Tuesday, October 04, 2016

Ada Udang Di Sebalik Batu?

Bayangkan anda seorang pegawai agensi Kerajaan pusat, premis digunakan luar dari khidmat biasa tetapi terpaksa menanggung tunggakan bil letrik mencecah RM2329.85, kemudiannya dijadikan antara tujuh (7) "alasan" Tadika KEMAS tidak disambung khidmat kepada masyarakat setempat...
Begitulah situasi yang dihadapi, Tabika KEMAS di premis Surau Al-Kautsar, Pangsapuri Serina Bay, Pulau Pinang setelah sekian lama, membuka pintu kepada pendidikan awal anak-anak Khariah setempat dan berdekatan dalam masa yang terhad dan demi alasan kekangan tempat dimangsakan. 

Bertitik tolak Jawatankuasa Surau Al-Kautsar, sesi tahun 2016 hingga 2019 yang baru dilantik, kesempitan ruang untuk aktiviti dan sumber kewangan telah menggenakan sewaan RM2,000 sebulan ke atas KEMAS yang menyediakan khidmat pendidikan awal kepada lebih kurang 30 orang pelajar yang dikenakan RM25.00 sebulan kepada waris mereka. 
Walaupun tidak berpadanan kegunaan Tabika dan kutipan serta kepenggunaan diluar masanya, jumlah tersebut dinafikan dilewatkan bayaran TNB oleh pihak KEMAS dan telah dijelaskan sepenuhnya. Pihak pengurusan Surau kemudian beralih mendakwa, keputusan mereka mendapat sokongan penduduk untuk menutup khidmat Tabika KEMAS, sedangkan dalam bancian lebih dari 75% bersetuju Tabika itu diteruskan! 
Perbincangan yang melibatkan waris Tabika, pegawai KEMAS dan Jawatankuasa Surau Al-Kautsar sejak 27 Januari 2016 berakhir dengan kata putus menutup tabika tersebut berkuatkuasa 25 Nov 2016, dengan akujanji mencari tapak baru untuk tabika, namun tidak disempurnakan sehingga ini sepertimana dalam persuratan. 

Pastinya, sikap berdiam diri dan berdolak dalik pengurusan Surau Al-Kautsar sangat membimbangkan. Apa yang dapat dilihat adalah ini antara satu pendekatan bersifatkan politik dengan peluang anak-anak Khariah mendekati Islam dan pelajaran dijadikan bahan pertaruhan. Malahan bantahan dari waris-waris Tabika bagaikan tidak ambil enteng akan keperluan dan kebajikan mereka. 

Pendidikan awal adalah satu tuntutan menurut Agama ke atas umat Islam; Fardhu Kifayah. Lebih malang lagi, bagi jiwa-jiwa kerdil yang baru meniti kehidupan, usaha mendekatkan Agama perlu dilihat di dalam skop yang lebih besar, bukannya dengan membenihkan kebencian ke rumah Allah. 
Mutakhir ini, dek kefahaman politik berpuak-puak, segala usaha penyatuan dan santunan hidup diletak di bawah kanta pembesar; memilih dan mengasingkan andai tidak sehaluan. Semoga ada “jiwa-jiwa besar” dapat campurtangan dan menyelesaikan kemelut demi Tauhid kepada Allah Subha nahu wa ta’ala.

No comments:

Post a Comment