Ramai berkata bisnes “network marketing” aka “direct selling” banyak
berlaku penipuan. Tidak kurang yang memandang sepi perniagaan bentuk ini, hanya
sesuai dijalankan mereka yang tiada pekerjaan tetap, suri rumah dan sebagainya…
“Not my cup of Tea”.
Sebelum melangkah jauh, izinkan saya menjelaskan, kaedah / sistem Network
marketing telah memulakan revolusi sejak awal 1950an lagi dan memasuki pasaran
ekonomi / dagangan di Malaysia pada sekitar tahun 1970an… seperti Tupperware, Shaklee,
AMWAY, Mary Kay dan ribuan syarikat di Malaysia terlibat dalam sektor pemakanan
tambahan, kecantikan, barangan rumahtangga, kenderaan dan teknologi.
Kenapa network marketing? Sejajar dengan perkembangan semasa dan
dunia tanpa sempadan, negara-negara industri menyedari, mereka tidak boleh
bergantung kepada pasaran dalaman sahaja tetapi mesti melangkah jauh secara “global”.
Perniagaan yang berkonsepkan “conventional” tidak lagi ampuh dengan saingan,
kos bahan mentah, dasar perniagaan, tenaga kerja mahir / separa mahir atau
buruh kasar dan sebagainya yang mengekang pertumbuhan industri yang diceburi.
Tidak hairanlah, individu seperti Warren Buffet, Donald Trump, Robert Kiyosaki, Les Brown, Bob Proctor dan sebagainya mengalukan perkembangan dan sumbangan network marketing di dalam ekonomi
global.
Network marketing secara langsung mengurangkan kos pengiklanan,
pengangkutan, penyimpanan, kos pemasaran yang selama ini dibebani syarikat
pembuatan / perkhidmatan. Sebagai timbal balik, pihak terbabit telah
mengalakkan fahaman “PROSUMER” yang bermaksud; penglibatan terus Producer (pembuat
/ penyedia perkhidmatan) dan Consumer (pelanggan / pengguna). Fahaman ini secara
langsungnya telah menyahaktifkan khidmat industri orang tengah; dengan barangan
/ perkhidmatan yang lebih bermutu, lebih murah, pantas dan dipercayai.
Revolusi network marketing melibatkan pengedar sah dan syarikat
berintegriti berjaya menjana pendapatan yang lumayan kepada kedua-dua pihak. Malahan
sejak tahun 1970an lagi, syarikat yang melibatkan diri di dalam direct selling masih teguh dan melahirkan ramai individu berpendapatan purata sekurangnya RM3,
800 sebulan. Demografi mereka yang melibatkan diri dengan industri tidak terhad
kepada orang kebanyakan tetapi juga mereka yang berkerjaya dan professional mencari
kelainan; ADA MASA, ADA WANG… satu kenyataan dan maksud MERDEKA yang
sebenarnya. Bukankah itu satu usaha yang gigih seorang pengedar (sambilan /
sepenuh masa)? Tidakkah ANDA mempunyai impian sedemikian?
Industri ini bukanlah seperti yang digambarkan sebagai perkhidmatan “door
to door”, sebaliknya sebuah industri di mana pengedarnya bertemu pelanggan dan
bakal pelanggan yang telah menjalinkan satu kepercayaan. Pada tahun 2011 sahaja,
Malaysia menduduki tangga ke 10 perolehan jualan di dalam industri ”global
direct selling”. Pada tahun 2012, industri ini telah menjana RM10.5
Billion dan dijangka akan mencapai perolehan RM20 Billion menjelang tahun 2020. Pada tahun 2013, industri
Network Marketing and Direct Sales telah mencatat nilaian jualan global sebanyak
USD178 Billion. Sebanyak USD78 Billion (40% dari USD178 Billion) telah dibayar
kepada pengedar melalui komisen.
Hakikatnya pengedar yang melibatkan diri dengan syarikat yang berintegriti
di dalam industri ini, harus sedar bahawa seperti memulakan perniagaan conventional memerlukan MASA. Ramai pengedar tidak mahu melabur masa membina pasukan
pengedar. Ramai yang beranggapan mereka yang berjaya sebenarnya telahpun
berjaya dengan sekelip mata?! Tidak kurang ramai yang telah menjebakkan diri di
dalam Skim Cepat Kaya dan lari dari konsep pelan pemasaran syarikat atau
menjalankan perniagaan “fly by night operators”.
Kegagalan mengusahakan industri ini mahupun di dalam mana-mana bentuk
perniagaan adalah disebabkan mereka:
- Mereka tidak mahu mematuhi “standard” dan sistem yang telah diperakui.
- Mereka tidak punyai kesabaran dan mahukan kejayaan yang segera…ini adalah MUSTAHIL.
- Mereka gagal untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan produk / perkhidmatan bagi membantu proses kejayaan.
- Yang paling nyata dan jelas adalah, mereka gagal untuk berUBAH. Satu keperluan di dalam perniagaan; mempunyai “MINDSET” yang betul dan "positive outlook".
Perhatikan kejayaan syarikat AMWAY yang begitu hebat! Namun begitu
masih ramai yang ingin meraih kejayaan dengan pantas sebaik sahaja mereka
menandatangani borang keahlian dan cuba mencorakkan sistem sendiri. Kenapa? Mereka,
pengedar yang ingin mengambil kesempatan dengan:
- KeENGGANan berkongsi pelan pemasaran yang betul dengan prospek (bakal pelanggan / pengguna).
- KeENGGANan mengguna produk / perkhidmatan pada diri sendiri.
- KeENGGANan berkorban masa dalam perancangan masa depan yang lebih baik.
Di atas keegganan yang dinyatakan, mengakibatkan kegagalan; maka industri
ini disalahkan sebagai satu skim penipuan! Secara keseluruhannya, industri Network marketing dikambing hitamkan oleh golongan yang gagal dan kecewa, apatah lagi mereka yang hanya memerhati dan berandaian dari luar.
ReplyDeleteWebsite paling ternama dan paling terpercaya di Asia
Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif : arena-domino.net
100% Memuaskan ^-^