Sunday, January 27, 2019
Sifat Munafiq Yang Mesti Dijauhi Umat Islam
الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ
وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّـهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ
الْفَاسِقُونَ﴿٦٧﴾
Monday, May 29, 2017
The Star (Malaysia) Bermain Api Agama
Pepatah Inggeris, "The pen is mightier than the sword" kini lumrah topeng kepada sebilangan rakyat Malaysia meneruskan tindakan penghinaan dan memperbodohkan Melayu dan Islam di dalam kehidupan masyarakat majmuk.
Kebebasan bersuara ditafsirkan dalam pemberitaan bercetak atau secara elektronik, sebagai satu pembuktian dunia akan terma fahaman manusia yang liberal, sinis dan prejudis terhadap Islam dan khususnya, Melayu di Malaysia, tanpa keganasan fizikal.
The Star (Malaysia) telah sekian lama melukakan perasaan umat Islam di Malaysia. Bukan sekali, malah pernah digantung lesen di dalam Ops Lalang tahun 1987 oleh Kementerian Dalam Negeri, namun syarikat percetakan itu masih tegar hipokrasinya dan berlindung di belakang kuasa politik.
Diulit kembali bahan berita yang dicetak, The Star (Malaysia) pada Ogos 2011, menyiarkan juadah babi panggang sebagai salah satu hidangan di dalam sisipan juadah Ramadhan The Star. Dek kecaman dan kemarahan orangramai terutama umat Islam, dimuatkan permohonan maaf dari sidang redaksi syarikat.
Pada tahun Februari 2012, The Star (Malaysia) ghairah mempromosikan persembahan artis luar negara; Erykah Badu menggayakan tubuh separuh bogelnya penuh bertatu "Kalimah ALLAH" berkesudahan dengan artis itu dilarang dari meneruskan persembahannya dan permohonan maaf dari The Star (Malaysia).
Pada Disember 2016, The Star (Malaysia) sekali lagi memohon maaf apabila meletakkan gelaran Almarhum kepada Sultan Ismail Petra, ayahanda kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sekarang.
Terkini, pada 27 Mei 2017, The Star (Malaysia) telah memuatkan foto umat Islam membuatkan Solat Terawih dengan caption berita "Malaysian Terrorist Leader".
Dan setelah menerima kecaman dari masyarakat pembaca dan umat Islam dan percetakan itu menjadi tular, seperti sediakala The Star (Malaysia) tanpa segan dan silu memohon maaf.
Wajar dan patut, masyarakat pembaca terutama umat Islam dan bangsa Melayu untuk bersabar...sedang kaum Cauvinis dan Hipokrit terus berlaku biadap dalam kotak rasional mereka!
Kenapa Melayu dan Islam terus-terusan menjadi dan dibiarkan bahan belasahan agen-agen Musang berbulu ayam?
Siapakah pemilik saham syarikat percetakan ini? Siapakah penjenayah (terrorist) sebenar?
Ternyata hukuman yang pernah dijatuhkan ke atas syarikat itu tidak memadai dan mencukupi, melainkan ditarik lesen percetakan/penerbitan dan pemegang saham didenda semaksimanya!
Wednesday, December 28, 2016
KERUNTUHAN UMAT, JIKA TIDAK DIBENDUNG
Perbezaan pemikiran dan pendapat yang dipengaruhi emosi dan nafsu tanpa pimpinan menyebabkan manusia hidup dalam keadaan berpuak-puak dan berpecah-belah.
Dewasa ini, percakaran antara Melayu dengan Melayu. Islam sesama Islam semakin berlarutan umpama tanpa kesudahan.
Golongan cerdik Agama pun ada yang pantas menegur secara terbuka di dada akhbar, menjemput aib dan fitnah berpanjangan.
Sedangkan mereka wajar menganjurkan kesepaduan dan kefahaman yang jelas Amar Maaruf Nahi Mungkar di antara mereka yang berbalah mengikut Al-Quran dan As Sunnah.
Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:
وَإِن طَآٮِٕفَتَانِ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱقۡتَتَلُواْ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَہُمَاۖ فَإِنۢ بَغَتۡ إِحۡدَٮٰهُمَا عَلَى ٱلۡأُخۡرَىٰ فَقَـٰتِلُواْ ٱلَّتِى تَبۡغِى حَتَّىٰ تَفِىٓءَ إِلَىٰٓ أَمۡرِ ٱللَّهِۚ فَإِن فَآءَتۡ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَہُمَا بِٱلۡعَدۡلِ وَأَقۡسِطُوٓاْۖ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ
Mafhumnya:
"Dan apabila ada dua golongan orang mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim itu, sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlakulah adil. Sesungguhnya, Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil." ~ Al-Quran, Surah 49 Al-Hujurat: ayat 9.
Diriwayatkan dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W. pernah menjelaskan keutamaan mengurus perpecahan serta bahayanya jika dibiarkan sesuatu perpecahan dan pertelagahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Adakah kamu mahu aku beritahukan suatu perbuatan yang lebih utama daripada keutamaan puasa, sembahyang dan sedekah?
Mereka (sahabat) menjawab: Ya!
Maka Rasulullah SAW bersabda: Iaitu mendamaikan persengketaan yang sedang berlaku. Rosaknya hubungan persaudaraan kerana perpecahan seperti mencukur. Aku tidak bermaksud mencukur rambut, tetapi mencukur yang bermaksud merosakkan agama.” ~ Riwayat al-Tirmidzi dan Abu Dawud.
Oleh sebab itu, amat penting perpecahan di kalangan yang berbalah ditangani. Rumit? Namun ia mesti diusahakan untuk kembali tenang dan aman mentadbir jemaah dan masyarakat amnya.
Monday, December 26, 2016
Sebarkanlah Salam Kasih Sayang
“Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.” ~ Al Quran, 51 Surah Adz-Dzariyaat; ayat 56
Dan Allah S.W.T. menyindir kita dengan pertanyaan,
“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” ~ Al Quran, 23 Surah Al Mukminun; ayat 115
Wednesday, December 21, 2016
Information: Influences and Incrimination
Thursday, December 15, 2016
Lose The Battle But Win The War?
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
“O you who have believed, be persistently standing firm for Allah, witnesses in justice, and do not let the hatred of a people prevent you from being just. Be just; that is nearer to righteousness. And fear Allah; indeed, Allah is Acquainted with what you do.”
- Al-Quran; Sura Al-Maidah, verse 8
Tuesday, December 13, 2016
A Sign To Heed
Tuesday, October 04, 2016
Ada Udang Di Sebalik Batu?
Wednesday, December 02, 2015
Sumbangan BN Di Pulau Pinang, DAP Pula DiPuji
Satu sifat yang digunapakai Pembangkang dan mudah terkesima dan terpukau rakyat dibuatnya. Segala ramuan membuat sebiji kek disediakan Barisan Nasional (BN). Pembangkang terutama DAP hanya menyudahkannya dengan meletakkan 'icing' di atas kek dan mengaku sebagai hasil tangannya.
HAKIKATnya, yang mesti diketahui, setiap agihan yang dibuatkana adalah dari agihan daripada Kerajaan Pusat yang ditunjangi BN untuk melancarakan dan memudahkan urusan agama Islam di seluruh negara.
Keadaan di mana bila "BN beri DUIT; akan dimaki. DAP mengaihkan DUIT pula yang dipuji."
Kerajaan Pusat menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyediakan peruntukan sebanyak RM488,739,273 bagi aktiviti memakmurkan masjid dan pendidikan Islam di seluruh negara untuk sepanjang tahun ini (2015).
Penulis ingin bertanyakan kepada pembaca, tahukah berapa jumlah Surau atau Masjid yang telah dibangun atau diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak DAP menerajui negeri dari tahun 2008 sehingga kini?.....SATU.
Berapa banyak Surau dan Masjid yang telah dibangunkan atau diperbaiki oleh Kerajaan Pusat melalui agensinya dari Merdeka sehingga hari ini (walau Kerajaan Negeri ditadbir Pembangkang)?....terlalu banyak!!!
Tuesday, June 30, 2015
Sunnah Rasullulah Satu Kemestian

Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani RA, Rasulullah SAW bersabda,
“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun,”
Hadis Riwayat Ibnu Majah: 209
Wahai Saudaraku sekalian, marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT, sebenar-benar taqwa dengan penuh harapan Allah SWT memberkati dan merahmati serta melimpahkan petunjuk dan hidayahNya ke atas kita, makhluk ciptaanNya, bukanlah sekadar bila di dalam bulan Ramadhan al Mubarak, tetapi amalan sepanjang tahun, sepanjang hari.
Allah telah berberfirman dalam al-Quran:
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."
Al Quran Surah 4, An Nisa' ayat 59
Menurut Ibnu Abbas mengatakan, bahwa ayat ini diturunkan sehubungan dengan Abdullah bin Hudzafah bin Qais, ketika ia diutus Rasulullah untuk memimpin suatu pasukan perang. (HR. Bukhari)
Dari ayat tersebut pelajaran yang dapat kita petik yaitu :
1. Taat kepada Rasul dan Ulil Amri dalam ayat ini bersifat mutlak, selama Ulil Amri tidak memerintahkan kepada yang dilarang oleh Allah SWT.
2. Rasul memiliki dua kedudukan. Pertama, menjelaskan hukum-hukum Tuhan dan menunaikan risalahNya. Kedua, mengelola urusan masyarakat dan menjelaskan peraturan-peraturan pemerintahan berdasarkan keperluan.
3. Jalan yang terbaik menyelesaikan perselisihan mazhab Islam adalah merujuk kepada al-Quran dan Sunnah Rasul yang diterima oleh semua orang.
4. Masyarakat haruslah menerima pemerintahan Islam dan mendukung para pimpinan yang adil.
Di dalam kehidupan yang serba pantas dan moden melalui pelbagai pentas media kita perhatikan kecenderungan akhlak sesetengah golongan baik orang tempatan mahupun orang asing dengan penyokong mahupun peminatnya, gelagat mereka yang sebahagiannya terdorong meniru gaya hidup malah citarasa kebaratan hingga menjadi satu obsesi yang menjuruskan kebanyakan umat Islam melupai kepada Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW.
Bersyukurlah, kita diberi penghormatan sebagai umat Nabi Muhammad SAW, nabi terakhir dan paling istimewa berbanding Nabi-nabi lain. Allah SWT memerintahkan agar kita mencintai Nabi kita sebagaimana yang diperintahkan di dalam surahNya:
yang bermaksud,
"Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya yang lain - menurut (hukum) Kitab Allah - daripada orang-orang yang beriman dan orang-orang Muhajirin (yang bukan kerabatnya), kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu. Hukum yang demikian itu adalah tertulis dalam Kitab Allah."
Al Quran Surah 33, Al-Ahzab ayat 6
Ayat ini memjelaskan kepada kita bahawa Nabi Muhammad SAW harus dihormati, disayangi dan diteladani ajarannya lebih dari diri sendiri dan keperluannya.
Imam Muslim meriwayatkan Nabi Muhammad bersabda:
"Iman seorang umat Islam tidak lengkap sehingga dia mencintai Aku lebih daripada dirinya, hartanya, anak-anaknya dan umat manusia seluruhnya. "
Nabi Muhammad SAW telah dipilih oleh Allah swt untuk membawa keamanan kepada dunia. Sejarah telah membuktikan bahawa kehidupan manusia begitu huru-hara dan dipenuhi dengan kekejaman sebelum Nabi Muhammad saw diturunkan.
Keamanan, kesejahteraan dan keharmonian di kalangan masyarakat dikembalikan dengan kehadiran Rasullullah SAW. Ukhwah mulai terbentuk, golongan wanita dimartabatkan dan mereka yang lemah dilindungi. Nabi Muhammad SAW berjaya memupuk adab dan gaya hidup yang ideal buat manusia melalui agama Islam. Gaya hidup yang berteraskan syariat Islam sepatutnya menjadi contoh kami. Ini adalah selaras dengan perintah Allah SWT;
yang bermaksud,
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."
Al Quran Surah 33, Al-Ahzaab ayat 21
Rasulullah SAW adalah model terbaik kita, pembawa utusan Agama Islam yang wajib pada
akhlak dan tingkahlaku yang baik kerana ia adalah ukuran seseorang yang kuat dan teguh keImanan. Iman seseorang Iman adalah yang terbaik apabila mereka memupuk tingkah laku dan adab yang baik. Sebaliknya, apabila seseorang mengamalkan rasuah, tingkah laku dan perbuatan tidak bermoral, ia menunjukkan ia masih jahil dan lemah Iman.
Rasulullah saw bersabda, "Ibadah paling berat dari segala perbuatan yang ditimbangkan pada hari Qiamat adalah penyerahan diri kepada Allah (Taqwa) dan tingkah laku yang baik. "
Di antara sifat tertinggi dan penuh mulia, Rasulullah SAW yang kita boleh ikuti ialah:
• Pertama; berpegang teguh dalam menegakkan kebenaran. Ini menunjukkan kekuatan Iman. Nabi Muhammad SAW adalah orang yang gigih dan tidak pernah mengalah kepada tawaran musuh.
• Kedua; komitmen dan kesinambungan Nabi Muhammad SAW mengerjakan ibadahnya. Kaki Baginda Rasullullah pernah terluka hasil berdiri untuk jangka masa yang panjang mengerjakan ibadahnya.
Mughirah bin Syu'bah r.a melaporkan Rasulullah SAW pernah membaca doa yang panjang sehingga kaki Baginda membengkak.
Para sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah SAW: "Kamu menjalani ibadah dengan penuh kesukaran, sedang Allah telah ampunkan masa lalu, dosa-dosa masa lalu dan masa depan."
Rasulullah SAW membalas: "Mestikah Aku menjadi hamba yang tidak bersyukur?"
• Ketiga; sikap Rasullullah yang sempurna lagi mulia tingkahnya seperti firman Allah SWT:
"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia."
Al Quran Surah 68, Al-Qalam ayat 4
• Salah satu daripada sifat-sifat baginda yang mulia adalah ciri kecintaan, kemesraan dan tidak bermusuh dalam bermasyarakat.
• Ramai yang mendakwa mencintai Rasullullah dan patuh pada Sunnahnya, namun mereka tidak mengamal ajaran Islam dengan betul.
Para Sahabat sanggup mengorbankan kehidupan mereka, kehilangan harta benda, anak-anak dan ibu bapa untuk demi buktikan cinta mereka kepada Rasulullah dan Sunnahnya.
Imam al-Tirmizi melaporkan bahawa Abdullah bin Mughaffal berkata:
"Ada seorang yang bertemu Rasulullah dan berkata: Ya Rasulullah, demi Allah, saya benar-benar suka kamu." Rasulullah SAW menjawab: "Perhatikan apa yang kamu katakan."
Orang itu berkata lagi: "Demi Allah, saya benar-benar mencintai anda, Ya Rasulullah." Beliau mengulangi kata-katanya sebanyak 3 kali.
Kemudian Rasulullah saw berkata: "Jika kamu benar-benar mencintai Aku, bersedia untuk menahan kemiskinan, kepayahan dan bersedia untuk meneguhkan Iman kamu kerana kamu akan menghadapi kesusahan dan kemiskinan akan datang lebih cepat kepada orang-orang yang mencintai Aku daripada banjir menuruni gaung yang curam."
Marilah kita sama-sama kita meningkatkan keImanan, Ibadah dan tingkah laku seperti Rasulullah SAW dan mudah-mudahan, Umat Islam akan sentiasa dihormati dan diberkati Allah SWT di Dunia dan di Akhirat sepertimana firman Allah SWT di dalam;
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Al Quran Surat 3, Ali-Imran ayat 31