Wednesday, December 02, 2015

Penjadualan Baru Bas Henti-Henti Bhgn 1/2

Mulai 1hb Disember 2015, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menguatkuasakan penyusunan semula rangkaian bas henti-henti (BNR) di "Greater Kuala Lumpur" dalam usaha meningkatkan lagi mutu perkhidmatan industri pengangkutan awam dan para pengguna.
Usaha terbaru SPAD ini menitikberatkan aspek masa menunggu para pengguna perkhidmatan di waktu puncak (sibuk) terutama di ketika integrasi dengan mod pengangkutan awam yang lain dengan lebih efisien. Dalam masa yang sama, mampu mengurangkan jumlah pengusaha bas dan persaingan yang tidak sihat. 
Semua bas dalam rangkaian yang disusun semula ini juga akan dilengkapi secara berperingkat dengan Unit Onboard (OBU) sebagai peranti pengesanan GPS yang akan dipantau melalui Sistem Hab Pemantauan Prestasi (PMHS) yang diselia oleh Pusat Kawalan SPAD, bagi memastikan kebolehpercayaan dan kecekapan perkhidmatan.  
Nombor laluan dan maklumat jadual bas akan dipaparkan dalam semua bas dan di panel maklumat yang terletak di perhentian bas yang terpilih. Sebanyak 3,000 panel maklumat bas dijadualkan untuk dipaparkan di perhentian bas di sekitar "Greater Kuala Lumpur" pada tahun 2016. Selebihnya, sebanyak 3,700 panel maklumat akan dinaikkan secara berperingkat-peringkat pada tahun 2017.
Menurut kata Pengerusi SPAD; Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar, "Penyusunan semula rangkaian bas ini akan menawarkan 241 laluan dengan 2,000 unit bas bagi menampung rangkaian yang lebih luas untuk 638,000 penumpang setiap hari. BNR juga akan melihat kapasiti bas meningkat di laluan yang mempunyai lebih penumpang dan pengenalan laluan baharu di kawasan yang kurang mempunyai perkhidmatan bas. Di bawah penyusunan semula rangkaian bas ini, jarak keseluruhan perkhidmatan bas akat meningkat kepada 9,202km, daripada  daripada 7,643km sebelum ini. Ini merupakan salah satu perubahan yang paling transformatif dalam rangkaian bas di Greater Kuala Lumpur dalam usaha kami untuk meningkatkan kebolehpercayaan perkhidmatan bas dan membolehkan rakyat untuk menikmati akses pengangkutan awam yang lebih kerap dan lebih luas."  
Penyusunan semula rangkaian bas tersebut melibatkan beberapa rangkaian bas yang telah dibahagikan kepada koridor laluan yang kecil mengikut jalan utama yang menghubungkan "Greater Kuala Lumpur" yang menghubungkan pusat bandar Kuala Lumpur dengan kawasan yang terlibat seperti berikut:-

1- Koridor Ampang , 
2- Koridor Cheras, 
3- Koridor Sg. Besi, 
4- Koridor Lama Klang, 
5- Koridor Lebuhraya Persekutuan,
6- Koridor Damansara, 
7- Koridor Jalan Ipoh, dan 
8- Koridor Jalan Pahang.



Pengusaha bas henti-henti yang terlibat mengikut koridor untuk kemudahan pengangkutan orang ramai adalah seperti berikut:

Sebagai usaha pemakluman dan penerangan, pihak SPAD telahpun mengadakan siri perjumpaan dengan pengguna di semua koridor yang terlibat sejak 23hb November lalu. Pengumuman melalui radio pun telah dibuat agar masyarakat umum turut dimaklumkan agar dapatlah mengelak dari sebarang kekeliruan.


Melihatkan sikap ramai pengguna yang berkemungkinan sukar menerima perubahan, dikongsikan beberapa fakta penting yang memperjelaskan kebaikan demi kepentingan bersama. 
Penyusunan semula rangkaian bas henti-henti di "Greater Kuala Lumpur" memanafaatkan aspek: 
  1. Dibahagikan kepada 8 koridor
  2. Liputan rangkaian bas yang lebih luas 
  3. Laluan baru diperkenalkan



BNR dijangkan memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk anda melalui:
  • Kekerapan bas ditingkatkan sebanyak 75%
  • Masa menunggu serta tempoh perjalanan yang lebih pendek 
  • Pemantauan prestasi bestari (OBU dan PMHS)






Kadar tambang bas kekal di tahap maksimum seperti yang diluluskan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan pada tahun 2009 seperti dalam jadual di bawah:

Sebagai nasihat dan ulangan pemberitahuan, maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai penyusunan semula rangkaian bas, para pengguna atau masyarakat bolehlah menghubungi talian SPAD di 1-800-88-7723 atau ke laman sesawang SPAD di http://www.spad.gov.my/ms/bnr

Untuk mengenalpasti 8 Koridor BNR yang dimaksudkan, boleh ikuti penulisan yang seterusnya di http://darikacamatarakyat.blogspot.my/2015/12/penjadualan-baru-bas-henti-henti-bhgn-22.html

No comments:

Post a Comment