Tuesday, February 23, 2016

McDonald's dan Biasiswa Pendidikan; Terbaik!

Kepentingan pendidikan kepada pembangunan sesebuah negara dapat dilihat dengan peruntukan perbelanjaan negara yang besar pada setiap tahun untuk tujuan membangunkan sistem pendidikan yang diperlukan oleh masyarakat. 

Tindakan ini dianggap sebagai satu pelaburan yang besar untuk menjamin kemajuan yang berterusan dan bagi membangunkan modal insan ‘minda kelas pertama' pada masa akan datang.

Maka tidak hairanlah sebahagian melebihi 20% bajet diperuntukkan kepada pendidikan dan pembelajaran di dalam menyiapsiagakan modal insan menuju negara maju.
Dalam usaha ke arah itu, antara syarikat-syarikat swasta, McDonald's Malaysia telah memainkan peranan yang penting mencapai hasrat negara di samping menyempurnakan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.

Biasiswa Rumah Amal Ronald McDonald atau yang dikenali sebagai Ronald McDonald House Charities Scholarship telah dilancarkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 1997.

Purata seramat 6 orang pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah di setiap negeri yang berkeputusan cemerlang layak beroleh biasiswa tersebut. Bantuan biasiswa itu melibatkan sokongan kewangan berupa elaun bulanan untuk makan di sekolah di samping wang tambahan setiap bulan untuk pengangkutan, pakaian seragam dan yuran persekolahan.

Di samping itu, pelajar yang mendapat semua "A" di dalam peperiksaan PMR (sekarang PT3) dan SPM, baucar bernilai RM200 atau RM100 diberikan kepada pelajar untuk meraikan kecemerlangan keputusan mereka bersama ahli keluarga atau bersama teman belajar.

Sebanyak RM500 ribu dibelanjakan pada setiap tahun yang berjumlah lebih daripada RM2.6 juta kepada lebih daripada 500 orang pelajar memanafaatkan biasiswa ini. 

Demikianlah antara sumbangan kebajikan McDonald's Malaysia yang dilaksanakan melalui rumah amalnya; Ronald McDonald House Charities. Untuk singkapan semula program kebajikan yang dilakukan RMHC Malaysia, bolehlah layari di :



No comments:

Post a Comment