BENCINYA Pakatan kepada Institusi
BeRaja di Malaysia bukanlah satu perkara rahsia. Perbincangan ini bukan berdasarkan apa yang
keluar dari mulut Anwar, tapi juga berdasarkan kepada beberapa kejadian yang
telah berlaku sebelum ini menunjuk kepada hakikat tersebut. Kalau ikut apa cakap Anwar, semuanya pun dia
akan turut, dia akan pertahankan (kita semua tahupun Anwar cakap saja lebih).
Paling jelas tentulah mengambil
iktibar apa yang berlaku Perak bila kerajaan DAP (berMenteri Besarkan PAS), runtuh kerana keengganan DYMM
Sultan Perak memperkenankan permintaan Datuk Seri Nizar Jamaludin untuk
membubarkan dewan setelah 3 ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan, melompat
menjadi Bebas mesra Barisan Nasional (BN).
Ditambah dengan tindakan
Pengerusi DAP, Karpal Singh mengeluarkan kenyataan untuk menyaman Sultan Perak
berhubung perkara yang sama pada 2009, sehingga dituduh di bawah Akta Hasutan
di Mahkamah.
Terbaru, blog AIDC mendedahkan disini sikap kurang ajar ahli-ahli
Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak menghormati majlis Pertabalan Duli Yang Maha
Mulia Yang Dipertuan Agung, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, di Istana Negara
Jalan Duta semalam. Dilaporkan beberapa
ahli Parlimen Pakatan, ‘menghina’ setiap Raja-Raja Melayu dan pemimpin negara
yang berjalan masuk ke dewan tempat istiadat pertabalan dijalankan.
Semua ini mencetus persoalan,
adakah kita rakyat Malaysia dapat sekali lagi melihat istiadat pertabalan yang
unik di dunia ini berlaku lagi di negara kita jika Pakatan Rakyat mengambil
alih Putrajaya dalam pilihanraya umum yang akan datang? Bertahan lagikan Institusi BeRaja yang
menjadi payung kepada ketuanan Melayu di negara kita ini?
Ketuanan Melayu dalam erti kata
Sultan dan Raja mestilah terdiri daripada orang Melayu sahaja, bukan konsep
‘tuan dan hamba’ yang cuba diputar belitkan Pakatan Rakyat.
Memang proses untuk menukar
kerajaan beraja kepada republik itu panjang, tapi itu bukanlah mustahil untuk
dilakukan.
Sekarang pun cakap-cakap mengenai
penubuhan republik itu sudah menjadi rahsia umum di kalangan pemimpin
pembangkang, terutama DAP. Antara sebab
kenapa Datuk Dr Hasan Ali dan NGO Jatinya memilih pendekatan IMR (Islam, Melayu
& Raja) kerana beliau sedar dengan agenda jahat DAP semasa menganggotai
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dulu.
Usaha yang bakal dilakukan begitu
sistematik, bermula dengan mengikis sedikit demi sedikit hak Melayu dan Islam
di negara ini. Sebab itu perkara-perkara
berkaitan ibadah yang dulu boleh dilakukan di negara ini oleh umat Islam tanpa
halangan, kini menjadi kesalahan di negeri atau kawasan yang dikuasai DAP.
Antaranya tradisi bertakbir dari
rumah ke rumah pada malam sambutan Hari Raya Aidilfitri, malah mengaji sebelum
kedatangan Azan pun kini sudah menjadi satu ‘kesalahan’.
DAP tidak akan bising kalau tidur
diganggu dengan bunyi letupan mercun setiap kali malam perayaan, tapi akan
bising (malah membuat laporan polis) kalau pembesar suara masjid berhampiran
mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebelum Azan atau jemaah bertakbir
dari rumah ke rumah.
Peliknya,
parti yang majoriti dianggotai orang Melayu dan Islam, PAS dan PKR redha dengan
semua tindakan DAP ini. Paling jijik
tentulah PAS, sanggup mencari ayat-ayat al-Quran yang boleh ditunggang terbalik
untuk menyokong tindakan DAP itu.
Pakatan, terutama DAP tahu,
selagi orang Melayu dan institusi Islam di negara ini kuat, selagi itulah
sistem beraja ini tidak akan dapat disentuh.
Maka itu mereka mengambil pendirian menyerang Melayu dan Islam untuk
melemahkan yang di atas (sistem beraja).
Malang dan sedihnya, masih ada segelintir orang Islam dan Melayu sendiri
yang bersekongkol dengan puak-puak ini tanpa menyedari mereka sendiri bakal
menjadi mangsa penindasan jika penubuhan republik itu menjadi kenyataan.
Kalau ikut cakap memanglah semua
akan nafikan tapi itu semua demi undi.
Kalau sebut terus terang nanti, undi lari dengan sendiri; contoh DAP dan
Malaysian Malaysia. Terang-terang konsep
Malaysian Malaysia itu mengikis hak keistimewaan orang Melayu dalam
perlembagaan tapi selamba Lim Kit Siang boleh kata DAP akan sokong Perlembagaan
Persekutuan.
Logiknya, kalau nak bagi semua
sama rata (Malaysian Malaysia), bagaimana pula dalam masa yang sama kekalkan
hak keistimewaan melayu?
Justeru, WAJIB semua orang Melayu dan Islam
di negara ini bersama-sama dengan UMNO, Barisan Nasional dan NGO-NGO yang berjuang
mempertahankan perlembagaan Malaysia dan institusi beraja/Islam di negara ini
demi masa depan negara yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment