Tuesday, August 23, 2016

PTPTN dan Dilema

Keputusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (singkatannya PTPTN) memang telah dijangka memandangkan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi negara kepada siswa dan siswi bagi melanjutkan pelajaran di institusi pengajian awam dan swasta mencecah tahap membimbangkan.

Pendekatan terkini PTPTN; mengurangkan kadar pinjaman kepada kelulusan sebanyak 95% kos pengajian pelajaran institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan 85% kepada penuntut pengajian tinggi swasta kepada penuntut baru.

Sejak dilancarkan pada tahun 1997 (berkuatkuasa pada 1hb Julai 1997 dan beroperasi pada 1hb November tahun yang sama), Menurut satu kenyataan oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah pinjaman PTPTN keseluruhannya berjumlah RM53.66 bilion pinjaman pokok yang diterima oleh 2.37 juta orang pelajar sehingga tamat tempoh pembelajaran.

PTPTN terpaksa mengurangkan kadar pinjaman kepada penuntut baharu berpunca daripada trend bayaran balik yang masih rendah di kalangan peminjam sedia ada. Dilapurkan sehingga Disember 2015, kutipan sebanyak RM8 bilion berjaya dibuat berbanding sasaran RM15 bilion daripada RM26 bilion pinjaman yang diluluskan.

Pada Oktober 2015, sejumlah 607,842 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) didapati gagal membuat sebarang bayaran balik pinjaman tersebut.melibatkan pinjaman kira-kira RM4.9 bilion. PTPTN akan berdepan dengan kekurangan dana bagi meneruskan peranan asalnya kepada masyarakat mahasiswa, lebih-lebih lagi masalah pembayaran balik jika keadaan sebegini berterusan.

Langkah-langkah perlu yang diambil PTPTN seperti menyenaraikan peminjam di dalam Sistem Maklumat Kredit Pusat (CCRIS) bermula bulan Jun 2015 adalah bertujuan mendisiplinkan peminjam agar bersikap bertanggungjawab.

Harus diingatkan pinjaman yang diberikan hari ini merupakan tanggungjawab peminjam untuk melangsaikannya. Jangan hingga mudaratkan peluang bakal mahasiswa lain yang amat memerlukan dalam negara memerlukan modal insan bagi memajukan ekonomi.

No comments:

Post a Comment