Datuk Latt Shariman Adbullah, Pegawai Khas Perdana Menteri
dan juga Menteri Kewangan, mengaku bahawa beliau amat gembira apabila Datuk
Seri Najib Razak mengumumkan dalam ucapan beliau sempena Hari Malaysia tahun
lalu bahawa Akta Keselamatan Negara akan dimansuhkan.
Latt yang juga merupakan Ketua Bahagian di Kuala Kedah,
berada di Dewan Rakyat pada hari Isnin bagi mendengar langkah-langkah yang
dibentangkan oleh Perdana Menteri terhadap pemansuhan ISA.
Ia merupakan titik bersejarah bagi Latt sepanjang 20 tahun
beliau. Beliau berkata bahawa beliau mula menulis kepada mantan Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semasa beliau masih belajar pada tahun 1990,
untuk mencadangkan supaya ISA dimansuhkan.
Semasa di koridor Dewan Rakyat, Latt menunjukkan parut yang
terdapat pada bahagian lengan beliau yang dikatakan terjadi apabila beliau
terlibat dalam pergaduhan dengan tiga lelaki Cina di luar kawasan universiti
yang kemudiannya bertukar kepada penangkapan terbesar bagi ISA (Ops Lalang)
pada tahun 1987.
Insiden terbabit menyaksikan pihak pembangkang mula
menunding jari dan menuduh Barisan Nasional sebagai dalang disebalik operasi
tersebut. Namun, barisan pemimpin BN juga pernah menjadi tahanan ISA.
Jadi, ISA
bukan sahaja menahan pihak pembangkang, malah pemimpin kerajaan pernah menjadi
tahanan ISA juga turut memberikan pendapat mereka ketika sesi Dewan Rakyat pada
hari Isnin, lalu.
Bukan Malaysia sahaja yang mempunyai masalah terhadap
isu-isu sensitif seperti agama dan budaya. Singapura juga mempunyai masalah
yang sama dan mereka akan memberikan hukuman yang lebih berat terhadap mereka
yang memperlekehkan kerajaan negara tersebut.
Keadaan yang sama juga kini sedang berlaku di Amerika
Syarikat setelah berlakunya kejadian pembunuhan seorang remaja kulit hitam oleh
individu kulit putih. Presiden, Barack Obama terpaksa campur tangan sebelum
sebarang tindakan undang-undang dikenakan keatas pembunuh tersebut.
Di Malaysia, keadaannya berbeza. Komposisi kaum - dengan kadar
minoriti yang rendah yang sering dominan terhadap sektor ekonomi - yang
kemudiannya sering mengakibatkan keamanan terhadap isu sosial selalunya
bermasalah.
Jadi, dengan tekanan yang diberikan untuk mempercepatkan
proses untuk memansuhkan ISA, pihak kerajaan mungkin tidak mempunyai sebarang
jentera bagi mempertahankan negara jika berlakunya sebarang ancaman yang
mungkin dikemukakan oleh pengganas.
Menggunakan alasan seperti yang diberikan oleh Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa Malaysia tidak
mungkin akan menerima sebarang ancaman dari pengganas seperti Amerika Syarikat
atau United Kingdom sebagai contoh, kerana kita tidak mempunyai sebarang campur
tangan terhadap isu antarabangsa yang melibatkan pengganas Islam adalah sesuatu
yang amat tidak bertanggungjawab. Ini kerana terdapat bukti bahawa beberapa
individu pengganas yang amat bahaya adalah rakyat Malaysia sendiri. Mereka
mungkin tidak melakukan sebarang jenayah di negara sendiri tetapi mereka akan
lari ke negara seperti Indonesia atau negara jiran yang lain.
Kita tidak sepatutnya mengutuk pihak kerajaan hanya kerana
mereka tidak dapat mengekalkan 'gold standard' dalam sikap demokrasi. Pihak
pembangkang juga tidak boleh mengambil mudah akan isu seperti ini kerana hal
ini melibatkan keselamatan negara terhadap ancaman pengganas.
Tren terhadap liberalisasi yang diamalkan oleh Najib kini
boleh kita lihat melalui industri politik dan juga ekonomi. Pihak pembangkang
sepatutnya menghargai segala kejayaan yang telah dikecapi.
Pihak kerajaan semestinya telah menjalankan kerja yang amat
memuaskan untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu daripada hanya enam buah
negara yang mencatatkan lebih daripada lima peratus peningkatan terhadap kadar
ekonomi negara bagi tempoh empat dekad, seperti yang ditulis oleh Ruchir Sharma
dalam buku terbarunya, Breakout Nations: In Pursuit of the Next Economic
Miracles.
Segalanya bermula apabila Tun Razak, mantan Perdana Menteri,
mengubah segalanya setelah berlakunya peristiwa berdarah pada tahun 1969. Sudah
tentunya, anak beliau, Najib, akan mengikut jejak langkah bapanya dalam memacu
negara ini kehadapan.
No comments:
Post a Comment