Saturday, February 20, 2016

Bilik Sensori Penyambung Bakti McDonald's

Di dalam siri sebelum ini, didedahkan pelbagai penglibatan McDonald's Malaysia yang aktif melalui Rumah Kebajikan Ronald McDonald atau dikenali sebagai Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) sejak tahun 1999. 

Betapa semua ini sungguh berkait-rapat dan menyentuh pancaindera juga anggota yang dikurniakan Allah SWT ke atas makhluk ciptaanNya. Penuh dengan Hikmah dan keinsafan. 

Sesungguhnya amalan bersedekah dan berkebajikan adalah satu amalan yang mulia dan dituntut sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud, 

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan,” Al Quran Surah 5, al-Maidah; 2

Di dalam satu ayat yang lain, Allah SWT turut berfirman yang bermaksud, 

“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita,” Al Quran Surah 2, al-Baqarah; 274

RMHC Malaysia begitu peka dan prihatin dengan keperluan dan kaitan perkembangan mental yang perlahan di golongan kanak-kanak. Maka usaha ke arah menyediakan Bilik Sensori Ronald McDonald (RMSR) telah dibina dan dilengkapi pelbagai peralatan bantuan dan sokongan yang didatangkan dari United Kingdom, yang mampu merangsang deria; Penglihatan, Pendengaran, Sentuhan, Bau dan Rasa di dalam persekelilingan yang mesra dan terapi yang membantu pembangunan mental.

Sejak terbina Bilik Sensori yang pertama pada tahun 1999, sejumlah RM1.6 juta telah disalurkan bagi tujuan ini. Kos tidak kurang dari RM90,000 diperlukan bagi menyediakan Bilik Sensori yang lengkap untuk pelajar-pelajar yang memerlukan.

Lebih daripada 5,000 orang pelajar telah mendapat manafaat dari usaha bakti yang disumbangkan RMHC, di mana dalam rangka jangka panjangnya, sebuah Bilik Sensori Ronal McDonald dibina di setiap negeri di seluruh negara.

Terkini sebanyak 21 buah Bilik Sensori Ronald McDonald di seluruh Malaysia (Selangor, Teluk Intan, Sibu, Kuala Lumpur, Kota Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu, Bukit Mertajam, Kota Kinabalu, Melaka, Ipoh, Kuching, Kulim, Tawau, Johor Bharu). 

Untuk senarai lokasi Bilik Sensori Ronald McDonald dan no. Telepon, sila layari http://rmhc.org.my/causes/rmhc-sensory-room/

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan Ia pula memeteraikan atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?" Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, mereka tetap juga berpaling - ingkar."  
Al Quran Surah 6, al-An’am:46

Sama-samalah kita mengamalkan sikap menderma kepada yang memerlukan. Dan janganlah melihat semuanya dicernakan McDonald's sebagai satu keburukan akibat dimainkan dakwaan semata.  

No comments:

Post a Comment