Friday, October 14, 2016

Saman Parkir MPSP

Bermula 1 Januari 2016, MPSP telah kenakan caj parkir yang melonjak di antara kadar 50% hingga 122% pada tempoh jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam dari hari Isnin hingga hari Sabtu kecuali hari Ahad dan cuti umum.

Manakala MPPP pula menggenakan caj parkir bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam pada setiap hari. 

Dalam masa yang sama, pihak perbandaran tidak pula perihatin menyediakan tempat letak kenderaan yang mencukupi bersesuaian dengan pertambahan jumlah kenderaan di dalam negeri apatah lagi ketika musim cuti sekolah dan cuti umum. 
 Maka berlakulah ruang untuk menggelak dari disaman dan unsur-unsur tidak sihat yang bertitik tolak dari kutipan meletak kenderaan itu. 

Kelmarin satu notis saman kenderaan lain oleh MPSP telah diletakkan di kereta seperti yang disertakan fotonya dengan tujuan menggelak dari disaman di deretan pejabat bersebelahan pusat Futsal Sunway, Pusat Bandar Sunway, Seberang Jaya. 
Menyedari keadaan tersebut, pemandu kereta yang disaman berjaya mendesak dua pengguatkuasa MPSP yang bertugas mengenai salahlaku untuk turut disaman. Malangnya kedua-dua pengguatkuasa berlengah untuk bertindak dan kemudian memberi alasan mereka kehabisan notis saman dengan selambanya. 

Nampak…??? Taktik paling ‘hip’ dan sikap acuh tidak acuh pengguatkuasaan yang dilaung dan dibanggakan pentadbiran Competency, Accountability and Transparency Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan DAP.

No comments:

Post a Comment