenalkan lima modul dan tiga sub-modul dalam transformasi program itu. Usaha ini jelas membolehkan PLKN terus relevan dan bersifat dinamik.


Baru-baru ini, Pengerusi PLKN, Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid telah turut menghadiri satu program Mesyuarat Halatuju PLKN Pasca Bajet 2016 bersama persatuan pengusaha kem Latihan Khidmat Negara di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang.

Pastinya, peluang ini diambil Datuk Ehsan bak seorang 'Ayah' telah mengambil peluang melihat dengan mata kepala sendiri kemajuan program di samping mendekati para pelatih perintis PLKN 2.0 di tempat yang sama sejak mereka memulakan program pada 17hb Oktober lalu. Memang sesuai dan bertepatanlah kehadiran beliau bersama para perintis memandangkan mereka merupakan kumpulan pertama PLKN sekian lama ditangguhkan itu. Beliau sempat bersolat jemaah bersama pelatih dan menjamu selera serta berbual mesra.

Memandangkan ketika itu, kawasan program selain hampir seluruh negara dilanda keadaan jerebu yang teruk, Datuk Ehsan terus memberikan galakan dan nasihat kepada pelatih agar mengutamakan kesihatan sepanjang di sana. Keselamatan diri pelatih turut ditekan dan diutamakan. Kata-kata meniup semangat dari seorang Ayah dan pemimpin membuktikan kesungguhan dan keikhlasan beliau di samping berbual dan menerima aduan dan pertanyaan secara terbuka dari para perintis.


Kepada para perintis program dan pelatih yang bakal menyusul...sesungguhnya bak pandangan Datuk Ehsan...toughen up! Dan banyak bersabar! Tidak semua yang kita mahu akan datang bergolek dan seperti yang diharapkan. Sama-samalah berusaha dan berkorban demi sebuah kejayaan dan kecemerlangan. 

Friday, October 16, 2015

17hb Oktober, PLKN Mulai Langkah Baru

Kesibukan bakal mendatangi kem-kem pelatih Program Latihan Khidmat Negara yang sepi setelah kejadian bencana banjir yang melanda Negara pada penghujung tahun lepas. Banyak kem-kem diguna sebagai perumahan transit mereka yang kehilangan hartabenda dan rumah di negeri-negeri yang terjejas teruk dilanda bencana seperti di Kelantan, Pahang dan Perak. Tidak kurang juga terdapat kem PLKN yang turut sama mengalami kerosakan dari bencana yang sama.

Keadaan tersebut bolehlah dianggap sebagai “blessings in disguise” yang membolehkan modul PLKN melalui proses penambahbaikan seperti yang telah dilakukan Makmal PLKN sejak bulan Februari yang lalu, menerusi perbincangan dengan mereka yang berkepentingan dan berhubungkait membentuk acuan generasi Malaysia yang lebih mantap.

Pada 8hb Oktober lalu, Menteri Pertahanan; YB Datuk Seri Hishammuddin Tun melalui Mesyuarat Kordinasi Transformasi PLKN telah memaklumkan projek Perintis Transformasi PLKN mulai digerakkan pada 17hb Oktober ini dengan wajah baru dengan sejumlah 410 pelatih akan ditempatkan untuk latihan selama dua bulan di Kem Princess Haliza, Sepang, Selangor.

Modul baru hasil perbincangan yang dibuat melalui Makmal Transformasi PLKN itu kini bakal menerapkan Fit4Life, Tech & Talk, I-Upgrade, MalaysiaKu, Be Safe Be Alert, Spirituality, MyFuture dan Service Learning kepada lebih 100,00 pelatih baru PLKN 2.0 sepanjang tahun 2016.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid turut maklumkan bahawa modul tersebut akan diperkenalkan selepas kajian terperinci dan tahap keberkesanan diuji dalam projek perintis yang akan berlangsung mulai esok; 17hb Oktober.

Tuesday, August 25, 2015

Teraju Sosio Masyarakat Kota Tinggi

Nun di selatan tanahair wujud sebuah Badan Bukan Kerajaan yang aktif dengan kerja-kerja amal dan menjalinkan titian antara masyarakat setempat dan Kerajaan. Umum ketahui pihak Kerajaan agak terhad turun ke lapangan secara langsung menguliti "touch point" di dalam meneruskan penghidupan seharian dan isu semasa.


Badan Bukan Kerajaan yang dimaksudkan itu, 'Yayasan Mesra' telah ditubuhkan pada 13hb November 2013, di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 diasaskan bersama oleh YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin Bin Hj. Mohd Harun Narrashid, ahli Parlimen Kota Tinggi dan Encik Zamsari Bin Jumani. Yayasan Mesra bermatlamat membantu pembangunan sahsiah masyarakat melalui program-program kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan di dalam usaha mempertingkat dan memperkukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum berteraskan aspek ekonomi, pendidikan dan sosial. 

Minat yang mendalam Datuk Noor Ehsanuddin di dalam kepersatuan sukarela bergerak secara aktif sejak beliau menuntut di Amerika Syarikat pada tahun 80an. Pernah menjawat jawatan Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Carbondale Club. Menerajui persatuan seperti Pertubuhan Penggiat Kompang FELDA Kebangsaan, Konvensyen Gabungan Pemikir Profesional FELDA (GAPROF 2011) dan Karnival Iktiraf (Ikatan Hati Warga FELDA 2011/2012).



Beliau turut merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan FELDA dan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara di antara tugas-tugas beliau.




Yayasan Mesra telah dilandaskan pergerakan ke arah pemantapan Insaniah dan Sahsiah masyarakat. Telah mewujudkan beberapa pusat pendidikan dan latihan susulan program kemasyarakatan dan kebajikan diaktifkan.

Sebagai sebuah organisasi bukan Kerajaan, Yayasan Mesra telah melaraskan kegiatannya melalui pendekatan kritikal dan analitikal bagi memenuhi matlamat dan objektik penubuhan. Kelangsungan itu, ia memupuk kefahaman di kalangan masyarakat bagi melahirkan kepimpinan masa depan yang akan membentuk masyarakat yang berpotensi intelektual dengan fizikal dan spiritual yang baik. 

Yayasan Mesra telah turut mengambil bahagian membantu menampung dan prihatin kebajikan masyarakat terutama dari aspek kemanusiaan. Inilah antara nilai-nilai murni membina individu Muslim yang berketrampilan dan bertanggunjawab terhadap diri, keluarga, masysarakat serta Negara.


Tidak lupa, aktiviti dan latihan yang komprehensif telah diwujudkan bagi membuka peluang dan ruang perniagaan dan pekerjaan buat anak tempatan dan masyarakat setempat dalam usaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka dengan penglibatan Majlis Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri, Agensi, Jabatan dan Kerajaan Pusat dari masa ke semasa.


Antara kegiatan Yayasan Mesra termasuklah:


Ramai-ramai bersama anggota Marhaban di Majlis Raya Kg Mawai Baru


Program Gotong Royong Perdana bersama penduduk perumahan Taman Pasak Indah

Program Ziarah Mesra: Jalinan Murni yang melibatkan 30 buah rumah di kawasan perkampungan Johor Lama dan Telok Sengat.

Program Ziarah Mesra: Jalinan Murni yang melibatkan 30 buah rumah di kawasan perkampungan Sedili Kecil dan Belukar Durian.

Pelepasan konvoi berbasikal Program Rentas Belia Merdeka Tahun 2015 di SMK Lokman Hakim, Kota Tinggi bagi memupuk jati diri dan semangat kesetiaan kepada Negara oleh YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin.

Meraikan anak-anak yatim berbelanja sempena menyambut Aidil Fitri 1436H di Plaza Angsana.

Menitikberatkan pencapaian akademik dalam meniti alam persekolahan untuk kecemerlangan.

Bersama mendekati masyarakat Kuala Sedili, menyalur maklumat semasa dan mendengar pandangan mereka.


Bersma pemimpin pusat dalam mengenengahkan Kuala Sedili sebagai pp[roduk pelancungan.


 Bersama sukarelawan dan petugas Yayasan Mesra menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Parlimen Tanah Merah, Kelantan.


YB Datuk Ehsanuddin meraikan peserta My Diamond, dalam Program Jalinan Kasih Bersama OKU (orang kelainan upaya).

Thursday, February 26, 2015

Pelatih kata YES kepada PLKN. DAP pula menggatal TIDAK!

Sepantas kilat DAP ke hadapan menyuarakan agar Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dibubarkan gara-gara pengumuman YAB Perdana Menteri untuk menangguhkan sesi PLKN 2015 sekurangnya selama setahun.

Kononnya PLKN tidak langsung bermanafaat ataupun mencerminkan permuafakatan antara kaum di kalangan generasi muda. Itu ayat-ayat biasa Pembangkang, lebih-lebih lagi disuarakan oleh DAP, parti yang bercirikan demokrasi tetapi kerap mencetuskan isu-isu perkauman dan mencabar kedaulatan undang-undang.Dengan pantas ada di antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutama dari DAP yang inginkan PLKN segera dibubarkan dan terus ditutup selepas pengumuman Perdana Menteri untuk menangguhkan sesi PLKN 2015. 
YB Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) pula menyanggah dengan contoh klasik perasaan peserta PLKN yang ditemui beliau di Kem Latihan Etnobotani di Gua Musang, Kelantan baru-baru ini.

Kem latihan tersebut didiami anak bangsa Tionghua yang merangkumi di antara 30-40 peratus jumlah peserta. Kem tersebut adalah di antara empat kem program PLKN yang dikenalpasti sebagai pusat penempatan sementara buat mangsa musibah banjir besar tempoh lalu.

Tambah Datuk Noor Ehsan lagi, para peserta PLKN tersebut berasa begitu sedih mengenangkan mereka bakal berpisah dengan persahabatan yang terjalin sepanjang tempoh latihan. Keberkesanan program nyata membenihkan kesepaduan dan melahirkan semangat kesukarelawanan di antara mereka.

Inilah satu program yang efektif dan sihat dilahirkan dan dipertontonkan oleh anak-anak berbilang bangsa dan latar belakang agama yang pelbagai. Semangat "sense of teamwork" inilah sebenarnya yang dicemburui DAP kejayaan pimpinan Kerajaan Barisan Nasional.

Sedikit sebanyak DAP telah mendedahkan agenda sebenar mereka dengan dakyah-dakyah yang berupa mencetuskan perbalahan dan mencapai hasrat merubah pemikiran dan persefahaman antara kaum dan agama.

Apa reaksi DAPSY si Teo Kok Seong melihatkan twitter anak-anak muda yang telah menyertai PLKN? 

Nyata posting beliau di Roketkini.com hanya mengundang benih-benih anti Kerajaan dan sebarang usaha perpaduan dan pembangunan. menggesa kerajaan memansuhkan PLKN yang kononnya telah gagal memberikan manfaat kepada pembangunan anak muda. Inikah tindakan seorang yang bertanggungjawab dan membantu bina warga Malaysia yang sayang sesama jiran dan rakyatnya?


Anak-anak muda harapan bangsa perlu dibimbing dan dibentuk demi masadepan yang cemerlang bukan bidak politik songsang yang akan merosakkan penghidupan mereka....Fikirlah dengan waras, wahai pemimpin Pembangkang! 

Jangan asyik melihat semua usaha Kerajaan untuk kritik dan dibantah untuk kepentingan fahaman bersifat negatif.


Wednesday, January 28, 2015

Kesempatan Kemaskini Modul PLKN

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimulakan sejak 2004 ditangguhkan pada tahun ini berikutan penstrukuran semula bajet negara yang diumumkan YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak


Pengumuman penangguhan PLKN dijangka menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM400 juta dan Pengerusi MLKN; YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin Hj Mohd Harun Narrashid telah memberikan reaksi positif bahawa kesempatan ini dapat memberi ruang bagi usaha penambahbaikkan modul latihan PLKN.


"Penangguhan PLKN ini hanya melibatkan pengambilan kedua dan ketiga sahaja kerana ambilan pertama sudahpun selesai.", kata beliau.


"Kita akan ambil peluang ini untuk meningkatkan kemahiran jurulatih dan kem yang sedia ada. Mungkin urus tadbir juga dapat ditingkatkan. Kita juga masih boleh melakukan aktiviti untuk alumni (lepasan) PLKN dengan beberapa penambahbaikan dari segi modul dan kemahiran, PLKN akan menjadi lebih menarik tahun hadapan,” tambah Datuk Hj Noor Ehsanuddin lagi.

MLKN mengumumkan akan mengkaji semula kurikulum PLKN agar selaras dengan peredaran masa dan menurut Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), "Kurikulum akan disemak semula dengan menumpukan aspek perpaduan kaum. Penambahbaikkan ini juga perlu dilihat dari faktor kos, kini setiap peserta kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM8,000".


Situasi penangguhan PLKN ini turut memberi rahmat kepada golongan yang memerlukan tempat berteduh terutama bagi mangsa banjir sementara rumah baharu mereka siap dibina.

Pastinya keputusan yang dibuat ini hanya bersifat sementara dan memberi peluang untuk menstruktur semula kedudukan ekonomi negara kita.


Setinggi Penghargaan Buat Sukarelawan PLKN

Keadaan bencana banjir telah menguji kesiapsiagaan menghadapi sesuatu situasi. Sejumlah lebih dari 240,00 orang sukarelwan yang telah didaftarkan melalui IM4U sejak bulan Mei 2013, kini terserlah kemampuan semangat kesukarelawannya.

Dengan kerjasama IM4U dan Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) menerapkan pengenalan iM4U kepada pelatih dan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini berjumlah 730,000 ahli termasuk alumni PLKN sebagai sukarelawan IM4U. 

Bekas pelatih PLKN seramai 200,000 orang Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) telah bergiat dalam bidang sukarela sejak ditubuhkan pada tahun 2012. BSKN merupakan sebuah badan yang dianggotai bekas pelatih PLKN bertujuan menggerakkan alumni PLKN dalam menjalankan kerja-kerja kesukarelaan.

Keupayaan sukarelawan tersebut membuktikan kewujudannya dalam situsai yang mendesak dan memerlukan, lebih-lebih lagi ketika berlakunya bencana banjir baru-baru ini. Sejumlah 81 kem PLKN di seluruh Malaysia mencerminkan kesungguhan Kerajaan melalui MLKN menjalankan latihan khidmat negara berdasarkan falsafah Rukun Negara di samping melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri melalui aktiviti yang menyemarakkan semangat kesukarelawanan.



Jelas sekali semangat yang dipupuk ini bakal melahirkan insan yang dapat menyumbang kepada Negara di masa hadapan. Semoga pelatih-pelatih PLKN akan membawa semangat kesukarelawanan ini apabila mereka menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan terus berkhidmat melalui melalui badan-badan kebajikan apabila mereka keluar dari pengajian kelak.

Terima kasih di atas sumbangan bakti yang dihulurkan kepada mangsa-mangsa bencana banjir.


Tuesday, December 30, 2014

Sireh Pulang Ke Ganggang

Sebuah institusi yang diwujudkan di dalam memantapkan pembangunan sahisah dan insaniah masyarakat. Inisiatif yang diambil di mana mewujudkan program-program berciri kemasyarakatan dan kebajikan secara proaktif dan berterusan.

Yayasan Mesra yang diasaskan bagi melaksana aktiviti membabitkan sumbangan kebajikan kepada anggota masyarakat juga sumbangan kepada fakir miskin dengan tumpuan kegiatannya berteraskan kepada penyelidikan, menyedia pelan tindakan serta perlaksanaan kegiatan yang menjuruskan kepada pembangunan masyarakat dan terbahagi kepada:
1
     1. Pendidikan
     2. Kebajikan dan Kemasyarakatan serta
     3. Kesihatan anggota masyarakat

YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid; Ahli Parlimen Kota Tinggi selaku Pengerusi Yayasan telah banyak menjayakan program-program kebajikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi kepada gologan 8 Asnaf dengan melibatkan kerjasama pihak ADUN, kerajaan tempatan dan pelbagai agensi kerajaan di banyak negeri yang terlibat dengan program berkaitan.

Siapa YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid?

Beliau memegang Ijazah Kejuruteraan Am dan Mekanikal dari Southern Illinois University, Carbondale, USA. Memulakan karier sebagai seorang Jurutera dan pernah berkhidmat dengan syarikat seperti Milford Haven Automation Sdn Bhd dan Alfa Laval Sdn Bhd. Telah berkeluarga dengan empat orang cahayamata.

Dilantik sebagai Pengarah Seranta (FELDA) di Jabatan Perdana Menteri. Kini seorang Pengarah di Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Berhad serta dilantik sebagai Pengarah di Lembaga Pengarah di dalam beberapa syarikat di dalam Felda Global Ventures Group of Companies, termasuk MSM Malaysia Holdings Berhad.

Bergiat aktif di dalam pelbagai kumpulan sosial, kemasyarakatan dan persatuan. Semasa menuntut di Amerika, beliau pernah menyandang sebagai Pengerusi Biro Pendidikan, Kelab UMNO Carbondale. Pernah memimpin persatuan/pertubuhan seperti Pertubuhan Penggiat Kompang FELDA Kebangsaan, Konvensyen Gabungan Pemikir Profesional FELDA dan Karnival IKTIRAF (Ikatan Hati Warga FELDA).

Berdasarkan minat yang mendalam terhadap pembangunan belia dan kemasyarakatan, pengalam yang luas serta pengethauan dan kredibiliti yang tinggi, YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid telah dilantik menggantikan YBhg Datuk Dr Tekhee @ Tiki Lafe sebagai Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara dalam usaha memperkasakan belia harapan Negara.

Manakan tidak seorang yang tegas lagi berprinsip mampu menangkis serangan dan dakwaan tidak berfakta seperti yang dibangkitkan YB Tony Phua menuduh FGV bakal gagal seperti MAS di Dewan Rakyat tempoh hari. Sireh sudah pulang ke ganggang.


Thursday, December 11, 2014

Bantuan DiHulur YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin

Satu majlis penyampaian bantuan kelengkapan persekolahan Parlimen Kota Tinggi dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi, JPMM DUN Sedili dan DUN Johor Lama, Yayasan Mesra dan PLUS pada 10hb Disember 2014.

Menurut YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid; Ahli Parlimen Kota Tinggi yang merasmikan majlis, pendidikan adalah pelaburan terbaik untuk masa depan dan belanjawan 2015, peruntukan pendidikan adalah yang terbesar dari lain-lain peruntukan. 

Satu pendekatan yang tepat. Bantuan yang dilakukan sebelum golongan IbuBapa berbelanja untuk sesi persekolahan tanggungan menjelang tahun 2015. Seramai 500 pelajar berpeluang menerima bantuan ini yang disampaikan dengan kerjasama kepimpinan setempat yang menjalinkan hubungan baik di antara JPMM, Yayasan Mesra dan syarikat swasta; PLUS Malaysia Bhd dengan sambutan penuh kesyukuran. 
Alhamdullillah. Aameen.


Sekalung tahniah buat YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid di atas usaha-usaha murni tersebut. Antara usaha yang menggarap hasrat kepimpinan tinggi mendahulukan Rakyat lebih-lebih lagi keselesaan di kalangan anak-anak yang masih bersekolah dan disalurkan perlukan bantuan awal.