Sunday, December 18, 2016

BNM: NOTIS & PEMBERITAHUAN

Penghijrahan kepada kad pembayaran berasaskan PIN untuk transaksi pembayaran yang lebih selamat

Tarikh Siaran: 17 Disember 2016


Bank Negara Malaysia (BNM) ingin merujuk dan menjelaskan bahawa laporan media dan paparan melalui media sosial dewasa ini, yang menyebut pemegang kad ATM dan kad debit tidak dapat digunakan sekiranya mereka gagal melakukan penghijrahan kepada kad yang berasaskan PIN pada tempoh yang ditetapkan, adalah tidak benar. 
BNM turut mengesahkan pemakluman yang dibuat sebelum ini, bahawa orang ramai berpeluang menggantikan kad ATM dan kad debit di bank secara percuma. Bagi pemegang kad yang masih belum menggantikan kad ATM dan kad debit mereka pada tarikh yang dinyatakan oleh bank-bank mereka, masih boleh terus menggunakan kad mereka yang sedia ada di mesin ATM. 

Sehubungan dengan penggunaan kad ATM dan kad debit untuk transaksi pembelian di terminal point-of-sale (POS), pihak bank adalah dikehendaki memberikan tempoh notis yang mencukupi kepada pemegang kad sebelum membatalkan kad sedia ada bagi tujuan transaksi. 

Butiran lanjut mengenai perpindahan kepada kad berasaskan PIN boleh didapati di laman sesawang BNM di http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_announcement&pg=en_announcement&ac=472&lang=bm 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi BNM melalui saluran berikut:

. BNMLINK, Blok D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato 'Onn, 50480 Kuala Lumpur

. BNMTELELINK

. Tel: 1-300-88-5465

. Fax: 03-2174 1515

. Email: bnmtelelink@bnm.gov.my

. SMS: 15888

No comments:

Post a Comment