Wednesday, February 17, 2016

Sumbangkan Derma di McDonald's

Di sebalik senyuman ada kisah yang tersembunyi. Begitulah apabila salah sebuah restoran makanan segera terbesar di Malaysia; McDonald's Malaysia yang mensasarkan 500 restoran menjelang tahun 2020, termasuklah 50% daripadanya di francaiskan kepada usahawan tempatan memulakan operasinya di Malaysia sejak tahun 1982. 
Restoren pertamanya dibuka di persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang oleh seorang usahawan ternama; Tan Sri Vincent Tan di bawah franchais Golden Arches Group of Restaurant ketika itu. 

McDonald's Corporation pun masih dibayangi pelbagai serangan walaupun telah berada di dalam industri makanan segera sejak tahun 1955. Sebagai sebuah organisasi berasaskan pemakanan, pelbagai tuduhan dilemparkan, tidak terkecualilah di McDonald's Malaysia. 

Namun demikian, McDonald's Malaysia tidak leka dan terpengaruh dengan agenda anti globalisasi dan perlabelan negatif. Hubungan baik terus dijalinkan di antara pihak McDonald's apalagi dengan masyarakat sekeliling melalui program kebajikannya. 
Ronald McDonald bukan hanya menggambar seorang bercirikan Badut dengan kasut yang melebihi saiz berpakaian kuning serta satu senyuman yang mampu menggirangkan pengunjung yang kecil? Ia adalah satu personafikasi sikap prihatin dan tanggungjawab sosial yang ditubuhkan melalui organisasi/pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan. 

Rumah Kebajikan Ronald McDonald (Ronald McDonald House Charities Malaysia); RMCH, mempunyai satu misi yang jelas bagi mendokong dan menyokong program berwadahkan kepada Kesihatan, Pelajaran dan Kebajikan dalam meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak di Malaysia. 

Antara program unik yang dijalankan oleh RMHC adalah Rumah Ronald McDonald, Program Biasiswa Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald dan Ronald McDonald Gift of Smile. Bagaimanapun, kita akan perincikan kegiatan dan sumbangan murni yang telah diilhamkan demi pengetahuan bersama.
RMH-PPUKM adalah satu kerja amal yang ditubuhkan dengan kerjasama Ronald McDonald House dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1999. Ia merupakan satu usaha yang pertama dilaksanakan di rantau ASEAN dengan kemudahan sebanyak 19 buah katil tidur yang lengkap. 

Rumah tersebut merupakan rumah persinggahan bagi kemudahan pesakit pediatrik (kanak-kanak) dan ahli keluarga yang hadir menemani sepanjang tempoh perubatan di PPUKM. Rumah ini terbina di dalam perkarangan yang diseliatadbir dan dipunyai PPUKM dan diuruskan oleh Puan Idayu Mukti.
Seramai lebih daripada 600 ahli keluarga telah mendapatkan rawatan di PPUKM malah di hospital kerajaan di sekitar Lembah Kelang mendapat manafaat kemudahan yang disediakan RMH-PPUKM. Tambahan pula konsep ini telah membolehkan ahli keluarga saling dan dengan keluarga yang lain memberi sokongan di antara mereka.

Melihatkan gambaran yang lebih meluas, perbelanjaan dan peruntukan sebanyak lebih RM4.5 juta ke atas program ini sejak tahun 1999 telah menjangkaui lebih dari menghulur sumbang bakti yang pastinya, buat rakyat Malaysia yang dikenali dengan sifat penyayang.
Dalam masa yang sama, RMH-PPUKM telahpun menjalankan penggubahsuaian pada lewat tahun 2014 dan melihatkan ke hadapan dengan penuh harapan dan ransangan lebih banyak lagi RMH yang serupanya dibina di hospital-hospital Kerajaan yang lain.

Sumbangan ANDA setiap kali kunjungan di restoran McDonald's pastinya satu usaha mengukir senyuman kepada kanak-kanak yang memerlukan. Terima kasih dari kami. 

Siri seterusnya akan kongsikan program RMH yang lainnya.

No comments:

Post a Comment