Wednesday, August 24, 2016

Tabung Darah

Kenapa menderma darah? Bekalan darah yang mencukupi diperlukan  setiap hari bagi kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit Leukaemia, kanser, masalah jantung, hati dan haemophilia.

Menurut satu sumber, dengan pembesaran perkhidmatan bilik pembedahan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang sahaja memerlukan tidak kurang 50 orang penderma dewasa (450 ml setiap penderma) sehari bagi menampung keperluan darah dari penderma.

Statistik menunjukkan hanya 1% bilangan rakyat Malaysia yang menjadi penderma darah. Walaupun keperluan darah untuk menyelamat nyawa, beberapa kriteria penderma darah telah ditetapkan:
. Berumur 18-60 tahun
. Berat badan > 45 kg
. Tidur yang cukup; minima 5 jam
. Tidak minum minuman alkohol 24 jam sebelum menderma
. Tidak mengandung/tidak datang haid/menyusu bayi
. Tidak mengamalkan gaya hidup berisiko tinggi (seks rambang, menagih dadah secara diberikan)
. Bebas dari sebarang penyakit kronik
. Warganegara Malaysia/menetap > 1 tahun di Malaysia

Sekira Anda mengalami keadaan berikut, TANGGUHkan niat menderma darah, sementara waktu:
. Demam
. Berat badan kurang dari 45kg
. Mengambil ubatan antibiotik
. Tidur kurang dari 5 jam
. Menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan sebelum menderma darah
. Telah mendapat rawatan pergigian dalam tempoh 24jam sebelum menderma darah
. Mendapat vaksinasi dalam tempoh 3 minggu sebelum menderma darah
. Menindik telinga, tattoo, berbekam atau acupuncture dalam masa 1 tahun sebelum menderma darah

Bagi mereka yang menghidapi penyakit dinyatakan dibawah dikecualikan menderma darah:
. Penyakit Darah Tinggi
. Penyakit Diabetes
. Penyakit Jantung
. Penyakit Sawan
. Penyakit Asthma
. Penyakit Tibi
. Atau Penyakit berjangkit (seperti syphilis, Hepatitis, HiV)

Mereka yang terlibat walau sekali aktiviti ini, turut dilarang dari menderma darah:
. Bertukar pasangan seks atau mengamalkan aktiviti seks rambang
. Melanggani pekerja seks/pelacur
. Hubungan sejenis (homoseksual)
. Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
.Menyalahguna dadah melalui suntikan.

Kerjasama dan sikap prihatin kebajikan kepada mereka yang memerlukan, sumbangan Anda menderma darah amatlah dihargai.

Kunjungilah Tabung Darah berdekatan dan mula menderma.
Setitis Darah.....sejuta HARAPAN!

No comments:

Post a Comment