Sunday, January 27, 2019

Sifat Munafiq Yang Mesti Dijauhi Umat Islam



بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ



Sebagai umat Islam, pengikut ajaran Nabi Muhammad S.A.W., di akhir zaman ini, semakin bercelaru dan menyimpang dari tuntutan Agama, yang telah diwahyukan perintah ALLAH Azza wa jalla. Siapa Yang Maha Pencipta dan Pemberi Rezeki dan siapa makhluknya? Namun, kerana dan asbab menjaga kepentingan diri, ramai yang lalai dan mulai bersikap MUNAFIQ.

Ketahuilah… pembalasan kepada makhluk yang engkar dan kufur akan perintahNya akan dihumban ke Neraka dan mereka yang munafik adalah bahan bakar di Neraka Jahanam.

Umar R. A pernah berkata, “Sesuatu yang paling aku khuatiri di kalangan kalian adalah “Munafiq Alim”. Seraya beliau ditanya, “Bagaimana pula, seorang munafiq memilik sifat alim?’
Jawab Umar R.A, “Apabila berbicara, ia berhikmah sedang ia menzalimi diri (melakukan kemungkaran)”.

Apa itu *MUNAFIQ*? Ramai antara kita mengandaikan sifat munafiq sekadar; Apabila bercakap, dia berdusta. Ketika berjanji, beliau mungkiri.

Tajuk ini telah diutarakan di dalam khutbah Jumaat oleh Khatib sebagai peringatan diri saya dan semoga bermanafaat buat saudara sekalian.

Hakikatnya terdapat 50 sifat / perbuatan yang menjuruskan seseorang sebagai *Munafiq*. Berikut dikongsikan sifat munafiq dan semoga, dijauhkan dari amalan kita ketika bertemu ALLAH S.W.T nanti.

1. Lupa Kepada ALLAH S.W.T.
Orang-oang munafiq sering mengingati sesuatu kecuali ALLAH S.W.T. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingat (zikir) ALLAH S.W.T., kecuali sebagai suatu helah penipuan (tontonan sesame makhluk) sahaja.

2. Mempercepat Solat Agar Segera Selesai
Mereka (orang-orang munafik) adalah mereka yang tergesa-gesa di dalam solatnya tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah S.W.T. di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah S.W.T. dalam solatnya.

Hadith Nabi Muhammad S.A.W.: “Itulah solat orang munafik…lalu mempercepat empat rakaat (solatnya).”

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Pencuri yang paling jahat ialah yang mencuri di dalam solat; tidak menyempurnakan ruku’nya dan sujudnya.” - Hadith Ibnu Abi Syaibah, Al-Tabarani dan Al-Hakim

3. Malas Beribadah Kepada ALLAH S.W.T.
Firman ALLAH S.W.T.: ”Sesungguhnya golongan munafiqin, mereka mahu menipu ALLAH S.W.T. sedang ALLAH yang memperdayakan mereka dan apabila mereka mendirikan solat, mereka dirikan dalam keadaan malas, mereka menunjuk - nunjuk dan tidaklah mereka mengingati ALLAH kecuali sedikit ” - Surah An-Nisa’: 142

Jika orang munafik pergi ke masjid/surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid/surau dia memilih duduk di saf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca Imam dalam solat, apa lagi untuk menyemak dan menghayatinya.

4. Melalaikan Solat Fardu
Firman ALLAH S.W.T.: “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” - Surah Al-Ma’un : ayat 4-5

5 Meninggalkan Solat Jumaat
Sabda Rasulullah S.A.W. ketika berkhutbah di atas mimbar, “Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu ALLAH membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” - Hadith Riwayat Muslim r.a.

6. Meninggalkan Solat Berjemaah
Apabila seseorang itu sihat, kuat, mempunyai waktu terluang dan tidak memiliki uzur syari’i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.

7. Menghina Nabi dan Sahabat Rasullullah S.A.W.
Termasuk dalam kategori Istihzaa’ (berolok-olok) adalah mempersendakan hal-hal yang disunnah Rasulullah S.A.W. dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu jatuh Kafir.

Firman Allah S.W.T.: “…Katakanlah: ‘Apakah dengan ALLAH SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu mengejek-ejek?’ Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman…” - Surah At-Taubah: 65-66

8. Mengubah Dan Menyalahguna Ayat-Ayat ALLAH
Menggunakan dalil dan ayat Al-Quran untuk kepentingan diri semata-mata. Menjadi perosak agama di atas nama agama.

9. Mempersenda Kesucian Agama
Perbuatan mempersenda kesucian ALLAH dan agama Islam adalah suatu yang amat dibenci dan dilarang dalam Islam kerana ianya seolah-olah menentang sesuatu yang diturunkan ALLAH.

10. Bersumpah Dengan Selain Nama ALLAH S.W.T.
Dan dalam hadith Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma; “Sesiapa bersumpah dengan nama selain ALLAH, maka dia telah berbuat syirik.” - Hadith  Riwayat Imam Ahmad

Di dalam hadith lain pula, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, “Sesiapa bersumpah demi amanat, maka dia tidak termasuk golonganku.” - Hadith Riwayat Abu Daud

11. Sombong Diantara Sesama Manusia
Orang-orang munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan ungkapan menakjubkan agar nampak seperti orang mulia, hebat, berwawasan luas, mengerti, berakal, dan berpendidikan. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya.

12. Riak
Berbuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu kerana selain daripada ALLAH S.W.T. dikategorikan sebagai riak. Apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia nampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan melanggar hal-hal yang diharamkan ALLAH S.W.T.

13. Melampaui Batas Yang Telah Digariskan Oleh ALLAH
Perbuatan yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana diamali kaum Yahudi dan Nasrani.

14. Suka Berbantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
Sabda Rasulullah S.A.W.: “Dan apabila bertengkar (berbantah), dia melampau.”  

15. Fitnah
Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramai supaya mereka membenci atau memusuhinya. Membuat laporan tanpa fakta dan usul periksa serta mengada-adakan cerita. Ia juga tergolong dalam sifat-sifat munafik dan dosa-dosa besar.

16. Mencaci Maki
Tidak berhikmah di dalam berkata-kata dan dalam menyampaikan dakwah. Menggunakan kata-kata kesat terhadap orang lain terutama yang tidak bersependapat dengannya.

Firman ALLAH S.W.T.: “…mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan…” - Surah Al-Ahzab: 19

17. Mengumpat
Berkata dan menyampaikan sesuatu keburukan orang lain yang tidak benar adalah berdosa kerana ia berupa fitnah. Akan tetapi berkata tentang keburukan orang lain yang benar tetap juga mendapat dosa iaitu dosa mengumpat.

18. Hasad Dengki
Tidak senang dengan kejayaan orang lain. Tidak senang juga jika sesuatu kejayaan itu terhasil di tangan orang lain dan bukan oleh tangannya sendiri.

19. Dusta
Hadith Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid: “Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu seseorang yang berdusta agar orang-orang tertawa.” 

Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta.” 

20. Mungkir Janji
Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” - Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

21. Bakhil
Orang-orang munafik sangat bakhil dalam soal kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mahu bersedekah atau menginfaqkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan mencukupi.

22. Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang Dan Menyakiti Hatinya
Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain. Perbuatan ini dicela di dalam Islam bahkan menghilangkan pahala ikhlas.

23. Enggan Berjihad Di Jalan Allah S.W.T.
“Kalau kamu melakukan perdagangan dengan riba, hanya menjadi penternak-penternak dan gembira hanya dengan bertani saja dan meninggalkan jihad (perjuangan) maka Allah akan menimpakan kehinaan atasmu. Kamu tidak dapat melucutkan kehinaan itu sehingga kamu kembali kepada Ad dienmu.” - Hadith Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah

*24. Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
Orang-orang yang memiliki ilmu dan apabila ditanya orang lain sedang dia mengetahui persoalan yang ditanyakan itu tetapi tidak menjelaskannya. Ini merupakan perbuatan yang menghalang kemajuan ummat Islam dan menutup kebenaran.

*25. Mengkhianati Sesuatu Amanah
Diberi amanah tetapi menyalahgunakan kuasa dan mengkhianati amanah.

Sabda Rasulullah S.A.W.: “Dan apabila berjanji, dia berkhianat.”

Sesiapa  memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar’i maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.

26. Ghasab
Ghasab ialah mengambil atau menguasai harta (tanah) orang lain dengan jalan penganiayaan; iaitu jalan yang tidak diredhai Islam. Perbuatan ini walaupun dengan mengambil cuma sedikit, adalah termasuk perbuatan dosa besar dan munafik.

27. Memakan Harta Anak Yatim
Orang yang mengambil dan menggunakan harta anak yatim serta orang yang tidak amanah di dalam mentadbir harta anak yatim. Berselindung di atas nama pemegang amanah akan tetapi menggunakan harta anak yatim untuk kepentingan diri sendiri ataupun orang lain hukumnya berdosa besar.

28. Menipu Dalam Jual Beli
Perbuatan menipu ini adalah melibatkan amalan timbang atau sukat sesuatu barang tanpa kadar yang mencukupi atau menjual barangan yang rosak di mana menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati pembeli pada akhirnya.

29. Menangguh Pembayaran Hutang
Hutang adalah wajib dibayar. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Demi yang jiwaku ada ditangan-Nya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan ALLAH, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan.” - Hadith Riwayat Ahmad

30. Membuka Rahsia Orang Lain
Suka mencari-cari keaiban dan rahsia orang lain dan kemudian menyebarkan dan war-warkan keburukan dan kelemahan itu samada di dalam majlis rasmi dan kuliah ataupun dengan cara menyampaikan daripada individu kepada individu; lebih-lebih lagi sebahagai bahan perkongsian di media sosial dewasa ini.

31. Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Quran
Firman ALLAH S.W.T.: “Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan ALLAH, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu meminta maaf, kerana kamu telah kafir sesudah beriman.” - Surah At-Taubah; ayat 65-66

32. Berasa Aman Daripada Murka ALLAH Apabila Melakukan Dosa
Apabila seseorang melakukan dosa dan merasa selamat dari kemurkaan dan seksaan ALLAH, maka anggapan ini adalah berdosa besar dan amalan orang-orang munafik.

33. Bermuka-Muka
Sikap penuh kepura-puraan menjadi musuh kerana sifatnya menjadi gunting dalam lipatan, api dalam sekam, duri dalam daging, talam dua muka, gergaji dua mata dan lidah bercabang dua.

“Sesungguhnya suatu yang paling ditakuti terhadap apa yang aku takut menimpa ummatku ialah semua munafiqin yang petah lidahnya.” sabda Rasullullah S.A.W.

34. Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
Panggilan yang buruk ialah gelaran-gelaran yang tidak disukai oleh orang yang dicemuh dengan gelaran itu, seperti panggilan “hai fasiq”, “hai kafir”, “hai pelacur”, “hai penjudi”, dan lain-lain. Lebih-lebih lagi sekiranya orang tersebut sememangnya beriman dan telah bertaubat.

“Orang-orang yang beriman seperti satu jasad, sekiranya satu anggotanya merasa sakit maka seluruh tubuhnya akan merasakan sakitnya dan demam.” - Ibnu Jarir

Firman ALLAH S.W.T.: “Neraka Wail (kecelakaaan yang amat besar) bagi setiap Luzamah (orang yang mencela dengan ucapan) dan Huzamah (orang yang mencela dengan perbuatan).” - Surah Al Humazah: 1

35. Menuduh Orang Beriman Bodoh
Orang munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki ilmu pengetahuan tentang perkara yang bermanfaat dan lebih memudaratkan. Justeru, mereka menuduh orang beriman bodoh atau kurang ilmu pengetahaun dalam urusan kehidupan.

36. Memutuskan Silaturrahim
Memisah dan merosakkan hubungan silaturahim, merosakkan hubungan sesama keluarga, sahabat handai, sesama jemaah ataupun organisasi mahupun sesama masyarakat.

37. Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
Menjadi batu api serta membuat laporan dan menaburkan fitnah sehingga berlaku perpecahan dan hilang kasih sayang di kalangan sesama umat Islam.

38. Menyembunyikan Kesaksian Pada Jalan Yang Benar*
Sebagai orang yang beriman, umat Islam tidak seharusnya sedia menjadi saksi yang palsu atau berdusta di dalam memberi keterangan bagi menyelesaikan sesuatu perkara pada jalan yang benar. Justeru itu, berdusta ketika menjadi saksi adalah golongan orang-orang munafik dan dibenci oleh ALLAH S.W.T.

“Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. dan (ingatlah) ALLAH S.W.T. Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” - Surah Al-Baqarah: 283

39. Menghalalkan Perkara Yang Haram
Menjadikan matlamat sebagai sasaran utama sehinggakan sanggup melanggar batas aqidah, syariat dan akhlak. Matlamat tidak menghalalkan cara.

40. Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya

41. Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat ALLAH
Membuat sesuatu perkara dan keputusan kemudian megubah semula dalam masa yang singkat, umpama membina rumah kemudian diruntuhkan semula.

42. Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
Berpura-pura melakukan kebaikan di tengah-tengah orangramai dan gemar melakukan kemungkaran di belakang orang adalah dibenci ALLAH S.W.T.

Firman ALLAH S.W.T.: “Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari ALLAH, padahal ALLAH beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang ALLAH tidak redhai…” - Surah An-Nisa’: 108

43. Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam

44. Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
Mereka (orang munafik) amat inginkan perbuatan keji tersiar di kalangan orang-orang beriman. Mereka menggembar-gembur tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert (hedonis), menyebarkan majalah lucah (tidak menjaga aurat) dan narkotik (merosakkan masyarakat).

45. Suka Kepada Kesesatan Dan Suka Menyesatkan Orang

46. Berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman
Orang munafik apabila mendengar berita yang tidak diingini; umpamanya seorang ulama yang soleh ditimpa suatu musibah, maka iapun menyebar berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: “Hanya ALLAHlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si polan telah tertimpa musibah begini dan begitu… semoga ALLAH memberi kesabaran kepada kami dan beliau.”

Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah itu menimpa orang lain.

47. Membuat kerosakan di muka bumi
Membuat kerosakan di muka bumi seperti menggondolkan hutan dan bukit bukau tanpa mengadakan perbaikan. 

Firman ALLAH S.W.T.: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.’ Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.” - Surah Al-Baqarah: 11-12

48. Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup

49. Berkeluh kesah Apabila Ditimpa Musibah

50. Mengingkari Takdir ALLAH S.W.T.
Orang munafik selalu membantah dan tidak redha dengan takdir ALLAH S.W.T. Sesungguhnya orang yang tidak dapat menerima kekalahan dan menolak, membenci atau mengingkari takdir ALLAH, tergolong dalam golongan kufur, rosak iman dan mendapat azab serta kemurkaan ALLAH S.W.T.
.
Ingatlah firman ALLAH S.W.T. di dalam Al-Quran:

  الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُ‌ونَ بِالْمُنكَرِ‌ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُ‌وفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّـهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴿٦٧

“Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka juga menggenggam tangannya. Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) ALLAH dan ALLAH juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.” - Surah At-Taubah, ayat 67

Semoga dijauhkan diri kita dari sifat Munafiq dan dijauhkan dari azab ALLAH S.W.T. Nauzubillah min zaliq.

Wallahu a’alam bishawab.

Sunday, November 11, 2018

Kenapa Memilih i-LEARN Ace Di Dalam Pembelajaran Abad Ke 21?

Ibu Bapa, Pelajar dan Guru menghadapi permasalahan yang sama di era Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) masa kini; Pelajar bosan dengan pembelajaran satu dimensi, Ibu Bapa sibuk dan masa yang terhadap, Guru pula dengan pertanggungjawaban. 

Sebagai Ibu Bapa / Penjaga, adakah ANDA mengalami masalah seperti berikut?
  1. ANAK ANDA TIDAK MINAT BELAJAR❗
  2. ANAK ANDA LIAT BUAT ULANGKAJI❗
  3. ANAK ANDA PERGI TUISYEN TAPI MASIH KURANG KEMAJUAN❗
  4. ANAK ANDA ASYIK MAIN GAME HINGGA TIDAK LAKUKAN BUAT HOMEWORK❗
  5. ANAK ANDA TERPAKSA BERHENTI TUISYEN KERANA "POKET ANDA SUDAH BERLUBANG / KONTANG"❗
  6. TIDAK TAHU NAK BELI BUKU LATIHAN / RUJUKAN YANG SESUAI UNTUK ANAK ANDA❗
  7. CIKGU TUISYEN / SEKOLAH PUN KEHABISAN IDE DAN BAHAN UNTUK MENGAJAR❗
  8. CIKGU TUISYEN / SEKOLAH TIDAK PUNYAI MASA SECUKUPNYA UNTUK SEMAK HOMEWORK / TUGASAN❗
  9. IBU BAPA SIBUK MENCARI NAFKAH SAMPAI TAK ADA MASA NAK PANTAU ANAK-ANAK BELAJAR❗
Memperkenalkan TEKNOLOGI REVOLUSI PENDIDIKAN ALAF BARU yang mampu selesaikan permasalahan Ibu Bapa, Guru dan Pelajar, yang pertama dibangunkan di Malaysia, malahan di Asia bercirikan:
  • Portal Pembelajaran Interaktif SASBADI iLearnAce
  • Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran yang Interaktif
  • Mode Online dan Offline di mana-mana sahaja
  • Tuisyen Online di Rumah di bawah Projek Pendidikan Nasional 
  • Laporan Prestasi yang lengkap terus kepada Ibu Bapa
  • Teknik Terkini dan Efektif (dinamik) ke arah kecemerlangan
Jangan terkejut jika anak ANDA tiba-tiba berubah; amat minat belajar! Home Tuition menjadi lebih hebat dan MENJIMATKAN melalui kaedah pembelajaran selari dengan peredaran zaman.

Pembelajaran di sekolah hanyalah asas pendidikan; Ibu Bapa lah yang perlu mencorakkan pembelajaran yang efisyen dan cemerlang untuk anak-anak...

Nak Tolong Anak Anda dan Sekaligus Selesaikan Masalah Anda?

SIAPA SASBADI?
PROGRAM PENDIDIKAN UPSR /PT3/ SPM bersama jenama SASBADI telah membuat persediaan awal dengan mengeluarkan portal ulangkaji digital secara M-Learning (Mobile Learning) pertama di Malaysia. Pelajar boleh membuat ulangkaji semudah menggunakan gajet (smartphone, iPhone, iPad, iPhone) yang disediakan Sasbadi Online; Anywhere, Anytime..!!!

Sejak tahun 1985, Sasbadi Sdn Bhd telah menghasilkan buku-buku berkualiti dan bahan-bahan pendidikan untuk membantu komuniti pendidikan (Guru, IbuBapa dan Pelajar) dalam perjalanan mereka melalui alam persekolahan dan kehidupan.

Sasbadi telah menyambut transformasi di dalam objektif pendidikan kebangsaan bagi memenuhi tuntutan abad ke-21. Set kemahiran yang termasuk keupayaan berfikir, inovasi dan kolaborasi yang diperlukan oleh tenaga kerja masa depan Negara; bekerjasama dengan jenama antarabangsa seperti LEGO Education dan memperkenalkan pelbagai alat pembelajaran secara langsung kepada pelajar Malaysia.

Sasbadi turut telah bergabung dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menyediakan platform pelajar untuk mengasah kemahiran abad ke-21 dengan mengembang minat mereka dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) melalui Pertandingan Robotik Negara (NRC).

Bagi mencapai pasaran yang meluas, Sasbadi pada tahun 2016, telah membentuk syarikat pemasaran rangkaian pelbagai peringkat (MLM); MindTech Education Sdn Bhd untuk dipasarkan kepada pelanggan dengan sentuhan peribadi; satu konsep PROSUMER dalam mencipta perniagaan yang kukuh dan mampan untuk pengedarnya.

Sasbadi Sdn Bhd telah diperbadankan kepada Sasbadi Holdings Berhad pada tahun 2012 dan seterusnya memasuki papan utama Bursa Saham Malaysia terbitan awam pada tahun 2014. Operasi perniagaan Sasbadi Holdings Bhd telah diperakui "patuh syariah" dan memenuhi peruntukan di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.
Pendidikan adalah hak setiap anak dan pihak syarikat akan terus berkhidmat demi masa depan mereka, dan mengamalkan "Memupuk Pelajar Hari Esok, Hari Ini".

https://www.thestar.com.my/…/digital-textbooks-for-schools…/

INGIN MEMULAKAN SATU PERNIAGAAN?
RAHSIA kejayaan terutamanya di dalam industri “Network marketing” / “Direct Selling” / "Multi Level Marketing" adalah berpegang kepada konsep 3C; Commitment (Penglibatan), Conviction (Kepercayaan) dan Consistency (Berterusan) serta membuat pilihan yang betul sebelum menceburkan diri; PRODUCT (mengenali syarikat), PEOPLE (syarikat dan orang yang serius dan berwibawa) juga PLAN (pelan pemasaran yang mampan).

Ramai orang berebut membabitkan diri di dalam pasarannya semakin dan sudah tepu. Ramai juga yang meremehkan peluang sedang modal perniagaan "conventional" memerlukan modal yang banyak, kemahiran serta "overhead" yang tinggi. Prinsip 80/20 oleh Plato menunjukkan pembabitan 80% golongan yang tertumpu kepada 20% pasaran... menjuruskan saingan yang amat sengit dan membuahkan banyak saat getir dan genting.

ANDA perlu ada dan ikuti 3 asas yang penting:
  1. MODAL; setiap perniagaan perlukan modal (asas dan pusingan)
  2. MEMBERI PELUANG; berkongsi dengan semua orang tetapi tidak semua yang akan bersama.
  3. MEMBERI BIMBINGAN; membentuk, membimbing pasukan melakukan pekerjaan yang sama dan mudah… “KISs” dan “Doing the same thing, repeatedly” (DUPLICABLE).
i-LEARN Ace merupakan satu-satunya PELABURAN PENDIDIKAN tanpa saingan. MindTECH Education Sdn Bhd menawarkan pakej yang mampu sebagai Pengguna dan Pengedar; PENGGUNA, AGEN, PENGEDAR atau PEMBEKAL. Tanpa risiko ATAU penolakan. MASAnya adalah tepat dan BERTINDAK sekarang sebagai Perintis! 
Mahu bermula usaha yang murni mengenai dan berkaitan pendidikan? Nak "start business"? Tak tahu bercakap? ANDA perlu tolak EGO, tolak ALASAN. Dengar dan Lihat. LAKUKAN tanpa TAPI. BUAT tanpa Henti. Kenapa perniagaan franchise berjaya... sebabnya, "It's DUPLICABLE!" Sistem yang sudah terbukti. Kami telah gariskan sistem yang berkesan, membantu perkembangan perniagaan ANDA; Table Talk (TT), Small Group Meeting (SGM), Know Your Direction (KYD), product training dan sebagainya

SOW the seeds, Now! And YOU shall REAP the harvest when at rest. Tiada kejayaan yang mudah tanpa melalui proses jatuh dan bangun. Manakan dapat sagunya jika tidak dipecahkan ruyung. Bertindak sekarang!!!

Klik http://www.wasap.my/60…/Educationexcellence+Entrepreneurship untuk menempa kejayaan yang ANDA idamkan!

Saturday, November 10, 2018

Network Marketing Pilihan Pemasaran

Ramai berkata bisnes “network marketing” aka “direct selling” banyak berlaku penipuan. Tidak kurang yang memandang sepi perniagaan bentuk ini, hanya sesuai dijalankan mereka yang tiada pekerjaan tetap, suri rumah dan sebagainya“Not my cup of Tea”.
Sebelum melangkah jauh, izinkan saya menjelaskan, kaedah / sistem Network marketing telah memulakan revolusi sejak awal 1950an lagi dan memasuki pasaran ekonomi / dagangan di Malaysia pada sekitar tahun 1970an… seperti Tupperware, Shaklee, AMWAY, Mary Kay dan ribuan syarikat di Malaysia terlibat dalam sektor pemakanan tambahan, kecantikan, barangan rumahtangga, kenderaan dan teknologi.

Kenapa network marketing? Sejajar dengan perkembangan semasa dan dunia tanpa sempadan, negara-negara industri menyedari, mereka tidak boleh bergantung kepada pasaran dalaman sahaja tetapi mesti melangkah jauh secara “global”. Perniagaan yang berkonsepkan “conventional” tidak lagi ampuh dengan saingan, kos bahan mentah, dasar perniagaan, tenaga kerja mahir / separa mahir atau buruh kasar dan sebagainya yang mengekang pertumbuhan industri yang diceburi. Tidak hairanlah, individu seperti Warren Buffet, Donald Trump, Robert Kiyosaki, Les Brown, Bob Proctor dan sebagainya mengalukan perkembangan dan sumbangan network marketing di dalam ekonomi global.
Network marketing secara langsung mengurangkan kos pengiklanan, pengangkutan, penyimpanan, kos pemasaran yang selama ini dibebani syarikat pembuatan / perkhidmatan. Sebagai timbal balik, pihak terbabit telah mengalakkan fahaman “PROSUMER” yang bermaksud; penglibatan terus Producer (pembuat / penyedia perkhidmatan) dan Consumer (pelanggan / pengguna). Fahaman ini secara langsungnya telah menyahaktifkan khidmat industri orang tengah; dengan barangan / perkhidmatan yang lebih bermutu, lebih murah, pantas dan dipercayai.

Revolusi network marketing melibatkan pengedar sah dan syarikat berintegriti berjaya menjana pendapatan yang lumayan kepada kedua-dua pihak. Malahan sejak tahun 1970an lagi, syarikat yang melibatkan diri di dalam direct selling masih teguh dan melahirkan ramai individu berpendapatan purata sekurangnya RM3, 800 sebulan. Demografi mereka yang melibatkan diri dengan industri tidak terhad kepada orang kebanyakan tetapi juga mereka yang berkerjaya dan professional mencari kelainan; ADA MASA, ADA WANG… satu kenyataan dan maksud MERDEKA yang sebenarnya. Bukankah itu satu usaha yang gigih seorang pengedar (sambilan / sepenuh masa)? Tidakkah ANDA mempunyai impian sedemikian?
Industri ini bukanlah seperti yang digambarkan sebagai perkhidmatan “door to door”, sebaliknya sebuah industri di mana pengedarnya bertemu pelanggan dan bakal pelanggan yang telah menjalinkan satu kepercayaan. Pada tahun 2011 sahaja, Malaysia menduduki tangga ke 10 perolehan jualan di dalam industri ”global direct selling”. Pada tahun 2012, industri ini telah menjana RM10.5 Billion dan dijangka akan mencapai perolehan RM20 Billion menjelang tahun 2020. Pada tahun 2013, industri Network Marketing and Direct Sales telah mencatat nilaian jualan global sebanyak USD178 Billion. Sebanyak USD78 Billion (40% dari USD178 Billion) telah dibayar kepada pengedar melalui komisen.
Hakikatnya pengedar yang melibatkan diri dengan syarikat yang berintegriti di dalam industri ini, harus sedar bahawa seperti memulakan perniagaan conventional memerlukan MASA. Ramai pengedar tidak mahu melabur masa membina pasukan pengedar. Ramai yang beranggapan mereka yang berjaya sebenarnya telahpun berjaya dengan sekelip mata?! Tidak kurang ramai yang telah menjebakkan diri di dalam Skim Cepat Kaya dan lari dari konsep pelan pemasaran syarikat atau menjalankan perniagaan “fly by night operators”.

Kegagalan mengusahakan industri ini mahupun di dalam mana-mana bentuk perniagaan adalah disebabkan mereka:
  1. Mereka tidak mahu mematuhi “standard” dan sistem yang telah diperakui.
  2. Mereka tidak punyai kesabaran dan mahukan kejayaan yang segera…ini adalah MUSTAHIL.
  3. Mereka gagal untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan produk / perkhidmatan bagi membantu proses kejayaan.
  4. Yang paling nyata dan jelas adalah, mereka gagal untuk berUBAH. Satu keperluan di dalam perniagaan; mempunyai “MINDSET” yang betul dan "positive outlook".
Perhatikan kejayaan syarikat AMWAY yang begitu hebat! Namun begitu masih ramai yang ingin meraih kejayaan dengan pantas sebaik sahaja mereka menandatangani borang keahlian dan cuba mencorakkan sistem sendiri. Kenapa? Mereka, pengedar yang ingin mengambil kesempatan dengan:
  1. KeENGGANan berkongsi pelan pemasaran yang betul dengan prospek (bakal pelanggan / pengguna).
  2. KeENGGANan mengguna produk / perkhidmatan pada diri sendiri.
  3. KeENGGANan berkorban masa dalam perancangan masa depan yang lebih baik.
Di atas keegganan yang dinyatakan, mengakibatkan kegagalan; maka industri ini disalahkan sebagai satu skim penipuan! Secara keseluruhannya, industri Network marketing dikambing hitamkan oleh golongan yang gagal dan kecewa, apatah lagi mereka yang hanya memerhati dan berandaian dari luar.

https://www.quora.com/Is-Multi-Level-Network-Marketing-really-worth-your-investment-or-just-a-scam-like-most-people-say


Monday, October 22, 2018

Kata Syaitan, "...Aku Tidak Dapat Selamatkan Kamu dan Kamu Tidak Dapat Selamatkan Aku

Sesungguhnya panduan dan penyelesaian kehidupan manusia telah ALLAH subha nahu wa ta’ala wahyukan kepada Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam (S.A.W) dan dikitabkan di dalam Al-Quran Kareem.



Adapun manusia tergolong kepada mereka yang mukmin, golongan kafir dan orang-orang yang munafik. Maka ALLAH subha nahu wa ta’ala telah memerintah seluruh manusia agar menunaikan ibadah yang bermaksud kembali bertaqwa kepadaNya; menunaikan tanggungjawap dan perintah Maha Pencipta ke atas makhlukNya.

ALLAH subha nahu wa ta’ala telah berfirman di dalam Al-Quran Surah Ibrahim; di dalam ayat terpilih yang bermaksud : 




Maka segala kejadian manusia di dunia telahpun dijelaskan di mana sebab dan akibahnya (Cause and effect) di atas pilihan (CHOICES) yang diambil manusia akan dihisapkan pada hari Himpunan maklukh ALLAH azza wa jalla di Padang Mahsyar nanti.

Di kala itu, setelah selesai perhitungan amalan pahala dan dosa, mereka dari para penghuni Syurga mulai dibawa masuk ke Syurga termasuklah kalangan yang mendapat syafaat dipimpin Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam (S.A.W) menjalani kenikmatan yang telah ALLAH janjikan kepada mereka yang tunduk pada perintahNya. Manakala golongan penghuni Neraka turut dikerahkan ke Neraka bagi menjalani azab yang dijanjikan ALLAH.

Di dalam Neraka, berlaku kekecohan di kalangan penghuninya yang mulai merasakan azab dalam penuh keharuan. Mereka mulai mengherdik dan mencaci dan menghina sepertimana pernah suatu masa dulu ketika di dunia; menyalahkan satu sama lain dan kali ini ditujukan kepada Syaitan Laknatullah.

Lantaran itu Syaitan Laknatullah telah mengambil tempat di pentas mimbar yang diperbuat dari api yang membahang, untuk menyampaikan khutbahnya dan penghuni Neraka dengan wajah tertunduk penuh kekesalan mendengar khutbah itu yang sebagaimana di dalam Al-Quran Surah Ibrahim, ayat 22 yang bermaksud,



Penghuni Neraka (manusia yang memilih mengengkari perintah ALLAH) ketika itu baru menyedari, selama ini mereka sudah tertipu oleh rayuan dan pujukan Syaitan selama mengerjakan berbagai pekerjaan dosa dan maksiat. Mereka mulai mengesali, kenapa mereka tidak mendengar nasihat orang lain ke jalan kebaikan dan kebenaran. Mereka pun mulai menyesal bertemankan orang-orang yang menyesatkan mereka (dari kalangan mereka jua) dan Syaitan sebagaimana disebut di dalam Al-Quran Surah Al Furqan,


Namun penyesalan mereka sudah tidak berguna sedikitpun. Mereka memohon pada ALLAH untuk kembalikan ke dunia, memperbaiki amalan dengan beramal soleh dan mengerjakan ibabah, seperti disebut di Al-Quran Surah As Sajdah; ayat 12 yang bermaksud:




Begitu jugalah keadan orang kafir dan mereka yang tidak beriman kepada ALLAH di Akhirat nanti, hanya mampu meratap dan menyesali diri. Namun tangisan dan ratapan mereka tidak mengurangkan azab yang ditanggung. Di Neraka, golongan ini tidak mati dan tidak pula hidup; mereka diberi minum nanah dan air mendidih. Kematian mendatangi mereka dari segenap penjuru namun kematian itu tidak pernah menyentuh mereka, sebagaimana di dalam AL-Quran Surah Ibrahim; ayat 17:


Terdapat di antara mereka yang tidak tahan penderitaan meminta pada malaikat penjaga Neraka, agar ALLAH mematikan mereka, selesai semua penderitaan itu. Malaikat Malik; Penjaga Neraka seraya berkata, “Tidak ada lagi kematian sesudah ini, tinggallah di Neraka ini selamanya”, sebagaimana di dalam Al-Quran Surah Az Zukhruf; ayat 77:


Sepanjang waktu di dalam Neraka mereka menderita azab tanpa putus-putus, sekadar mampu menyesali diri. Namun segala kesalan tidak berjaya mengurangkan penderitaan walau sedikitpun. Rasa sesal mereka ucapkan seperti di dalam Al-Quran Surah Al Mulk; ayat 10:




Mereka hanya mampu berandaian, kiranya mereka mendengarkan nasihat para Rasul, ulama, dan orang yang mengajak mereka ke jalan ALLAH, serta menggunakan akal dan fikiran mereka sebaiknya tanpa tunduk dan akur kepada nafsu amarah, tentu mereka tidak masuk ke dalam Neraka Jahanam dan ditemani mereka yang lain (terhasut sama) sperti disuratkan di dalam Al Quran Surah Ibrahim, ayat 30 yang bermaksud, 


Sekianlah sedikit cebisan bacaan dan pemahaman sepanjang melayari kehidupan mencari keberkatan ALLAH subha nahu wa ta’ala jauh dari ketaksuban dunia bertopengkan kuasa… tiada yang kekal melainkan ALLAH dan dengan kehendakNya. Manusia hanyalah makhluk ciptaan ALLAH bukan untuk dipuja dan disanjung melainkan Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam (S.A.W) sebagai pedoman yang maksom, Baginda Nabi terus berusaha memperbaiki diri dan memohon keampunan dari Yang Maha Pencipta… inikan kita. Al-Quran Surah Ibrahim, ayat 52 memberi ingatan: 


Dari tanah asal kita, kepada tanah jua kita kembali tanpa Seurat benang atau anugerah membaluti jasad selain kain serba putih dan TIGA amalan; bukan darjat kebesaran atau harta Duniawi… 


Wallahu A'lam Bishawab.