Saturday, December 31, 2016

KL Terdiam Dengan "Hail Zion!"

Tahun Baru 2017 hanya menanti detik dan tika untuk menjelma dan disambut penduduk dunia setelah 2016 akan melabuhkan tirai dengan pelbagai senarionya.

Seperti di mana-mana kotaraya, sambutan tahun baru merupakan satu acara penuh warna-warni, inikan di Kuala Lumpur dengan masyarakat kotanya berpesta.

Baru seminggu, masyarakat dunia menyokong keputusan Resolusi 2334 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, yang telah dianjurkan 14 buah negara, termasuk Malaysia membantah penempatan haram Israel di Tebing Barat.

Malangnya di Malaysia sendiri, di dalam kemarok untuk berpesta, sebuah pusat hiburan dan amalan golongan Hedonis, jelas tidak sensitif atau peka dengan keadaan semasa, menaikkan poster di media sosial bertajuk, "Hail Zion 2017".

Tindakan penganjur pesta di Zion, Kuala Lumpur, jelas mementingkan sambutan dan meraih keuntungan seakan menggalak dan menyokong kezaliman Zionis di Palestin.

Persoalannya turut dilemparkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana gagal mengesani dan memantau aktiviti dan promosi sebegini dan tidak prihatin terhadap masyarakat Islam dan orang ramai.

No comments:

Post a Comment